62 (Special Chapter)

14.8K 809 115
                                        

Setahun berlalu. Semuanya berubah dan kembali bahagia seperti sedia kala. Jin Young? Kai? Mereka suami isteri telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sangat comel dan manja. Siapa namanya? Kim Jin Hyun. Wajah comelnya sentiasa menghiasi mata mereka berdua.

"Baby!!!" Kai menjerit nama anaknya. Jin Hyun yang baru sahaja pandai duduk itu memandang wajah ayahnya dengan mata yang bulat.

"Baby sayang..." Kai melangkah lemah ke arah anaknya lalu didukung anak itu. Jin Hyun tersenyum lebar menampakkan gusinya. Comel sungguh.

"Mana mama?" Kai menyoal seolah si kecil pandai menjawab. Jin Hyun terkebil. Dia menyembamkan wajah bangun tidurnya di leher si ayah.

"Alolo... takkan mengantuk lagi, sayang? Okey jom. Kita cari mama." Kai mengambil langkah ke dapur untuk mencari Jin Young. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga. Di belakang, sedang memberikan makanan kepada anak kucing.

"Sayang..." tegurnya dari belakang. Jin Young memusingkan tubuh lalu tersenyum sekilas.

"Ya?"

"Buat apa?"

"Basuh pinggan..." Jin Young menjawab dengan mata yang diputarkan ke atas. Apa punya soalanlah.

"Basuh pinggan? Nak oppa tolong?" Sengaja ingin menyakat buat hati pengarang jantungnya ini.

Jin Young memberikan pandangan maut kepada suaminya itu. Setahun dah berkahwin sama je perangai. Tak ada nak berubah.

"Sayang, oppa nak cakap ni. Masuk jom. Jin Hyun tidur dah." Ajak Kai lalu tangan Jin Young diraihnya. Jin Young meletakkan makanan kucingnya tadi di tempat asal sebelum mengikut sahaja pergerakan Kai membawanya ke dalam.

"Jangan letak atas situ nanti dia jatuh! Naya kita kang." Marah Jin Young apabila Kai mahu meletakkan Jin Hyun di atas sofa kecil biasa. "Biasa letak situ tak jatuh pun." Kata Kai, tidak puas hati dengan kenyataan isterinya. Manalah tahu, Jin Hyun pernah jatuh ke apa.

"Itu dulu. Sekarang dia dah pandai golek-golek. Oppa jangan cari pasal eh? Jatuh dia..."

"Kita 'cari' yang baru..."

"Yah!!!" Jin Young menyerang satu cubitan pada perut Kai menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Dia menggosok perutnya yang sakit selepas meletakkan Jin Hyun di comforter bayi.

"Gurau ajelah! Kalau betul pun apa salahnya kan? Tak adalah Jin Hyun sunyi." Kata Kai dalam nada separuh serius dan separuh nakal. Sengaja hendak menyakat si isteri yang cantik ini.

"Oppa..." tidak tahu hendak kata apa, Jin Young memuncung. Kai ketawa kecil melihat isterinya begitu. Tubuh itu dirangkul separuhnya.

"Suka buat muncung itik ni? Oppa gigit kang baru tahu." Ugutnya membuatkan muncung itik Jin Young menjadi seperti biasa. Takut dengan ugutan tu. Kai ketawa lagi. Suka betul ketawa sejak kahwin. Bahagia sungguh merek, bukan?

"Tadi kata ada benda nak cakap? Apa dia?" Soal Jin Young kepada soalan yang asal.

"Ohh okey. Tadi Hanna pergi office, dia kata, dia dengan Dong Jun nak... langsungkan majlis." Kata Kai sambil bermain dengan rambut Jin Young. Mereka masih berdiri tetapi separuh berpelukan. Kat rumah sendiri bolehlah buat, cuba kalau dekat rumah keluarganya dan keluarga Kai, haram nak macam ni. Duduk berdua rapat sikit pun, mesti ada yang perhati. Boleh segan mereka dibuatnya.

"Hah?! Serius? Bila? Dong Jun tak ada cakap pun dengan Jin..."

"Masalahnya Dong Jun baru propose Hanna semalam, sayang. Takkan masa Dong Jun nak propose Hanna, nak call sayang pula. Lagipun Hanna terus terima. Tak macam orang tu dulu. Penat kita tunggu... a..."

"Oppa... perli ke apa ni? Janganlah ungkit lagi! Tu kan cerita lama." Jin Young melepaskan pelukan mereka. Entah kenapa, Kai suka betul mengungkit benda lama, seolah-olah cerita lama itu lebih menarik daripada sekarang. Dia yang dengar ni rasa bersalah tahap kucing terkejut.

"Ha yelah yelah yelah... tak cakap dah. Oppa gurau je tu. Janganlah ambil hati, sayang..." Kai cuba untuk meraih kembali tubuh Jin Young kepadanya tetapi nampaknya guruannya tadi telah mengusik tangkai hati si isteri sehingga membuatkan air mata Jin Young bergenang. Wanita itu melangkah ke dapur semula. Niatnya hanya bergurau, tetapi Jin Young betul-betul sensitif mengenai hal ini.

