Jin Young melabuhkan punggungnya pada kerusi yang telah disediakan pada Victorian Restaurant. Dia meliarkan bebola matanya pada sekitar, mencari seseorang yang telah menyuruhnya ke mari. Tetapi tiada. Mungkin masih sibuk dengan kerjanya.
Jin Young melihat jam. Tepat jam satu tengahari. Perutnya juga lapar. Alang-alang ada yang mengajaknya keluar makan, dia menerima sahaja pelawaan tersebut. Nak ditolak, tak sampai hati. Lagipun tadi Xia Lu dah menyuruhnya pergi. Dia harap, ini hanya makan tengahari biasa-biasa sahaja. Tidak ada sesuatu benda yang akan dibincangkan.
"Cik? Boleh saya ambil pesanan?" Tanya seorang pelayan lelaki yang kelihatan seperti seusia dengannya. Lelaki itu bertanda nama Jungkook.
Jin Young mengangkat kepalanya memandang Jungkook yang berada di tepi mejanya. Sempat dia tersenyum kepada Jungkook sebelum dia mencapai menu yang dibawa bersama oleh Jungkook tadi. Jungkook yang melihat senyuman Jin Young terasa seperti mahu terbang ke Syurga rasanya. Dia terpikat dengan kecantikan Jin Young. Kelakuan Jin Young diperhatikan olehnya sehingga Jin Young berasa tidak selesa.
"Err... encik?" Jin Young menegur Jungkook yang memandangnya sambil tersenyum. Jungkook masih dengan khayalannya. Jin Young menggigit bibir bawah. Meremang bulu roma melihat keadaan pelayan lelaki ini. Tangannya dilayang-layangkan di hadapan wajah lelaki berwajah baby ini.
"Encik Jungkook!" Sergah Jin Young dalam nada perlahan membuatkan Jungkook tersentap. Berderau darahnya ke muka kerana terperanjat.
"Erkk... ma... maafkan saya, cik. Err... order?" Jungkook segera mengalihkan perhatiannya kepada perkara yang dimahukan tadi.
"Espreso satu. Tak nak manis sangat ya, tapi pekat." Pesan Jin Young. Jungkook mengangguk sambil menulis pesanan Jin Young pada buku nota kecilnya. Dia memandang Jin Young dan Jin Young memandangnya. Kening Jin Young ternaik. Nak apa lagi?
"Ya?"
"Makan?"
"Oh... tak apa. Nanti saya pesan lagi." Kata Jin Young seraya menayangkan senyuman nipisnya. Patutlah tak pergi lagi, dia lupa hendak mengkhabarkan yang dia tidak mahukan makanan.
"Ohh okey. Err... boleh tak kalau..."
"Tak boleh!" Tiba-tiba seorang lelaki yang sangat Jin Young kenali datang dari belakangnya dan menyampuk. Lelaki itu terus duduk bersebelahan dengannya. Jin Young punya terkejut. Macam nak terkeluar jantung rasanya. Jungkook pula tadi dia mahu menanya siapakah nama Jin Young, terus sahaja terbantut. Terkedu dia melihat lelaki itu melabukan punggungnya di sebelah Jin Young, rapat pula tu.
'Mesti boyfriend dia ni,' getus hati Jungkook perlahan.
"Encik nak makan apa?" Tanya Jungkook lalu menghulurkan menu kepada Kai. Kai menyambutnya dengan tangan kanan dan ditilik perlahan. Lama menilik, akhirnya Kai mendapat apa yang diinginkan. Jin Young hanya diam di sebelah, malas mahu masuk campur.
"Awak nak makan apa?" Soal Kai apabila gadisnya yang berada di sebelah ini diam sahaja. Jin Young mengalihkan tumpuannya kepada Kai.
"Apa-apa jelah." Jawab Jin Young perlahan. Dia sedar satu perubahan pada Kai. Lelaki itu mendinginkan suaranya ketika menanya tadi. Seolah-olah dia mempunyai kesilapan pula.
Kai diam. Dia membuat muka cemberutnya. Ada sesuatu yang hendak diperkatakan kepada Jin Young nanti. Ada sebab mengapa dia cemberut sebegitu rupa. Bukan suka-suka dan kalau boleh, dia tak mahu bermasam muka dengan Jin Young. Dengan Jin Young yang sudah sedia bermasam wajah dengannya, apatah lagi dia? Makin keruh nanti hubungan mereka.
"Yang saya order tadi, saya nak lagi satu. Tu je." Kata Kai lalu menghulurkan kembali menu kepada Jungkook. Tajam pandangannya pada Jungkook. Jungkook mengambil menu tersebut lantas beredar setelah memesan kepada pelanggannya ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fanfiction"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)