Eriq yang baru sahaja tiba terus mencari sosok tubuh yang dikehendaki. Jumpa sahaja orang tersebut terus dia memberi salam.
"Assalamualaikum, sorry lama ke tunggu?" sapa Eriq terlebih dahulu. Hadi yang ralit bermain telefon tersentak.
"Eh waalaikumusalam sorry bro tk perasan. Silakan duduk, tak lama mana pun dalam 5 minit" balasnya.
"Oder dulu?" pelawa Hadi.
"Boleh" jawab Eriq. Hadi mengangkat tangan memanggil pelayan dan membuat pesanan.
Setelah membuat pesanan mereka mula berborak.
"How your life so far? Seronok jadi CEO hm?" pertanyaan Hadi mengundang tawa kecil dari Eriq.
"Great and better than Amsterdam" jawabnya ringkas.
"I see... umur berapa sekarang bukan apa nampak muda"
"25, kau?" tanya Eriq pula.
"Beza dua tahun je, aku 27" balas Hadi.
Walaupun sudah tahu menahu tapi tetap ingin bertanya.
Makanan yang dipesan sudah sampai. Mereka menunduk sedikit dan terima kasih di ucap.
"About our project , bila kita boleh tengok site?" Eriq menanya. Hadi mengelap mulutnya sebelum menjawab.
"Ouh aku cadang minggu depan. Semua dah siap, modal yang diperuntukkan pun cukup and raw material sudah di tempah" terangnya.
"Ni projek 65 juta yang kau handle dengan daddy aku sebelum ni kan?"
"Yup" balas Hadi dan Eriq hanya angguk.
Selama mereka berada di situ, mereka hanya berbincang tentang projek dan diselit sedikit dengan soalan tentang diri mereka. Saja untuk berkenalan lebih rapat.
"Okay lah itu sahaja ada masa lagi kita lunch lagi ye" ujar Eriq. Dia bangun untuk membayar makanan tersebut.
"Takpe aku belanja" kata Hadi.
Setibanya mereka di pintu cafe, Hadi terserempak dengan Hasya yang ingin melangkah masuk ke dalam cafe.
"Hasya? Baru nak beli makanan untuk lunch ke?" tanya Hadi. Jam ditengok sudah pukul 1.15 petang.
"Haah baru nak beli. Saya buat kerja sikit sampai tak perasan dah pukul 1 lebih" jawabnya. Dia membuat muka tak bersalah.
"Kenapa tak cakap kalau tak saya boleh tapau kan untuk awak" kata Hadi lagi. Eriq di situ hanya memerhati.
"Eh takpelah bukan jauh pun cafe. Ni awak baru habis lunch ke?" tanya Hasya pula.
"Ye saya baru habis lunch meeting dengan client. Kenalkan ni Eriq dan Eriq ni staff saya Hasya"
Mereka senyum kekok.
'Macam mana lah mamat gondol ni ada kat sini' kata Hasya dalam hati.
"Okeylah saya balik office dulu hati hati ya" pesan Hadi. Hasya senyum.
"Hasya can we talk?" tanya Eriq tiba tiba.
"Kau nak apa lagi Eriq Iskandar" kata Hasya.
"Kau sihat?" Eriq bertanya.
"Berapa kali kau nak tanya soalan yang sama. Kan aku cakap kalau kau nampak aku berjalan maknanya aku sihat lah" marah Hasya. Tak faham bahasa lah mamat ni.
"Kau kerja mana sekarang?" dia cuba untuk mengambil hati Hasya.
"Bukan urusan kau" sinis dia membalas.
![](https://img.wattpad.com/cover/359458083-288-k541662.jpg)
YOU ARE READING
Kau Aku Kita [C]
RomanceSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...