Kai menyilangkan kakinya. Matanya liar ke sana ke mari mencari gadis yang sesuai untuk menemaninya malam ini tetapi hampa. Tiada satu pun yang menarik minatnya.
"Tao!" Kai menggamit pemilik kelab malam tersebut, Zi Tao. Tao yang sedang berbincang dengan seorang lelaki berjalan pantas ke arahnya. Di tangan, ada rokok elektrik yang menjadi peneman setiap masa.
"Tak ada orang baru ke yang masuk malam ni? Aku tengok semua sama aje." Komen Kai bosan. Gelas yang berisi wain yang tidak berapa kuat itu selamat masuk ke dalam kerongkongnya. Segar.
"Aku dah tak ambil sesiapa dah sekarang. Semua aku dah buang sebab pernah sekali, sorang perempuan aku lari dari customer. Then customer aku pergi buat report, masak aku. Tu yang aku buang semua perempuan." Cerita Tao serba-sedikit tentang perkhidmatan kelab malamnya. Dia setia menghisap rokok dan menghembuskannya dengan perasaan senang hati.
"Habis sekarang kau buat bisnes apa?" Soal Kai, ingin tahu dengan lebih detail.
"Sekarang aku just sale senjata je. Tak pun..." Tao mendekatkan dirinya pada Kai lalu menyambung, "... dadah." Tubuhnya kembali menjauh. Kai tersenyum sinis. Walaupun dia dan Tao tidak berapa dekat, namun disebabkan Tao berani mati dan mengambil risiko, dia bangga. Dia dapat merasakan yang Tao setaraf dengannya. Kejam. Zalim. Jahat dan pendendam.
"Baguslah." Segelas lagi wain diteguknya. Semasa dia meletakkan gelas di atas meja, matanya terpana pada satu susuk tubuh seorang gadis yang baru sahaja masuk ke dalam kelab malam tersebut. Melalui pandangan mata sahaja, gadis itu tampak suci, belum pernah dinodai. Susuk tubuhnya yang cantik serta wajahnya yang ayu membuatkan Kai agak tertarik melihatnya. Tetapi dia tidak mahu menunjukkan semua itu di sini. Biarlah dia membawa gadis itu pulang dahulu, baru dia boleh membuat 'sesi kenal suai' dengan gadis tersebut.
"Tao, siapa perempuan tu?" Bahu Tao disenggolnya membuatkan Tao memandang tepat pada orang yang menjadi tajuk utama dalam kepala Kai. Ternyata, Tao terkejut.
"Hish! Siapa tu?! Uishh... tak pernah tengok pula aku dia kat sini." Reaksi yang diberikan oleh lelaki yang berasal dari China ini. Baru sahaja dia bangun, Kai menahan.
"Ambilkan dia untuk aku." Kai membisikkan ayat itu pada Tao. Tao mencebik.
"Kau potonglah, bro. Baru aku nak try kejap. Tunggu sini." Tao sempat menumbuk bahu Kai dengan perlahan sebelum bangun berlalu pergi. Bukan dia serius pun, dia bergurau.
Kai memerhatikan Tao dan gadis yang dikatakan tersebut. Daripada kelakuan Tao sahaja menyentuh gadis tersebut, dia sudah tahu yang gadis itu baru. Cara gadis itu melemparkan pandangan sinis pun, dia sudah tahu.
Lamunan Kai terhenti tatkala Tao mendekatinya.
"Kau berjaya, bro. Menurut dari anak mata aku dia nampak... 'berharga'. Tengok dengan sebelah mata pun, aku dah sure dah. Kau bawalah balik sana. Untung-untung, boleh buat... bantal peluk kau malam ni." Kata Tao sambil tersenyum nakal. Dia terus sahaja berlalu pergi tanpa sempat Kai membalas apa-apa kata pada Tao. Sibuk sangat dengan pelanggan.
Kai mencari gadis tadi. Ya, ada. Sedang menari rancak dengan seorang lelaki. Kai bangun dengan lagaknya. Dia mendekati gadis itu lalu direntapnya pinggang kecil itu menyebabkan tubuh mereka rapat.
"Argh!" Gadis itu ternyata sangat terkejut. Kai merenung anak mata gadis itu dengan perasaan bernafsu. Wangian yang melekat pada tubuh gadis itu semakin membuatkan dia seperti di awang-awangan. Terlalu teruja kerana bakal memiliki seorang gadis yang cantik seperti ini.
"Hey, girl..." Kai menyapa mesra dengan senyumannya yang nakal namun gadis itu tidak menjawab. Sebaliknya dia cuba untuk melepaskan diri dari terus menjadi mangsa dakapan Kai. Mata gadis itu penuh dengan muslihat. Tetapi malangnya, Kai langsung tidak perasan tentang itu. Dia terlalu bernafsu sehinggakan lupa segala-galanya.
Pangg!!! Satu tamparan mengena pada pipi Kai. Kegeraman gadis itu tidak dapat ditahan-tahan kerana sikap Kai.
"Kurang ajar..." Kai hanya menggumam tetapi cukup jelas ditelinganya.
"Jimin! Taehyung! Bawa betina ni masuk kereta." Selepas Kai memberi arahan, lelaki itu terus berlalu. Gadis tadi tidak sempat berbuat apa-apa kerana tubuhnya sudah dicempung oleh Jimin. Taehyung selaku pemandu sudah berada di hadapan. Disebabkann suasana hingar-bingar, semua orang tidak mendengar suara gadis tadi meminta pertolongan.
Bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/43845782-288-k525628.jpg)
YOU ARE READING
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fiksi Penggemar"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...