41

11.8K 737 62
                                        

Jin Young mencelikkan kelopak matanya perlahan-lahan. Lalu, setitik dua air matanya jatuh mengalir jatuh di atas bantal. Sayunya hati, hanya Tuhan sahajalah yang tahu bagaimana rasanya. Setiap anak kata Kai masih lagi terngiang-ngiang pada telinganya. Lagi-lagi dengan panggilan yang Kai ubah daripada awak-saya kepada oppa-Jin Young. Lagi lebat air mata menitik. Tetapi dia tahan juga daripada terkeluar sendunya. Bimbang pecah tembelang.

Jin Young mengalihkan tangan Kai yang melilit pinggangnya. Lelaki itu betul-betul tidur dengan lena sekali. 20 minit juga ada dia diamkan diri dan Kai pun tidur dekat setengah jam sudah. Mulanya dia memang tidur. Tapi dia tersedar bila ada sesuatu yang mengucup dahinya. Ingatkan siapa, rupanya Kai. Pada awalnya dia nak je sedarkan diri dan lari, halau lelaki itu keluar daripada rumahnya, tetapi apabila Kai bercakap dan terus meluahkan segala isi hatinya, dia jadi kaku seperti patung cendana. Dia hayati setiap butir kata yang keluar dari mulut itu. Sungguh, cinta Kai kepadanya benar-benar ikhlas. Dia sendiri dapat merasakannya. Dia? Ya, hari ini dia mahu mencari jawapan yang sebenar sama ada dia juga berperasaan yang sama seperti Kai ataupun tidak. Dia mahu menguji dirinya hari ini. Dengan cara apa? Adalah nanti...

Jam ditenung. 2 pagi. Masih lagi awal. Matanya yang mula hilang kantuk tetapi apabila dilayan sahaja, lama-lama dia terlelap kembali.

**********

7 pagi. Jin Young bangun dengan mudah kerana Kai sudah pun berbaring terlentang meskipun tangannya masih berada pada pinggangnya. Lelaki itu diselimutkan dan dia ke tandas sebentar untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Setelah selesai membuat kerjanya di tandas, Jin Young keluar dari tandas dan menuju pula ke meja solek untuk mencapai penyepit rambut. Sambil dia menyanggul rambut, dia memandang Kai yang masih lena di katil melalui cermin. Perlahan-lahan dia mengukir senyumannya, nipis. Seperti apa yang dia fikir tadi pagi jam 2, dia akan menguji hatinya hari ini, sama ada hatinya sudah lulus, ataupun gagal.

Jin Young segera ke pintu dan keluar. Pintu dikatup dan dia berjalan perlahan menuruni anak tangga untuk ke dapur. Biasanya Hannie yang masak sarapan tetapi disebabkan tiga rakannya itu bekerja luar selama 3 hari 2 malam, jadi dialah yang buat semuanya sendiri. Tapi disebabkan ada Kai menghuni di rumah ini, jadi dia mengambil keputusan untuk membuat sarapan untuk dia, dan Kai. Tak salahkan?

Daun peti ais dibuka. Dia mengherotkan bibirnya ke tepi sedikit dan meneroka anak matanya melihat isi peti ais. Ada...

"Nasi goreng kimchi? Boleh kut." Jin Young menutup peti ais dengan semangkuk kecil bahan di tangan. Dia pun memulakan kerjanya. Cukup 15 minit, nasi goreng kimchi buatannya selesai! Tersenyum comel dia melihat hasil air tangannya itu. Dah lama rasanya tak masak. Kemudian, dia ke sinki pula untuk mencuci segala benda yang ada di dalam sinki itu sekali gus dia mahu membuat air teh pudina. Segarkan badan pagi-pagi begini. Sedang dia mencuci, tiba-tiba telinganya menangkap sesuatu bunyi derapan kaki. Tangannya yang lincah membuat kerja tadi mulai perlahan. Matanya menjeling ke arah tepi sementara tangannya yang masih bersabun itu memegang garpu. Digenggam garfu itu dengan erat supaya tidak terlepas dari tangan.

Semakin lama derap kaki itu semakin dekat. Baru sahaja dia mahu mengambil tindakan, pinggangnya sudah dipeluk daripada belakang membuatkan dia benar-benar terkena renjatan elektrik. Berderau darah rasanya naik ke muka.

"Sayang buat apa?" Kai menyoal sambil tersenyum kecil. Dia tahu Jin Young terkejut dan memang dia sengaja mahu lakukan itu. Bukan jahat, tapi gurau.

Jin Young menarik nafasnya kecil. Geram.

"Nampak ni tak?" Dia mengangkat garfu yang dipegang separas bahu, betul-betul depan muka Kai. Mata Kai yang melihatnya sampai naik juling.

"Tak. Janganlah buat main ni, bahaya." Kai menolak perlahan tangan Jin Young supaya garfu itu menjauhi wajahnya. Dia meleraikan pelukan dan mengambil tempat di sebelah Jin Young. Lengan baju kemeja yang tidak ditukar daripada semalam disinsing. Lalu, pinggan yang hanya tinggal dibilas itu dibilas olehnya dan diletak pada tempat letak pinggan.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang