49

10.3K 616 49
                                        

2 minggu berlalu. Keadaan Jin Young dan Kai berlarutan sehingga memaksa Jin Young untuk ke pejabat Kai selepas selesai menghadiri satu mesyuarat bersama-sama dengan Hyuna tadi. Semua pekerja dikehendaki turun padang kerana ada perubahan yang akan berlaku. Mujur dia tidak diubah ke mana-mana kecuali Laxy. Laxy terpaksa dipindahkan ke Busan kerana seorang pekerja di sana mengalami masalah sedikit setelah mengalami pendarahan gara-gara kemalangan kelmarin. Jadi, Laxy ke Busan dan bertugas di sana untuk memenuhi jadual pekerja di sana.

Punat lif ditekan setelah tiba di lobi bangunan. Dia menanti dan terus menanti sebelum pintu lif akhirnya terbuka. Jin Young segera masuk ke dalam perut lif dan menuju ke tingkat di mana terletaknya pejabat Kai. Walaupun ini adalah kali pertama dia pergi, tetapi dia masih ingat Kai memberitahunya alamat, dan tingkat ke berapa sewaktu dia dan Kai masih berbaik.

Lif terbuka. Dia pun keluar dan melingas memerhatikan sekeliling. Agak kekok juga hendak ke mari tetapi serasanya, dia seperti sudah pernah menjejakkan kaki ke sini. Mungkin dulu sewaktu dia menemani orang lain berjumpa dengan rakan yang bekerja di sini. Staf Kai sendiri mungkin. Jin Young berjalan menuju ke kaunter.

"Hai Cik Hana." Jin Young tersenyum memandang tanda nama seorang gadis yang berdiri di hadapannya itu. Hana yang merupakan setiausaha Kai menunduk hormat kepada Jin Young tanda hormat dan mempersilakan kedatangan Jin Young. Agak terpegun juga melihat wajah Jin Young hari ini. Berbaju kemeja potongan pinggang dan berseluar jeans hitam. Rambut keperangan itu dibawa ke sebelah kanan dan wajahnya dikenakan sedikit solekan. Gincu merah hati menyerlahkan lagi wajah anggun Jin Young.

"Hai! Cik nak cari siapa?" Soal Hana ramah. Jin Young agak serba salah hendak memberitahu nama Kai. Bimbang Kai tidak mahu menerima sesiapa pada hari ini tetapi demi untuk mempertahankan kepercayaannya, dia nekad. Dia mahu Kai kembali mempercayainya seperti dulu. Rindu? Usah cerita. Bagai nak gila dia kawal perasaan supaya jangan menangis jika rindukan Kai. Tidak boleh juga. Air mata pasti akan menitis setiap kali memikirkan Kai. Adakah lelaki itu sihat atau tidak? Adakah lelaki itu sudah makan atau belum? Semuanya! Semuanya dia teringat. Boleh dikatakan keadaan Jin Young seperti orang mabuk cinta.

"Err... bos awak ada?" Soal Jin Young. Sengaja tidak mahu menyebut nama Kai. Tidak sanggup rasanya nak sebut. Entah kenapa, dia memang rasa seperti hendak menangis lagi. Kerinduannya sungguh menebal di hati.

Hana mengerutkan dahi. Dia memandang Jin Young dengan perasaan pelik. "Bos? Maksud cik, Encik Kim Jong In?" Tanya Hana kembali dan Jin Young mengangguk. Woahh.. dengar nama penuh itu disebut pun, bukan main berdebar hatinya. Macam ada dua jantung dalam badan dan semuanya berdenyut dalam keadaan serentak.

"Ohh... buat masa sekarang ni, Encik Kim tak benarkan saya untuk izinkan sesiapa sahaja masuk jumpa dia. Sebab Encik Kim tengah tertekan dan sibuk." Kata Hana. Jin Young terdiam setelah mendengar penjelasan itu. Sibuk? Jin Young menggigit bibir bawahnya.

"Kalau saya nak jumpa juga?"

"Dah tentulah saya yang kena marah, cik. Tak pun, cik bagitahu nama cik siapa, saya boleh tanya Encik Kim sekarang. Mana tahu dia..."

"Eh tak payahlah! Err... tak apa. Biar saya jumpa sendiri." Jin Young nakal. Dia berlari terus melepasi kaunter Hana untuk ke bilik Kai. Hana terkejut. Dia terpaksa mengejar Jin Young yang hampir di pintu bilik Kai. Tidak sempat Hana hendak menahan, Jin Young sudah pun menolak pintu bilik Kai.

"Op..." Jin Young kaku. Dia memandang hadapan sebelum mengalihkan pandangannya pada tempat lain.

"Jin Young?" Kai menyebut perlahan nama Jin Young dengan kedutan penuh di dahi.

"Maaf, bos. Saya dah halang tapi..."

"Saya pergi dulu." Jin Young segera pergi. Pemandangan tadi sangat menyakitkan hati. Kai tidak memanggil sebaliknya hanya pandang sahaja. Tidak terkeluar rasanya suara untuk memanggil meskipun jantung berdegup kencang hendak memanggil perkataan 'sayang'.

"Siapa tu, Kai?" Soal seorang gadis yang sedang berdiri menghadap Kai itu. Tangannya masih ada pensil. Dia dan Kai sibuk melakar lanskap tadi di kertas majung tetapi terbantut kerana gangguan dari seorang gadis yang seumur dengannya rasanya, 22 tahun.

Kai tersedar. Dia memandang Nana tanpa riak. "Dia... future wife. Hye Jin Young."

"What?!" Nana terkejut. Matanya membulat memandang Kai sehingga mengundang kerutan pada dahi Kai. Dah kenapa pula?

"Awak kenapa?"

"Mesti dia salah sangka tu." Nana kerisauan. Sejak hatinya mula sedar bahawa Kai adalah hak milik orang lain meskipun tengah berperang dingin, dia jadi seperti tidak mahu menjadi penganggu. Dia akan menjauhkan perasaannya dari Kai dengan macam mana cara sekalipun.

Kai diam. Dia tidak tahu mahu kata apa. Sejak dia dan Jin Young begini, Kai seperti orang bodoh. Pantang sungguh telinga dengar nama Jin Young. Bila nama Jin Young naik sahaja, dia mula tidak tentu arah. Tumpuan hilang, fokus melayang. Kai rindu sebenarnya tetapi ego. Siapa tak rindu? 2 minggu menangung. Dia bukan patung, dia manusia. Tetapi lumrah. Orang kalau dah merajuk teruk, marahnya tak hilang-hilang. Rasa tertipu apa semua mesti keluar. Macam-macamlah! Tu yang jadi macam tu. Haishh...

"Kai! Kenapa awak diam? Nanti dia akan salah faham pasal kita."

"Dah tentu dia tahu saya dengan awak ada urusan. Salah dialah." Jawab Kai, dingin. Nana menggeleng kecil. Teruk betul kawannya ini. Yes, kawan. Dia anggap Kai sekadar kawan sahaja. Bukan teman.

"Saya nak keluar kejap." Nana mencapai beg tangannya di kerusi dan pensel di tangan ditinggal di atas meja. Kai memandang Nana, hairan.

"Nak ke mana?"

"Nak jumpa dan terangkan hal yang sebenar pada future wife awak." Tanpa menanti apa-apa lagi respon dari Kai, Nana segera pergi. Kai mengeluh keras.

"Arghh!!! Gila." Kai menyerabutkan rambutnya. Jin Young... gadis itu sukar betul untuk dilupakan walaupun cuma sesaat.

Bersambung...

Pendek? Hahahaha... baru sempat buat ni. Lusa atau esok, bab 50 pula. Baca 49 ni dulu. Okeylah ngantuk. Btw, dh tgok prologue BTS? Hehehe... omg Butterfly~~~ walaupun bukan ARMY tapi suka lagi dia.. Hehehe.. klah bye!

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang