Hari ini Hasya meminta izin kepada suaminya untuk ke sebuah pusat membeli belah semasa makan tengah hari. Mujurlah tidak jauh dari pejabatnya. Hasya memakan masa 10 minit sahaja.
"Hari ni Hasya nak pergi buat pemeriksaan kat klinik dengan Eriq lepas habis kerja" kata Hasya kepada mamanya yang berada dalam talian.
"Okey... semoga ada rezeki mama untuk timang cucu awal" kata mamanya bersama kekehan kecil.
Hasya sedang berada di sebuah pusat membeli belah untuk membelikan hadiah buat Aina sempena hari kelahirannya. Kalau tidak dibeli mahu merajuk 7 keturunan. Dasar nenek Aina.
Sedang dia ralit bercakap dan mata memilau mencari kedai hadiah dia ternampak seseorang yang sangat dikenali. Masih berbaju lengkap.
"Eriq?" Hasya mengecilkan mata. Sah memang suaminya.
"Mama nanti Hasya call balik ya" pamit Hasya.
"Okey pape call mama tau" panggilan terus dimatikan.
Dia masukkan semula telefon di dalam beg dan bila dia mengangkat semula kepala, dia dapat lihat Eriq sedang bercakap dengan seorang budak lelaki.
Hasya ingin mendekati suaminya tetapi di sapa terlebih dahulu oleh seseorang.
"Woi Sya" Damia yang datang dari mana terus menjerkah Hasya.
"Eh Damia jom ikut aku jap" dia menarik tangan Damia lalu menghampiri Eriq.
"Daddy... kenapa daddy dah lama tak jumpa Edriq. Edriq rindu daddy" ujar anak kecil itu.
"Daddy?" soal Hasya. Eriq terkejut dengan kemunculan isterinya.
"Sayang?" sapa Camelia yang baru keluar dari kedai mainan tersebut.
Terkejut beruk Hasya dan Damia apabila Camelia memanggil Eriq dengan panggilan sayang. Lebih mengejutkan apabila dia memeluk lengan Eriq. Dua kali terkejut eh bukan lima kali terkejut.
"Apa ni Eriq Iskandar!" tempik Hasya kuat.
"Princess... tak" dia merungkaikan pelukan lengan tersebut dan mendekati Hasya.
"Apa kau ni lepas lah" marah Eriq lalu merungkai pegangan dengan kasar. Dia mendekati isterinya.
"Jangan dekat. Saya benci awak. Awak cakap dengan saya, awak ada lunch meeting dengan client so ini ke client tu?" kata Hasya sedikit kuat. Camelia disebelah dipandang atas bawah.
Pakaian yang sangat menjolok mata. Hanya memakai dress separas lutut dan terdedah di bahagian bahu. Seksi nak mampus. Dengan rambut sengaja ditolak kebelakang bagi menambahkan lagi keseksaan dia. Eh salah seksi.
Apa yang dikatakan Hasya adalah benar. Tetapi mesyuarat tersebut telah pun habis 10 minit lepas. Tetapi sebelum dia pulang ke pejabat, dia ingin mencari bunga buat isterinya memandang petang ini mereka akan ke klinik.
Mana lah tahu nasib menyebelahi mereka, jadi dia sudah ada sesuatu untuk diberikan kepada isterinya. Tetapi situasi sekarang telah pun disalah tafsir oleh isterinya. Kehadiran Camelia dan budak kecil itu pun dia tidak tahu.
"Sya... istighfar" Damia menggosok belakang Hasya.
"Daddy? Ouh jadi betul lah budak ni anak awak dan dia perempuan simpanan awak?" ujarnya sambil menunjuk Camelia.
"No kau salah faham" Eriq menidakkan andaian yang terang terangan salah.
"Enough, saya dah tak boleh terima apa apa yang keluar dari mulut awak... Allah dah tunjuk" katanya lalu pergi dari situ.
"Aduhh terjebak dalam masalah rumah tangga orang pulak..." Damia menggaru kepalanya sambil mengejar langkah Hasya.
Tak pasal pasal aku kena sekali. Niatnya ingin mencari hadiah Aina dan bila ternampak Hasya, dia hendak mengajak kawannya itu teman. Tetapi ini pula yang jadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Aku Kita [C]
RomanceSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...