"Okey, okey, janji dah tak cakap dah. Sayang..." Kai berlari anak mendekati Jin Young lalu tubuh itu dipusingkan menghadapnya. Jin Young menunduk tetapi dengan lembut Kai menaikkan wajah itu supaya memandangnya. Jelas sekali, mata Jin Young bergenang dengan air mata.

"Dah, dah jangan menangis lagi ya? Sumpah, oppa bergurau je tadi. Tak ada niat nak ungkit ke apa. Memang tak. Ya?" Kai mengucup perlahan mata Jin Young yang basah itu. Aduh, Jin Young yang menangis dia pula yang rasa sakitnya. Sungguh dia tidak boleh melihat wanita kesayangannya itu menangis walaupun hanya benda kecil kerana ianya sangat sakit. Cintanya kepada Jin Young memang tidak ternilai. Tiada benda yang paling berharga di dunia ini melainkan Jin Young seorang.

"Tapi janganlah cakap macam tu. Macam Jin Young sorang yang salah pasal benda dulu." Masih tidak berpuas hati kerana Kai dengan mudah mengucapkan kata maaf sedangkan dia, tersedu-sedu rasanya hendak menangis kerana Kai kerap kali mengungkit. Jika dulu dia hanya diam, tetapi kali ini tidak. Dia sanggup menangis, biar Kai takut! Padan muka dia!

"Ya, ya. Maafkan, oppa ya? Oppa dah tak dah. Jangan menangis ya?" Pujuknya lagi lalu memeluk Jin Young dengan erat. Susah betul nak pujuk kalau dah merajuk ni. Lagi-lagi sejak Jin Young melahirkan Jin Hyun. Merajuk tak selalu, tetapi bila dah merajuk, ha kau! Pujuknya kalau boleh 7 hari 7 malam. Hatinya mudah terusik dan sensitif. Lumrahlah tu, ibu kepada anakkan? Siapa pun akan rasa juga. Dia sebagai ayah pun pernah juga sentap dengan Jin Young.

Jin Young menyeka air matanya yang mengalir. "Dahlah! Nak pergi tandas."

"Nak buat apa?" Kai menyoal lagi soalan yang boleh dikatakan agak bangang juga bunyinya.

Jin Young menghentak kaki ke lantai. "Oppa ni kenapa?! Suka tau cari pasal. Dahlah sana! Hishh!!!" Menyirap juga satu badan dengan Kai. Dia menolak dada suaminya itu lalu masuk ke dalam tandas. Tetapi sebelum itu Kai meraih tangannya pula.

"Apa?" Jin Young menyoal malas.

"I love you..." nakal je bunyinya.

"Yah oppa! Toilet aje pun."

"May I kiss your lips my dear?"

"Merajuk dengan oppa 2 minit!" Jin Young merungut lalu masuk ke dalam tandas dan menghempas pintu tandas dengan kuat. Kai ketawa terbahak-bahak melihat aksi si isteri yang kadang-kala manja, kadang-kala garang juga. Tapi romantiknya... aduhai... pengsan rasa hati. Sesungguhnya, hatinya kini sedang diulit rasa bahagia yang entah bagaimana rasanya. Terlalu gembira! Sangat gembira! Paling gembira! Dengan lahirnya Jin Hyun yang telah melengkapkan Jin Young sebagai seorang wanita sejati, semakin membawa senyuman yang melebar pada bibir. Kalau bukan kerana dendam, mereka tidak bersatu. Dan kalau bukan kerana cinta... mereka tidak berkahwin.... dan bahagia sehingga sekarang.


-TAMAT!!!-

Hai dan assalamualaikum. Terima kasih kepada semua pembaca-pembaca saya yang setia menanti daripada 1 sampailah ke special chapter sekarang ni. Saya tak sangka juga sambutan In A Revenge Of Love sungguh hangat. Saya rasa macam nak menangis tahap beruk gila dah ni. Cumanya saya rasa sikit terkejut sebab dapat banyak report pasal ada yang cuba untuk meniru FF ni. Saya tak tahulah nak marah ke tidak tapi saya ada jumpa juga satu tajuk yang sama dengan FF saya ni. Saya nak marah? Tidak. Sebab mungkin itu satu kebetulan dan mungkin juga dia nak pinjam saya punya tajuk. Saya harap pembaca-pembaca saya ni, janganlah 'menyerang' sambil bawa sepanduk ke apa. Hahahaha!!! Itu, urusan dia. Janji saya bahagia dengan hidup saya dan awak semua dan dia bahagia dengan hidup dia dengan pembaca-pembaca dia yang lain. Selepas ni, kalau awak semua nak baca hasil taip tangan saya lagi, singgalah ke work saya. Saya nak buat BRIDE CHANGE pula. Hero, si YEHET kacak tu! Hahaaha... siapa bias dia YEHET, boleh ke sana nak 'bercinta' dengan YEHET. Hahahaha... okeylah, saya dah cukup panjang membebel. Ada banyak lagi FF yang tertangguh. Jumpa lagi kalian di BRIDE CHANGE yang baru ada 6 bab tu. See you guys again okay? I will miss you guys. Bye... KaiJin dah tak ada dah~~~ ganti dengan HunHye. ^^


[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang