Jin Young melihat jam. 4 pagi. Uishh!!! Lena betul lelaki ini tidur beralaskan pahanya. Boleh dikatakan hampir setiap jam, Kai akan bergerak menukar posisi badan. Mula-mula sopan aje tidur lepas diurut kepalanya semalam. Sekali tak lama, sopannya hilang. Kalau boleh Jin Young itu hendak dimasukkan dalam baju. Dah rapat, nak dirapatkan lagi. Macam mana tu?
Jin Young cuba untuk mencapainya iPhone5s di atas meja kopi. Mahu melihat sama ada ada panggilan yang masuk ataupun tidak. Setelah dapat, seperti biasa Jin Young akan menekan satu punat untuk menghidupkan smart phone tersebut. Tetapi kali ini, telefon itu seakan-akan termati seperti kehabisan bateri. Berkali-kali dia cuba tetapi tetap sama.
"Haish... asal pula ni?" Perasaan marah mula nak datang. Jarinya menekan lama punat tersebut tetapi tetap juga sama. Skrinya gelap.
"Arghh!!!"
Pranggg!!! Telefon itu selamat dicampak di atas lantai. Berderai skrin itu dibuatnya. Tertekan. Jin Young memejamkan mata dan menyandarkan tubuh pada sofa. Dengan Kai yang berada di atas ribanya, susah juga untuk dia bergerak ke sana ke mari.
"Sayang..." seru Kai dengan suara serak-serak basahnya. Dia sedar dengan apa yang berlaku. Telefon Jin Young sebenarnya, baterinya semalam dia telah tanggalkan kerana tidak mahu ada sesiapa yang menganggu mereka berdua. Dia tidak kisah apa yang nak jadi, janji dia mahu Jin Young sentiasa ada bersamanya. Semakin dia dan Jin Young dekat begini, semakin dia rasa tidak mahu beregang.
Jin Young mengangkat kepala dan menunduk sedikit. Wajah Kai yang hampir tersembam pada perutnya itu dipandang. Masih kejam, tapi bercakap. Mengigau ke apa ni?
"Sayang..." Kai memanggil lagi apabila Jin Young tidak menyahut.
"Hmmm?" Hanya gumaman yang dibuat. Telinganya kini seperti sudah tidak geli lagi menerima panggilan 'sayang' itu meskipun pada awalnya dia rasa seperti mahu muntah pelangi.
"Kenapa baling phone tu?" Soal Kai dengan suaranya yang masih lagi seksi. Tangannya dilingkarkan pada pinggang gadis itu. Wajahnya juga disembamkan pada perut Jin Young. See? Kalau boleh nak rapat lagi sampai masuk dalam perut. Teruk betullah.
"Entah. Gila agaknya." Hanya itu sahaja jawapannya. Dia menekan punat ON di alat kawalan jauh televisyen dan menonton apa yang ada pukul 4 pagi ini. Kai, dia biarkan sahaja. Tak ubah seperti budak kecil pun ada juga.
"Mana handphone tu?" Tanya Kai lagi. Jin Young memandang Kai sekilas. Dia diam sahaja. Malas nak jawab. Kai juga turut diam. Faham sangat dah dengan Jin Young bahawa gadis itu dalam mod yang kurang elok.
"Pukul berapa ni?" Soal Kai sekali gus menukar topik percakapannya. Jin Young menjawab, "4 pagi."
Kai menjarakkan sedikit wajahnya dari perut Jin Young. Dia mengeliat kecil. Penat sebenarnya tidur macam tu. Tapi bila ada Jin Young sekali, semua benda yang tidak selesa jadi selesa. Macam tidur kat hotel 5 bintang pun ada.
"Kai, saya nak baliklah. Saya ada kes pagi ni nak kena settlekan. Meeting lagi. Bangunlah." Jin Young baru teringatkan satu hal. Dia lupa akan hal itu. Dia ada mesyuarat hari ini dan ada juga dua tiga kes yang perlu dia selesaikan. Nasib ingat! Kalau lupa tadi... habislah kena marah. Dengan keadaan dia macam ni. Hyuna pula? Mesti belum tahu lagi hal itu. Bagaimana agaknya dia mahu menerangkan kepada Hyuna supaya wanita itu tidak melenting?
Kai bangun juga walaupun berat sungguh kepala hendak diangkat. Rambut yang menutupi dahi disuak ke belakang. Mahu melihat Jin Young yang sedang mengemas untuk pergi.
"Sekarang ke?" Tanya Kai dengan berat hati. Dia masih lagi mahu berdua-duaan dengan Jin Young, sekali mahu memikat hati gadis itu juga sebelum tempoh dua bulan tamat.
"Yalah. Takkan esok pulak."
Kai mengeluh berat. Jin Young sudah pun bangun dari duduknya sambil memungut sisa telefon bimbit yang berkecai. Balik nanti buang aje semua. Mujur kad sim masih boleh digunakan. Semua benda tentang kerjanya ada di dalam itu.
"Pergi dul..." kata-kata Jin Young terputus apabila tubuhnya yang membelakangi Kai itu tiba-tiba berada di dalam satu pelukan orang, Kai lah. Siapa lagi kalau tidak. Jin Young menolehkan kepalanya ke kanan, Kai menyangkutkan dagunya di situ sementara tangannya elok kemas melilit pinggangnya yang kecil. Susah betul nak melepaskan diri daripada lelaki ini. Lebih-lebih lagi bila Kai memeluknya. Pasti bau badan Kai melekat pada hidung. Semakin susahlah dia mahu pulang. Dia pula yang kalah nanti.
"Please take care our baby, dear. Okay?" Pesan Kai pada telinga Jin Young dalam nada perlahan. Jin Young tidak tahu mahu memberikan reaksi apa, melainkan 'hmm...' sahaja. Payah untuk suaranya melahirkan perkataan walau sekadar 'okey' sekalipun kerana baginya, hatinya belum lagi sempurna menerima lelaki itu sebagai seorang lelaki yang bergelar bapa kepada anak yang dikandungkannya. Hatinya masih keras, meskipun dirinya dilanda alahan yang boleh menggugatkan status itu. Bila-bila masa sahaja dia akan kecundang jika tidak benar-benar perasaannya diteguhkan. Biarlah dirinya yang betul-betul rela, jangan dengan paksaan.
"Please take care yourself to. Habis je kes dengan meeting nanti, datang sini balik eh? Teman saya." Pesan Kai lagi. Kali ini, Jin Young tidak menjawab walau sekadar hmm pun kerana baginya, dia tidak mampu untuk melaksanakan hal itu. Semakin dia ikutkan kata Kai, semakin dia menghampiri ke jurang. Cukuplah kata panggilan mereka berubah daripada berkau aku kepada berawak saya. Itu sudah cukup membuatkan dia berasa yang dirinya hampir kalah. Dia tidak akan membiarkan Kai menang. Tidak akan, tidak pernah. Walaupun sekali. Sekali Kai menang dan dia kalah, perasaan itu tidak akan dapat diputarkan semula. Masa yang lalu tidak akan kembali seperti sedia kala.
"Saya nak balik..." Jin Young meleraikan tangan Kai tetapi kaku. Pelukan Kai pada tubuhnya erat.
"I love you, sayang..." selepas ucapan itu diucapkan, pipi kanan Jin Young menjadi sasaran bibir Kai untuk meleraikan kucupannya. Disebabkan kegebuan pipi Jin Young, bibir lelaki itu agak terbenam dan lama juga ciuman itu dilabuhkan pada pipi Jin Young. Jin Young hanya mampu diam sahaja walaupun jantungnya berdegup dengan kencang. Meremang juga bulu roma.
Ciumin dilepaskan. Tubuh Jin Young dipusingkan. Wajah Jin Young yang sedikit lesu itu dipandangnya. Lalu, tanpa menoleh ke belakang lagi, dia mendekatkan bibir ke arah bibir Jin Young dan satu kucupan lagi dilepaskan. Terasa lembut sahaja bibir Kai pada bibirnya. Pada waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa lajunya degup jantungnya. Terasa mahu melompat jatuh ke lantai sahaja rasanya.
"Take care..." entah buat kali yang keberapa agaknya dia memesan, dia sendiri pun tidak tahu. Tetapi dia cukup risau. Bermacam-macam benda dia fikirkan. Jin Young ini, Jin Young itu. Semua ada. Bukan dia tidak tahu dengan Jin Young. Lasaknya boleh tahan. Bimbang sangat jika gadis itu bleeding ke apa. Aduhai... semua benda itu melayang dalam kepalanya.
"Hmm... yelah." Jin Young menyahut pendek. Wajah Kai langsung tidak dipandang.
"Pandang saya..." macam tahu-tahu je yang dia tidak mahu memandang. Boleh pulak Kai menyuruh. Jin Young tetap begitu. Diam sahaja. Tidak mahu mengangkat kepala.
"Sayang..." tangannya diletakkan di dagu Jin Young dan diangkat sedikit supaya mata itu bertentang dengan anak matanya. Jin Young terpaksa. Tetap juga dia melihat.
"Jaga diri eh?"
Jin Young mengangguk. Lama dia menanti Kai membuat tindakan terakhir tetapi tiada. Itu bermakna Kai mengizinkan dia pergi. Dengan perlahan dia pergi meninggalkan Kai. Pintu dibuka dan setelah dia keluar, dia tutup semula pintu itu. Jin Young melihat suasana embun pagi.
"Jangan tewas, Hye Jin Young. Jangan..."
Bersambung...
Eh asal macam tak syok ni? Bertarabur, bosan semacam aje. Haha.. hope sukalah, ya? Wait a next part, kay? Bye...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fiksyen Peminat"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)