Mendengar pintu rumah utama dihempas perlahan, Jin Young segera bangkit dari katil. Itu petanda baik untuknya menelefon rakan-rakannya yang lain. Walaupun masih bersedih dengan nasib yang menimpa diri, tetapi dia perlu bangkit juga. Sampai bila dia perlu begini? Hatinya memang dalam ketakutan. Ditambahkan lagi, semalam Kai langsung tidak memakai protection. Ini bermakna, dia ada harapan untuk... mengandung.
"Arghhh!!!!" Jin Young menjerit sekuat hatinya. Untuk melepaskan geram yang sudah lama terbuku di hati.
"Aku sumpah, kau akan terima padahnya. Aku sumpah!" Ayat itu sentiasa meniti di bibirnya, tidak putus-putus. Sungguh, bukan mudah untuk dia melupakan semua itu. Ianya ibarat minyak hitam yang melekat pada tangan. Dicuci macam mana sekalipun, pasti tidak hilang. Hilangnya mengambil masa. Masa yang sungguh lama. Sehingga mata jemu memandang kesan hitam tersebut. Sama juga dengan nasibnya ini. Sukar untuk dilenyapkan daripada terus berjalan di mata.
iPhone5s miliknya di ambil dari dalam tas tangan. Nama Xia Lu dicari dan jumpa. Telefon itu pun melekap pada telinga dengan tangan yang terketar-ketar menahan amarah yang menggila.
"Helo, Xia!"
*********
"Helo! Jin Young!" Xia Lu menjerit di dalam talian apabila telefonnya yang berdering di angkat. Dia memandang rakan-rakannya yang lain yang sudah mengelilinginya. Mahu mendengar sama ada itu adalah Jin Young ataupun tidak. Hampir satu malam mereka tidak tidur disebabkan gadis itu. Risau kerana Jin Young tidak pulang ke rumah tanpa khabar berita, pesanan atau nota.
"Buka speaker." Arah Laxy kepada Xia Lu. Xia Lu mengikut. Dia menyentuh simbol pembesar suara.
"Helo, korang kat mana?" Soal Jin Young yang berada di hujung talian.
"Kitorang ada dekat rumah ni. Kau pergi mana, wei? Satu malam kitorang tak tidur tau." Xia Lu meluahkan perasaannya. Risau sungguh dengan kawannya yang seorang ini.
"Aku... aku kena culik. Tolong cakap dengan unnie (Hyuna), hantarkan kereta untuk aku. Nanti aku bagi alamat. Aku tak boleh lama, Xia. Nanti buruk padahnya. Cakap tau. Aku tunggu. Balik nanti aku cerita. Okey, bye."
Klik! Talian mati. Xia Lu, Hannie dan Laxy terkebil-kebil memandang antara satu sama lain. Apa yang jadi sebenanrya?
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fanfiction"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)