21

11.6K 680 5
                                        

"Macam mana dengan kawan kami, doc?" Laju Hannie menanya kepada seorang doktor wanita bertag nama Choi Hanna (real__hih) yang sedang memandang Hannie, Laxy dan Xia Lu silih-berganti. Satu pandangan yang agak sukar untuk ditafsirkan.

"Hye Jin Young, dia... dia bujang ke?" Soal Doktor Hanna. Soalannya langsung tidak berkaitan dengan apa yang ditanya oleh Hannie.

"Hah? Apa kena-mengenanya benda tu dengan soalan saya?"

"Sabar, Hannie..." Laxy mengusap belakang tubuh Hannie yang sudah mula hilang sabar itu. Jin Young kini dimasukkan air sekejap di sebuah bilik kerana kekurangan air di dalam badan. Doktor ini boleh pulak mahu membuang masanya. Mana tak angin?

"Doc, what do you means with your question later?" Tanya Xia Lu pula yang juga turut tidak sabar dengan Doktor Hanna. Lambat pula cakapnya.

"Kejap. Se Ah (xyzvkook), tolong copy result kesihatan Hye Jin Young." Arah Doktor Hanna kepada pembantunya. Lalu, pembantunya itu terus membuat apa yang disuruh. Disebabkan meja mereka berdekatan, Se Ah dengan mudahnya menghulurkan keputusan sekeping keputusan X-Tray kepada Doktor Hanna. Doktor Hanna melihat kepingan X-Tray tersebut lalu dihulurkan kepada Xia Lu, Laxy dan Hannie. Mereka bertiga mengerutkan dahinya.

"Awak nampak tak bulatan kecil warna merah tu?" Soal Doktor Hanna. Mereka bertiga mengangguk lambat-lambat. Dahi masing-masing berkerut untuk memahami maksud keputusan X-Tray tersebut. Fikir senang nak baca keputusan X-Tray tanpa diterangkan? Dah macam orang bodoh dah.

"Awak tahu tu apa?"

Xia Lu, Hannie dan Laxy menggeleng tanpa memandang wajah Doktor Hanna.

"Tu, janin."

Ketiga-tiga kepala terangkat memandang Doktor Hanna.

"Ha?! Janin?!"

"Ya. Hye Jin Young, mengandung 3 minggu."

Bersambung...

Yeah... Jin Young pregnant 3 weeks. Terkejut bukan? Hahaha.. wait a next chapter... ^^

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang