29

14K 643 64
                                    

"Cik, boleh saya berjumpa dengan Tuan Jang?" Soal Jin Young di kaunter yang terletak di hadapan pintu syarikat. Gadis yang bekerja sebagai penyambut tetamu itu berdiri memandang Jin Young.

"Cik ada buat appoinment tak?" Soal gadis itu. Segera Jin Young menggeleng. Dia sudah muak mendengar ayat yang sama daripada penyambut tetamu. Kali ini, dia ada taktik lain. Mungkin dengan taktik ini dia berjaya.

"Maaf, cik. Cik tak boleh berjumpa dengan Tuan Jang kalau tak buat sebarang appoinment. Maaf." Balas si gadis itu semula. Seperti apa yang sudah dirancang, Jin Young mengatur strategi.

"Awak pekerja Tuan Jangkan?" Tanya Jin Young. Permainan nampaknya hendak dimulakan. Dia memegang sekeping kad yang berbentuk kad perkenalan pekerja.

Gadis itu mengangguk laju. Dia memandang Jin Young dengan anak matanya yang bulat. Tertanya-tanya juga dia dibuatnya. Ada apa sebenarnya?

"Saya Hye Jin Young, pegawai penyiasat persendirian. Saya ada tujuan ke sini. Saya perlukan bantuan daripada awak. Boleh?" Lancar sahaja percakapannya di hadapan gadis tersebut sambil menunjukkan kad pengenalan peribadi kerjanya kepada gadis itu. Bulat mata gadis itu dibuatnya. Dia memandang Jin Young dengan perasaan yang tidak percaya.

"Jin... Jin..."

"Ya. Saya perlukan kerjasama awak sekarang ni. Boleh?" Tanya Jin Young lagi. Dia memerlukan kerjasama daripada gadis tersebut. Hanya gadis itu sahaja yang mampu membantunya.

"Tapi.. kalau saya..."

"Saya bertanggungjawab kalau awak kena pecat. Yang penting sekarang ni, awak. Boleh bantu saya?" Entah buat kali yang ke berapa agaknya Jin Young mengajukan soalan yang sama. Dia sangat memerlukan bantuan. Jika tidak, susah.

"Okey. Awak nak saya buat apa?" Soal gadis itu. Dia memandang sekeliling, bimbang ada orang yang dapat membaca pergerakan mereka ini.

"Buat satu appointment palsu." Kata Jin Young dengan nada suara yang cukup perlahan. Bimbang ada orang lain dapat mendengar.

"Baiklah. Tapi, Tuan Jang ada meeting pagi ni. Mungkin lambat sikitlah."

"Tak apa. Janji dapat."

**********

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!"

Jin Young menarik nafasnya dalam-dalam. Dengan penuh debaran, dia memulas tombol pintu bilik ini. Matanya terlihat sesusuk tubuh seorang lelaki 50-an sedang berdiri membelakanginya. Jin Young merapatkan daun pintu bilik tersebut.

"Tuan Jang..." seru Jin Young dengan suaranya yang lembut. Tuan Jang yang sedang menikmati pemandangan luar segera menoleh ke belakang tatkala telinganya terdengar suara seorang perempuan lembut menyeru namanya. Bulat mata Tuan Jang melihat Jin Young yang kelihatan sedikit seksi hari ini kerana pakaiannya yang mengikut potongan badan. Mata Tuan Jang tidak berkalih dari terus merenung pada susuk tubuh itu. Nafsunya membuak.

"Jadi awaklah ya yang nak berjumpa dengan saya?" Soal Tuan Jang berbasa-basi. Jin Young mengangguk. Dia mula rasa kurang selesa dengan pandangan Tuan Jang pada segenap tubuhnya itu. Jin Young berjalan ke belakang sedikit.

"Ya. Saya, Jung Yoon Ri. Saya nak berbincang pembelian tanah yang dekat Pyeongdang tu." Kata Jin Young yang menyamar sebagai Jung Yoon Ri. Terasa lama pula masa berlalu. Tujuannya ini hanya satu. Setelah mendapat nama tempat pembekal dadah yang selalu dikunjungi Tuan Jang, dia beredar. Pasti ada dokumennya di mana-mana. Pasti.

"Ohh.. pasal tu. Boleh, boleh! Kita bincang di sofa. Mari." Dengan perasaan gembira dan wajah yang penuh kejahatan, Tuan Jang menjemput Jin Young duduk di sofa yang telah disediakan. Jin Young menurut sahaja. Lakonannya harus mantap meskipun dia tahu, hidupnya kini seperti dihujung tanduk.

Tuan Jang tidak terus ke sofa tetapi sebaliknya dia ke pintu.

Klek! Pintu dikunci. Jin Young meneguk liur. Dia memandang wajah Tuan Jang yang sedang berjalan menuju ke arahnya lalu melabuhkan punggung disebelahnya. Rapat. Sangat rapat sehingga bahunya bersentuhan dengan bahu Tuan Jang.

"Jadi, saya nak berbincang pas..."

"Jangan terburu-buru. Saya nak tahu juga serba-serbi pasal awak." Potong Tuan Jang lalu tangannya gatal didaratkan atas paha Jin Young yang separuh terdedah itu. Meremang bulu romanya. Terasa kasar tangan si tua ini menyentuh kulitnya. Jin Young pasti, orang tua ini mempunyai nafsu buas.

"Err..." Jin Young menjauhkan dirinya sedikit. Dia cukup geli dengan Tuan Jang. Terbayang-bayang lagi dia bagaimana dia ditiduri oleh Kai. Tetapi ini dia menganggap Tuan Jang mencabulinya.

"Tak apalah. Err.. boleh tak awak bantu saya ambilkan iPad saya atas meja tu? Semua maklumat di dalamnya." Pinta Tuan Jang yang nampak seperti sudah tidak tahan dengan Jin Young. Tubuh dan wangian yang Jin Young pakai mengusik nafsunya.

Jin Young mengerutkan dahi. Dia mula rasa pelik. Ada pulak suruh klien ambilkan? Walaupun pelik, dia tetap juga bangun dan ke meja Tuan Jang. Tuan Jang sangat ghairah melihat tubuh Jin Young daripada belakang. Gerakan punggung Jin Young yang dilindungi dengan skrit ketat membuatkan jiwa Tuan Jang tidak tenang.

Jin Young mencari-cari iPad Tuan Jang. Dia mengecilkan matanya sedikit untuk mencari. Setelah jumpa, tangannya ingin menyentuh gajet tersebut tetapi tubuhnya seakan-akan terkena renjatkan elektrik apabila dia terasa pinggangnya dipeluk daripada belakang. Lehernya juga terasa dikucup hangat membuatkan dirinya melakukan satu tindakan drastik.

"Yahhhh!!!!" Jin Young menendang Tuan Jang punya itu menggunakan tumit kasut. Tetapi ianya tersasar kerana Tuan Jang dapat mengelak.

"Saya tak dapat nak tahan tengok awak." Kata Tuan Jang lalu mengangkat Jin Young seperti guni beras lalu diletakkan di atas meja.

"Dasar orang tua tak guna! Lepaskan aku!!!" Jin Young cuba untuk melepaskan dirinya kerana Tuan Jang telah membawa tangannya ke atas membuatkan bajunya ada bahagian bawa terselak ke atas.

Tuan Jang menekan paha Jin Young menggunakan kakinya. Dengan penuh bernafsu, lelaki itu menurunkan bibirnya disegenap tubuh Jin Young sehinggakan gadis itu kelemasan.

"Jangan... Kai..." tiba-tiba nama Kai terpacul pada mulutnya. Dengan air mata yang berderaian, Jin Young cuba untuk melepaskan dirinya. Jin Young memejamkan matanya tatkala tangan Tuan Jang mula merayap ke tempat yang tidak sepatutnya.

"Kai... tolong saya..."

Tiba-tiba perutnya seperti dilanda satu kesakitan yang maha dahsyat. Dia juga turut merasakan ada sesuatu cairan yang keluar dari alat sulitnya. Perutnya semakin sakit, ngilu dan perit.

Tiba-tiba, Tuan Jang memberhentikan semua kelakuannya. Jin Young membuka matanya perlahan.

"Awak peroid ke, sayang?" Soal Tuan Jang dalam nada terkejut tetapi dengan wajah yang tersenyum. Jin Young kaget. Period? Maksudnya.. darah?

"Kita sambung balik..." Tuan Jang menindih semula tubuh Jin Young. Nafsunya kembali mengganas.

"Tolong sayaaaaa!!!!!!"

Dummm!!!!

"Jin Young!!!"

Bersambung...

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now