39

11.1K 649 74
                                    

Satu minggu sudah berlalu. Kai semakin hari semakin sibuk dengan kerjanya. Jin Young pula juga sama. Mereka seakan-akan sudah terpisah kerana kesibukan kerja masing-masing. Tempoh dua bulan itu pula semakin lama semakin mendekat. Kalau dikira-kira secara purata, ada lagi seminggu lagi untuk Kai memikat hati Jin Young.

Kali terakhir mereka bersemuka minggu lepaslah. Sewaktu Kai dan Jin Young sama-sama makan tengahari di Victorian. Selepas itu mereka sudah tidak bertemu lagi. Kai membelikan Jin Young iPhone6 Plus pun suruh Jimin yang hantar. Kiranya macam hadiah jugalah tu. Selepas itu, mereka terus diam. Kesibukan Kai membuat kerja sehingga tidak sempat hendak mendail atau menghantar apa-apa mesej kepada Jin Young. Jin Young pula? Ha... inilah persoalannya sekarang.

Dalam masa seminggu mereka tidak berjumpa itu, Jin Younglah orang yang paling tidak tenang sekali. Kadang-kala dia terfikir, adakah Kai sihat? Adakah lelaki itu semakin melupainya ataupun lelaki itu kini bersama dengan orang lain? Lelaki itu bekerja di luar atau tidak. Hampir setiap hari dia menanti panggilan dan pesanan ringkas daripada Kai. Sebab apa, dia pun tak tahu. Mungkin anak dia yang rindu? Ke.... dia yang rindu?

Jin Young kini berada di pejabatnya. Segala urusan kerjanya telah selesai. Cumanya tinggal mesyuarat sahaja yang akan berlangsung dua jam lagi. Keluhan dilepaskan sedikit berat. Dia rasa tidak tenang pula kerana kepalanya asyik terfikirkan tentang Kai sahaja. Ada juga sekali dia cuba untuk bertenang. Tetapi semakin dia cuba memaksa untuk bertenang, semakin kuat pula bayangan wajah Kai dalam kepalanya. Entah apa benda penyakit entah yang menyerang.

iPhone6 Plus yang Kai berikan dicapai. iPhone6 Plus yang berwarna gold itu ditenung lama dengan mata yang tenang.

"Arghhh!!!" Jin Young memekik geram. Rasa macam nak terjun bangunan aje. Tubuh disandar lemah pada kerusi kulitnya. Dia membuka kunci telefon bimbitnya itu. Dia sudah tidak dapat menahan perasaan lagi. Nama Kai dicari lalu panggilan dibuat. Berdebar juga jantung saat telefon mencecah telinganya. Sekali sahaja mencuba, panggilan diangkat.

"Helo..." Kai memulakan perbualan dengan suara yang boleh dikategorikan sebagai ala kadar dan sambil lewa.

"Helo. Awak sibuk?" Tanya Jin Young. Sekadar itu berbasa-basi sahaja.

"Sibuk. Awak nak apa?" Tanya Kai tanpa berperasaan. Suaranya juga mendatar. Tidak seperti selalu. Biasanya ada perkataan 'sayang' yang dikeluarkan tetapi kali ini tidak. Suara Kai lebih kepada dingin, sejuk, beku dan seangkatan dengannya.

Jin Young mengerutkan dahi. Tak pernah pula Kai macam ni. Dia cuba untuk berfikir positif.

"Awak dah makan?" Tanya Jin Young. Telinganya menangkap nafas Kai seperti dihela dengan kasar.

"Dah, tadi. Saya sibuklah. Cakap nantilah, ya?" Ujar Kai menunjukkan yang dia mahu menamatkan panggilan. Jin Young semakin hairan. Cepatnya nak tamat panggilan? Kalau biasa tu sampai setengah jam bercakap tetapi kali ini? Tak sampai 5 minit nak letak? Wahh... Kai kena rasuk apa dah ni?

"Hmm.... yelah. Bye."

Tanpa menjawab kembali sahutan Jin Young, Kai mematikan panggilannya dahulu. Tercengang Jin Young dibuatnya. Dia mengalihkan telefon dari telinga. Sungguh, dia sangat pelik dengan Kai. Dia sendiri pun tak tahu mahu memberikan kesimpulan dengan perangai Kai hari ini. Adakah lelaki itu sudah semakin melupainya dan bosan? Adakah itu petanda bahawa Kai sudah tidak mahu lagi bergandingan dengannya dan menggugurkan kandungan itu?

Wajah diraup dengan telapak tangan. Hatinya seperti memasang satu nekad yang dia akan menemui Kai juga. Tetapi... biarlah. Dia malas hendak memikir lagi. Buang masa saja.

"Daripada aku fikir, baik aku keluar makan sendiri. Bagus." Kata Jin Young lalu bangun. Dia mencapai tali tas tangannya dan telefon. Lalu, dia keluar daripada bilik itu tanpa mengemas meja yang berselerakan. Malas mahu mengemas kerana nanti pun dia akan menyepahkannya lagi.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now