51

11.7K 704 51
                                        

"Yah noona ahh... eodiya? Jun dah ada kat airport ni." Hye Dong Jun mendail kakaknya yang sudah lebih dua tahun tidak bersemuka. Dia tinggal di Kanada bersama dengan ibu dan ayahnya sekali gus menyambung pelajaran di sana. Dong Jun bekerja sebagai jurugambar profesional. Dalam masa yang sama, dia mengambil kerja sambil iaitu penyiasat persendirian. Sama juga dengan pekerjaan kakaknya. Jika tiada panggilan untuk mengambil gambar, dia akan hadir untuk menjadi penyiasat persendirian. Profesional? Tidak. Penyiasat persendirian bebas sahaja. Maknanya, dia bebas ke mana-mana jika ada panggilan daripada pelanggan.

"Eoh? Jun dah sampai airport? Kejap, noona baru keluar dari kereta."

"Yah, noona ahh!! Lambatnya! Palli khaja, Jun dah tak sabar nak peluk Jin Young noona." Kata Dong Jun dengan suara yang manja. Meskipun dia dan kakaknya sudah lama tidak berjumpa, tetapi hati mereka selalu dekat. Ramai juga orang salah sangka dengan hubungan mereka yang disangka pasangan kekasih. Dong Jun tinggi dan mempunyai wajah asli Korea. Jin Young pula sedikit rendah darinya dan memiliki wajah ala-ala Inggeris kerana ibu Jin Young berasal dari Kanada. Jadinya, orang ramai tersalah sangka dengan wajah mereka. Kemiripannya ada sedikit, tetapi tidak terlalu ketara.

"Haishh.. sabarlah. Noona sampai dah ni. Tunggu."

"Yelah. Tapi jangan lama-lama sangat."

"Ya." Jawab Jin Young dengan lembut. Dong Jun setia menanti. Panggilan sudah pun terputus. Dia melihat sekeliling lapangan terbang antarabangsa ini. Perlahan-lahan nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Sejuk matanya memandang. 2 tahun tidak jejakkan kaki ke tanah air sendiri, rasa seperti baru dilahirkan pula. Pelbagai karenah manusia yang dia lihat. Biasalah, orang kalau dah suka sangat, orang lain perhati pun tidak sedar. Siapa pun akan rasa macam tu, termasuklah dia sendiri. Entah macam mana rupa kakak kesayangannya itu sekarang. Semakin cantik sudah mesti. Semakin berisi? Mungkin ya. Semakin berkobar-kobar pula perasaan ingin tahu itu.

Sedang Dong Jun melayan perasaannya sendiri, tiba-tiba telinganya menangkap satu suara yang memanggil namanya. Segera dia menoleh.

"Dong Jun ahh!!!"

Senyuman Dong Jun melebar tatkala melihat seorang gadis yang setahun lebih tua darinya berlari sambil mendepakan tangan. "Jin Young noona!!!" Dong Jun berlari anak sedikit sambil mendepakan tangan. Lalu, Jin Young masuk ke dalam pelukan Dong Jun, adik lelaki tunggalnya. Mereka berpelukan sebentar diselangi dengan ketawa mereka berdua yang riang.

"Bogoshipeo!!!" Dong Jun memeluk erat tubuh kakaknya. Jin Young membalas pelukan Dong Jun. Lama mereka berpelukan tanpa dipedulikan oleh sesiapa pun.

"Noona..." Dong Jun melepaskan pelukan tetapi tangannya masih berada pada pinggang Jin Young. Jin Young menaikkan keningnya. "Apa?"

"Noona cantik!" Dong Jun memuji dengan suara yang manja. Jin Young ketawa.

"Gedik! Adik noona pun kacak juga. Mesti dah ada calon minah salih ni." Usik Jin Young sambil memegang kedua-dua belah pipi Dong Jun. Kelakuan mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih. Daripada jauh, ada mata yang memerhati dengan hati yang penuh bara.

