Tiba sahaja di rumah, Jin Young pantas melabuhkan kepala atas bantal. Terasa betul-betul penat hari ini. Dengan mesyuarat yang entah apa benda je. Buat dia benar-benar rasa sakit kepala tahap gaban.
Telefon yang sudah kehabisan bateri dari tadi dibiarkan sahaja bersarang dalam tas tanga. Tanpa menanti apa-apa lagi, matanya terus terpejam dengan pakaian kerja.
**********
Kai melihat jam pada dinding rumahnya. 8 malam. Yes. Inilah masanya.
Kai keluar dari perut rumah dengan kunci kereta. Pakaian kerja yang masih melekat pada tubuh dibiarkan sahaja tidak bertukar. Butang pada hujung lengan dibuka dan disingsingkan lengan itu sehingga ke paras siku. Rambut yang sedikit kemas itu diserabaikan. Nampak kacak, bukan?
Nafas dihela panjang supaya segala perasaannya hilang. Dia sebenarnya geram dengan Jin Young. Boleh dikatakan berpuluh-puluh kali dia telefon, tetapi yang keluarnya peti suara. Kalau suara operator tu sebijik macam Jin Young tu naklah juga dia dengar. Ini, suara duk beku macam kayu. Siapa yang nak dengar melainkan terdesak?
Tanpa menanti lama lagi, Kai segera menghidupkan enjin kereta dan memecut laju kereta membelah malam. Mengambil masa dalam 40 minit untuk tiba kerana dia memandu sederhana laju, akhirnya Kai tiba betul-betul di halaman rumah.
Berkedut sedikit dahinya melihat rumah tersebut gelap semacam. Macam tak ada orang tapi kereta Jin Young terpakir elok sahaja di halaman rumah. Tak dimasukkan ke garaj. Pintu pagar pula berkunci.
Kai keluar dari perut keretanya dengan gelenga kepala. Dia mengunci kereta.
"Dengan pintu pagar tak berkunci. Rumah gelap. Haishh..." Kai ke pintu pagar rumah yang regang itu. Dirapatkan dan dimangga. Lalu, Kai berjalan tenang pula ke pintu rumah utama. Dia fikirkan berkunci, rupa-rupanya tidak.
"Tak kunci juga?! Sayang, bahayanya awak..." Kai menggeleng lagi buat kali yang kedua. Bahaya betul Jin Young ni. Risau sungguh hatinya. Tahulah dia ada seni mempertahankan diri yang memang dipelajari sewaktu kursus, tapi tak perlulah tak kunci pintu apa semua. Nasib belum jadi isteri. Kalau dah? Jangan harap nak kasi macam ni.
Dengan wajah yang risau, Kai membolosi rumah ini. Benda pertama yang dia cari ialah suis lampu. Mujur ada cahaya dari telefon bimbitnya dapat membantu. Seperti sudah menetap di rumah ini, Kai berjaya menjumpai suis lampu dengan sekali tekan sahaja. Tetapi di hanya menghidupkan lampu ruang tamu dengan bahagian tengah sahaja. Dapur hanya digelapkan.
Seterusnya, dia ke tangga. Lampu tangga yang berada pada dinding permulaan anak tangga pertama dipetik. Terang. Tanpa memikir apa-apa lagi, Kai terus ke atas. Dia mencari bilik Jin Young. Bukan kali pertama dia ke sini. Dah dua kali. Kali pertama sewaktu dia menghantar Jin Young dari hospital. Ini kali kedualah kiranya.
Sampai sahaja, tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolak perlahan. Dengan cahaya lampu bilik yang dibuka dalam mod yang malap, Kai tersenyum menampakkan giginya sambil tergeleng apabila Jin Young sedang lena tidur sambil memeluk anak patung beruang yang lebih kurang besar juga saiznya. Dengan pakaian kerja yang masih tidak bertukar, Jin Young tidur dengan begitu lena sekali. Tubuhnya yang meringkuk itu menambahkan kecomelannya.
Kai geleng perlahan. "Kyeopta."
Kai masuk dan merapatkan daun pintu sekali.
Klek! Kunci. Biarlah ianya berkunci. Walaupun rumah ini kosong tiada rakan Jin Young, tetapi Kai tetap mahukan privasi.
Dia mengatur langkah dengan perlahan sehingga tibanya di sisi katil. Dia tersenyum bahagia melihat Jin Young tidur dengan wajah yang tenang tetapi... hatinya risau juga melihat bibir itu tidak semerah selalu. Kali ini kelihatan sedikit pucat. Kai mengeluh kecil. Ya, dia lupa tujuannya datang ke mari. Dia harus memujuk Jin Young. Tetapi... kini gadis itu sedang tidur lena. Takkan nak kejutkan?
