47

9.5K 643 87
                                    

"O... oppa?" Jin Young sudah kehilangan kata-kata tatkala melihat kelibat Kai di hadapan pintunya sambil menayangkan sehelai kertas yang menunjukkan satu bukti kukuh bahawa dia baru sahaja pulang dari hospital kerana keguguran.

"Betul ke apa yang surat ni kata? Jin Young miscarried?" Soal Kai dengan wajah yang bengis. Tidak seperti selalu. Wajah itu adalah wajah ketika Jin Young dan Kai belum mencintai satu sama lain lagi.

Jin Young kelu. Tidak tahu mahu kata apa melainkan geleng sahaja.

"Sanggupkan tipu? Sampai hati." Tanpa meneruskan apa-apa kata lagi, Kai melempar kertas itu ke dalam bilik Jin Young dan pergi. Pergi dengan sebuah kemarahan tanpa ada setitik air mata pun. Dia sedih, tetapi tidak boleh menangis. Dia marah, tetapi tidak boleh hendak menunjukkan amarahnya itu di hadapan Jin Young. Bimbang dia akan bertindak luar kawalan.

Jin Young terduduk. Dia mencapai kertas tadi dengan tangan yang menggigil. Matanya fokus pada kertas tersebut dan tanpa dapat ditahan-tahan, air matanya mengalir buat sekian kalinya. Esakannya semakin lama semakin menggila apabila teringatkan Kai. Pembohongannya tidak sampai beberapa minit. Akhirnya terlerai juga.

"Oppa..." Jin Young bangun dan menuruni anak tangga dengan pantas. Dia melihat luar. Kereta Kai sudah tiada. Sekali lagi dia dihambat rasa bersalah yang amat sangat. Pintu dikatup perlahan. Esakannya bergema di seluruh pelosok rumah ini. Dia bersandar pada pintu. Tiba-tiba, matanya terpandang satu benda atas meja ruang tamu. Apabila ditilik, terhambur lagi tangisan itu. Dengan kaki yang lemah longlai, Jin Young mengatur langkah ke meja ruang tamu dan mencapai sejambak bunga mawar yang dibawa oleh Kai. Menggigil tangannya mencapai jambakan bunga itu. Kad yang terselit pada celah mawar ditarik perlahan dan dibaca isinya.

Hai sayang! Oppa ada permintaan. Tapi... oppa tak nak kita lama-lama macam ni. Oppa nak jadikan Jin Young, sah milik oppa. Bunga ni... jadikanlah sebagai nyawa. Jangan sampai dia layu. Kalau dia layu, maknanya... Jin Young tak sayang oppa lagi. Janji? -Your future husband, Kai.

"Arghh!!!" Jin Young tertekan. Dia terduduk lagi di sofa dengan esak tangis yang semakin kuat bergema tanpa henti. Menyesal, sedih, takut, segalanya kini bercampur menjadi satu. Andai masa boleh diputar kembali, sumpah dia tidak akan mengambil jalan ke sini. Dia langsung tidak dapat hendak berfikir apa akibatnya jika rahsia ini dibocorkan. Dia hanya memikirkan kepentingannya, keselamatannya sahaja. Ya Tuhan, aku menyesal.

"Oppa... maafkan Jin..."


**********

Kai memandu tanpa memikirkan pemandu yang lain. Dia benar-benar dalam keadaan tertekan dan marah. Tertipu. Dia ditipu hidup-hidup oleh gadis yang dia sendiri cintai. Kai memang jenis orang yang pantang ditipu dan tidak suka ditipu. Segala harapannya kini musnah. Kandungan Jin Young gugur. Dan dia meninggalkan Jin Young tanpa apa-apa kata kerana pada waktu itu, dia memang dalam keadaan marah dan tidak terkawal.

Kai memberhentikan kereta betul-betul di bahu jalan. Dia tersandar lemah dengan wajah penuh kekusutan. Pening, sakit. Segalanya kini menjadi sebuah beban yang berat pada kepalanya.

