Terasa lemah rasa lutut melihat jasad Kai terbaring di atas katil dengan mata terpejam. Dirinya yang berada di luar ICU ditampung oleh Dong Jun sementara Xia Lu pula dikehendaki menyiasat sekali kes ini. Hannie dan Sehun pula dalam perjalanan ke sini. Meskipun ada adik di sisi, tetapi Jin Young masih rasa sendirian.
"Kai oppa..." tangannya dilekapkan pada dinding kaca. Air matanya laju mengalir. Teringat lagi dia sewaktu saat-saat akhir dia dan Kai berjumpa. Dia berdingin. Dia acuh tidak acuh. Ah! Menyesalnya, Ya Tuhan. Dia rasa terlalu bersalah terhadap Kai. Andailah doktor mengizinkan dia untuk masuk ke dalam, dia mahu memeluk erat tubuh itu. Sakit rasanya melihat Kai terbaring begitu.
"Noona... dahlah tu. Kai hyung okey. Dia tak ada apa-apa." Pujuk Dong Jun lalu menarik bahu Jin Young dan dipeluknya perlahan. Jin Young menyembamkan wajahnya pada dada Dong Jun dengan tangan yang melingkar pada pinggang adiknya.
"Noona sayang dia, Jun." Esak Jin Young lagi. Dia mula rasa menyesal kerana berdingin dengan Kai beberapa hari yang lepas.
"Ya Jun tahu. Tapi doktor dah cakapkan tadi, Kai hyung tak ada apa-apa. Dia cuma koma sebab kesan bius cuci bekas tikaman tu aje. Dia dah stabil dah pun. Jangan menangis lagi ya?" Pujuk Dong Jun lagi. Dia mengusap perlahan kepala Jin Young. Dia dan Jin Young leka sebentar melayan perasaan.
"Jin Young? Dong Jun?" Suara seorang wanita bergema menyebabkan Jin Young dan Dong Jun melepaskan pelukan mereka. Jin Young mengalihkan kepalanya ke arah sesusuk tubuh seorang wanita.
"Makcik... Kim?" Jin Young mengecilkan matanya yang separa sembab itu untuk menilik wajah wanita tersebut.
"Ya. Ibu Kai. Jin Young!" Puan Kim segera mendapatkan tubuh Jin Young yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri dan didakap erat. Jin Young membalas pelukan hangat wanita itu dengan linangan air mata yang begitu deras. Suasana hiba mulai menguasai ruangan ICU ini.
"Macam mana dengan keadaan Kai, sayang?" Soal Puan Kim sambil menangis teresak-esak. Jin Young mengusap air matanya menggunakan belakang tangan. Pelukan dileraikan sebentar.
"Koma." Hanya itu yang mampu dia ucapkan kerana hatinya terlalu sebak. Dong Jun masih memegang tangannya tujuan untuk memberikan kekuatan walaupun hanya secebis sahaja. Luluh rasa hati melihat si kakak kesayangan menangis hiba begini. Sukar sekali untuk dia melihat Jin Young menangis.
"Sabar ya, sayang? Makcik tahu. Makcik kenal anak makcik. Dia kuat. Dia tak mudah mengalah. Ya?" Puan Kim sudah tidak tahu lagi hendak nasihatkan apa. Hanya itu sahaja yang mampu dia ucapkan kerana dia pun sedang menghadapi dugaan ini. Dialah ibu kepada Kai. Ayah dan adik Kai masih di dalam perjalanan ke sini kerana dia tidak pergi serentak dengan suami dan anak keduanya.
"Makcik pun. Hubungan saya dengan dia tak sekuat hubungan makcik yang sebagai ibu. Makcik pun kena sabar juga. Ya?" Jin Young menyeka air mata Puan Kim yang sudah terjun dengan deras sekali. Bagai anak kecil, Puan Kim mengangguk.
"Jin Young!" Kini, ada dua orang lagi manusia yang memanggil namanya. Sehun dan Hannie.
"Hannie!!!" Jin Young menjerit nama itu sekuat hatinya tatkala jasad Hannie sudah dekat di hadapan mata. Dengan rasa yang entah, sukar untuk ditafsirkan lagi, Jin Young mendakap tubuh itu ke dalam pelukannya.
"Macam mana dengan Kai?" Entah soalan ke berapa yang dia terima. Kalau ikutkan hati memang susah hendak mengangkat mulut lagi tetapi takkan nak diam je?
"Dia..."
"Koma, noona." Dong Jun menjawab selaku wakil Jin Young. Faham sudah dengan keadaan kakaknya begitu, hati siapa yang mudah untuk meringankan? Pasti sukar sekali.
Hannie mengangguk faham. Patutlah Jin Young begitu. Setahunya juga, Jin Young dan Kai bergaduh sebelum kejadian ini berlaku. Pasti gadis itu dalam penyesalan sekarang.
Sehun pula berada di hujung penjuru ruang. Sedang menelefon seseorang. Dia juga sedikit bengang dengan perkara ini. Marah dengan si pelaku terhadap Kai sehingga membuatkan rakannya terjebak sekali.
"Sabar ya? Ini ujian untuk kau..." Hannie mengusap lembut belakang tubuh Jin Young.
Jin Young diam. Dia memejamkan matanya. Berharap apabila dia buka kembali mata, semuanya akan jadi seperti biasa. Harapan yang tidak menjadi kenyataan...
Bersambung...
Sorry! Sikit je dulu. Yesss!!! PT3 udah tamat woo.... sebab tu duk meroyan ni. Muahahahahha... sesiapa yang menunggu smbungan saya, ini dia. Tak apa, malam ni ada lagi. Lagipun tinggal sikit lagi. Saya nak settelkan segala ff saia tertangguh tuh. Bnyk ._____. So, hope enjoy and dapat lepas rindu dengan IAROl, see you night, bye!
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fanfic"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)