Kai melabuhkan punggungnya pada birai katil. Pada waktu itu, kedudukan Jin Young membelakanginya. Gadis itu diselimutkan sehingga ke paras leher. Kai meringankan tangannya untuk mengalihkan rambut yang menutupi hampir separuh wajah Jin Young itu. Lalu, dengan selambanya dia menundukkan wajahnya untuk mengucup perlahan dahi Jin Young yang sedikit hangat itu.
"Sayang... maafkan oppa." Ujar Kai dalam nada yang cukup perlahan. Perkataan oppa itu pula... memang dia mahu bahasakan daripada awal tetapi dia tidak mahu dia kelihatan terlalu gelojoh. Jadi, dia diamkan sahaja. Biarlah dia membahasakan dirinya sebagai oppa ketika Jin Young tidak sedar. Bukan kerana dia pengecut, tetapi kerana kehendak dia sendiri. Dia mempunyai strategi dan biarlah hanya dia sahaja yang tahu apa dia strategi tersebut.
"Oppa tahu, memang salah oppa sendiri terabaikan Jin Young. Disebabkan oppa stress, Jin Young yang jadi mangsa keadaan. Kalaulah masa boleh diputarkan, dah lama oppa buat tapi masalahnya, tak. Semua tu mustahil, sayang. Oppa tak mampu ubah takdir." Luah Kai lagi. Segala benda yang terbuku dalam hatinya dikeluarkan. Dia berbaring mengiring sambil menongkat kepala di belakang Jin Young. Tangan kanannya menongkat kepala manakala tangan sebelah lagi menarik pinggang Jin Young supaya lebih rapat dengannya.
"Tempoh masa 2 bulan... hampir tamat. Bila Jin Young akan jatuh cinta dengan oppa? Oppa rasa... oppa dah tak mampu nak buat apa-apa lagi melainkan... usaha. Kalau boleh, nak je oppa bawa lari Jin Young ke tempat jauh. Kahwin kat sana. Lagi senang. Tapi oppa sure, omma oppa was kill me lepas kita balik sini." Kai ketawa... dalam tangisan. Tangisan? Ya, Kai menangis. Dia menangis kerana semua perasaannya bercampur-aduk. Menyesal, kecewa, hampir putus asa, gembira, bahagia, suka, duka. Segalanya! Semestinya segalanya.
Pelukannya pada tubuh Jin Young semakin dieratkan. Sumpah, sungguh dia sayangkan wanita ini tanpa ada nilainya. Tidak ternilai berapa cinta dan sayang itu.
Nafas ditarik, cuba untuk tenang.
"Kalaulah takdir menentukan kita, yang kita tidak ditulis untuk bersama, Jin Young janjilah dengan oppa, jaga anak kita sampai besar. Lepas tu, terpulanglah pada Jin Young, sama ada nak kenalkan kepada ayah dia ataupun tidak. Oppa harap, ya. Sebab oppa nak sangat tengok muka anak kita, yang datang dari benih oppa sendiri. Tapi kalau tak... oppa tak mampu nak kata apa lagi. Hanya itu je yang mampu oppa buat dan lakukan. Tuhan je yang mampu merancang."
Kai mengusap kepala Jin Young perlahan. Puas dia meluahkan segalanya hari ini. Walaupun Jin Young tidur, tapi dia yakin Jin Young dapat rasa. Dengar? Tak muungkin kut. Tapi kalau ya pun... apa salahnya.
Kai merendahkan kepalanya pada telinga Jin Young.
"Oppa harap Jin Young dapat rasa. Walaupun tak dapat dengar." Serentak dengan itu, Kai mencium perlahan telinga Jin Young. Kai melepaskan bibirnya lalu tubuh itu dipeluk dengan lagi erat.
"Malam ni oppa teman Jin Young tidur. Jangan tendang oppa sudah. Malam, sayang. Love you." Tidak sampai 5 minit, Kai terus sahaja tertidur sambil memeluk Jin Young yang masih lagi lena itu.
Lena? Lena ke? Tetapi... mengapa ada air mata pada tubir mata Jin Young dan bantal? Adakah... dia dengar semua itu? Atau ianya hanya kebetulan?
Bersambung...
Hohoho... masih demam. Cepatlah baik Ya Allah. Tak senang rasanya. So how? Best? Saya fikir-fikir, FF ni tinggal sikit lagi pastu habis. Maaflah kalau bosan ke apa. Ya? Dh ini je yang mampu. Hope enjoy ya? Btw, panggilan oppa-Jin Young tu sedap ke? Ke mcm poyo sgt? Hahaha.. klah.. Bye~~~
p/s: sorry x balas komen part lepas. Saia x sihat.. maafff!!!
YOU ARE READING
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fanfic"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...