"Arghhhh!!!!" Jeritan penuh kesenduan itu akhirnya terluah juga dengan hamburan air mata yang lama di takung sejak tadi. Esakannya bergema memenuhi ruang kereta. Tangan mencengkam stereng dengan kuat. Tidak dapat dibendung lagi rasanya perasaan itu.

"Sampai hati Jin Young tipu oppa. Kenapa tak jujur aje? Jin Young buat oppa hilang percaya pada Jin Young. Jin Young buat oppa tak ada semangat untuk jadikan Jin Young sebagai isteri. Segalanya. Segalanya buat oppa rasa kosong. Harapan oppa... berkecai, macam tu je." Rintih Kai sendirian. Anaknya yang dikandungkan Jin Young gugur, keyakinannya untuk melamar Jin Young pun semakin pudar dan apa yang paling ketara, kepercayaan. Dia sudah hilang kepercayaan terhadap gadisnya kerana dia membuat kesimpulan, kandungan Jin Young gugur kerana angkara Jin Young sendiri. Hatinya mengatakan yang Jin Young menggugurkan kandungannya ketika dia berada di China. Tetapi sebenarnya tidak. Kai sebenarnya sudah tersalah sangka sama sekali. Dia dalam keadaan marah, jadi segala benda yang berputar di akal, mula menghitung-hitung dan membuat kesimpulan sendiri tanpa menyiasat. Namun kini terlambat. Jin Young tersalah langkah, Kai terlebih langkah.

Wajah diraup berkali-kali untuk menghilangkan perasaan yang menggila kini. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya dengan keras. Kai mengambil keputusan. Dia mahu menjauhkan diri daripada Jin Young. Dia mahukan ketenangan. Buat masa ini, biarlah dia menanggung rindu atau apa-apa pun. Menghilangkan cintanya buat Jin Young, mungkin tidak. Tetapi dia mahu mengembalikan segala kepercayaannya, keyakinannya, mungkin ya. Biarlah... biarlah segalanya tenang dahulu. Dia serabut. Malas mahu memikirkan apa-apa lagi. Penat. Letih! Segala rancangannya, rapuh begitu sahaja.

Sebelum dia kembali meneruskan perjalanan, Kai mencapai sesuatu di dalam ruang dashboard keretanya. Bergeletar tangan menyentuh kotak cincin berbentuk hati berwarna merah itu. Dia membuka kotak tersebut. Sekali lagi air matanya jatuh.

"Kalau tak... hari ni cincin ni dah tersarung. Tapi..." Kai tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana terlalu sakit. Dadanya sesak jika dia semakin memikirkan benda ini. Cincin ini, dibeli sewaktu di China. Nana sendiri yang mencadangkan dia supaya membeli cincin ini. Keikhlasan gadis itu menyuruhnya membeli cincin ini membuatkan dia nekad mahu melamar Jin Young sebagai isteri. Tetapi... semua itu hancur, berkecai, pudar! Segalanya berderai tanpa ada sedikit pun cebisnya.

Kai mencampakkan kotak cincin itu tanpa berperasaan ke bawah kakinya. Menunjukkan yang Kai benar-benar kecewa. Kalaulah Jin Young tidak menipunya dan kalaulah fikiran Kai tidak sepantas itu mengambil kesimpulan yang Jin Young sengaja menggugurkan anaknya, benda ini tidak akan berlaku. Pasti boleh dibawa berbincang tetapi ego. Hasutan kuat betul sehingga kedua-duanya tidak sempat hendak berbuat apa-apa.

Brek ditolak ke bawah. Kereta Kai pun mula memasuki jalan raya kembali, membelah kabus malam. Sama seperti hatinya yang kini terbelah.


Bersambung...

Huhuhu... saya buat part ni dengan penuh perasaan betul. What next? Mesti tak sabar kalian nak tahukan? Hehehe... insha Allah, malam ni, saya update. Panjang? Mungkin tidak. Pendek? Mungkin ya. Hehehehe.. tak adalah. Just wait kay? Love you moreee... tata~~


[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now