Dong Jun tersenyum comel. "Manalah ada. Siapa yang nak kat Jun ni, noona. Jun ni apa yang ada. Jun tidak layak untuk dicintai." Ayat baku Dong Jun keluar menyebabkan Jin Young ketawa terbahak-bahak. Sudah lama dia tidak rasa gembira seperti ini. Sumpah, sejak dia berpisah sementara dengan Kai, hidupnya terasa sedikit bebas meskipun hampir setiap malam dia menangis kerana merindui lelaki itu.

"Gediklah! Ini... Jun dah makan belum?" Soal Jin Young. Dong Jun menggeleng dengan wajah yang begitu comel pada pandangan Jin Young. Jin Young melihat sekeliling tempatnya dan Dong Jun berdiri. Dia seperti merasakan sesuatu yang janggal. Dong Jun yang melihat kehairanan.

"Kenapa, noona?" Soal Dong Jun. Jin Young tersedar. Dia menggeleng sambil tersenyum nipis.

"Nak makan?" Topik ditukar. Malas hendak memanjangkan isu itu. Mungkin ini hanya perasaannya sahaja.

"Nak!"

"Jom. Noona belanja. Ke... nak noona masak?" Tanya Jin Young dengan kening ternaik-naik. Dong Jun menggeleng lemah sambil tersenyum kelat. Dong Jun nampaknya tidak menanya lagi soal tadi. Syukurlah.

"Noona masak lambatlah nanti. Kita makan luar aje terus. Noona belanja." Kata Dong Jun. Jin Young membalas. "Eleh... lambat konon. 2 tahun lepas noona masak bukan main makan lagikan? Okeylah, kali ni, noona belanja makan luar. Next time, biar Jun masak untuk noona."

Dong Jun terkejut. Pulak dah...

"Apa pasal Jun pula?!" Dong Jun tidak berpuas hati. Jin Young yang sedang menarik bagasi-bagasinya untuk keluar dari lapangan terbang ditenung.

"Sukati noonalah." Terus Jin Young pergi meninggalkan Dong Jun yang terkebil-kebil. Sebenarnya, Jin Young rasa tidak sedap hati kerana terasa dirinya dan Dong Jun diperhatikan daripada jauh. Sejak dari tadi dia rasa tetapi dia diam sahaja. Lama-kelamaan, dia risau. Bimbang keselamatan adiknya dan dia terganggu. Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Jin Young sudah banyak kali rasa begini kerana dia adalah penyiasat persendirian. Mesti ada yang mahu membalas dendam padanya sekiranya setiap pergerakan yang dibuat telah ditangkap oleh orang yang dia siasat itu. Bukan tidak biasa, dah biasa sangat dah. Cara hendak mengatasi masalah ini senang sangat. Suruh je Hyuna turun padang. Confirm dah tiada sesiapa yang ganggu kerana Hyuna yang turun.

Dong Jun mengejar kakaknya daripada belakang dan memeluk bahu Jin Young sambil menarik bagasi kecilnya. Mereka pun keluar dari lapangan terbang antarabangsa di Incheon ini.

**********

"Shit... siapa budak lelaki tu? Takkanlah... pengganti aku? Tak mungkin. Walaupun aku dingin dengan kau, tapi itu tidak bermakna, aku boleh lepaskan kau ke tangan orang lain macam tu je. Aku bersumpah dengan diri aku sendiri, kau tak boleh bersama dengan orang lain, selagi aku masih hidup. Fullstop."

Bersambung...

Mian pendek sangat. Idea saya tersekat tadi. Berlaku salah faham pula pasal relay Dong Jun dengan Jin Young. Btw, Dong Jun tu nampak cute je jadi adik Jin Young. Haha... lagipun dia baby face. Sesuai sangat jadi adik Jin Young. Okeylah. That's all. Saya akan jarang update lepas ni sebab dah mula sibuk dengan kelas tambahan. Tata~~

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang