30

14.9K 790 76
                                    

"Jin Young!!!"

Jin Young dan Tuan Jang pantas memandang pintu yang sudah dipecahkan itu.

"Kai..." Jin Young menyebut nama Kai tatkala matanya menjamah susuk tubuh Kai.

"Kau buat apa ni hah, orang tua?!! Sial betul!" Kai segera meluru ke arah Tuan Jang yang terkocoh-kocoh mahu melarikan diri itu. Dengan keadaannya yang hampir separuh bogel membuatkan mata Kai seperti mahu terkeluar. Lagi-lagi melihat Jin Young yang seperti nyawa-nyawa ika dan hampir tidak berpakaian juga.

"Kau ni memang tak sedar diri betul!" Satu tumbukan dilepaskan tepat mengena pada wajah Tuan Jang. Waktu itu Kai memang sudah tidak dapat mengawal perasaannya. Kemarahannya hampir memuncak.

"Dah tua, buatlah cara tua! Kurang ajar!" Satu lagi tumbukan dilepaskan dan kini pada perut pula. Tuan Jang kembali terduduk. Bibirnya sudah pecah kerana ditumbuk. Tubuhnya juga mulai lemah.

"Kau kenapa sibuk hal aku? Dia ada hubungan dengan kau ke?!" Tuan Jang dengan tiba-tiba meluru ke arah Kai tetapi Kai cekap. Dia menendang 'barang' Tuan Jang menyebabkan Tuan Jang terbaring sambil memegang 'barang'nya itu. Kali ini Tuan Jang benar-benar lemah.

Kai yang masih dihurung perasaan marah memijak perut buncit Tuan Jang tanpa belas kasihan. Pijakannya itu menggunakan tumit kasut kulitnya membuatkan kepedihan itu mencucuk usus Tuan Jang. Tuan Jang sudah menjerit dan menyeringai kesakitan.

"Lepas kau buat semua ni, aku akan buat surat pembatalan kontrak kerjasama kau dengan aku. Aku tak kisah, apa orang nak kata, tapi perbuatan kau lagi keji dari segalanya." Kata Kai sambil mengetap gigi. Rahangnya tampak bergerak-gerak. Kakinya masih memijak perut Tuan Jang yang hampir pengsan itu. Senak dan hampir tiada nafas. Orang ramai mula mengerumuni bilik ini tetapi di luar sahaja. Jimin dan Taehyung turut ada di situ sekali menghalang pintu. Mereka ke pejabat ini kerana Kai yang suruh.

"Ingat, orang tua. Aku boleh buat apa aje yang aku nak. Asalkan kau tak akan terlepas."

"Tolonglah.. lepaskan aku..." Tuan Jang tiada suara lagi kerana dia benar-benar tiada nafas hendak bercakap. Dia sangat memerlukan udara ketika ini. Wajahnya sudah biru kelebaman.

Kai melepaskan kakinya walaupun hatinya belum puas lagi. Kepalanya menunduk memandang Tuan Jang yang meringkuk kesakitan itu. Dengan perasaan jijik, marah, keji dan segalanya, Kai meludah wajah Tuan Jang.

Tuan Jang sudah tidak berdaya mahu melawan lagi. Cukuplah.

"Jimin, bawa orang tua miang ni ke balai. Biar polis settlekan halnya." Perintah Kai tanpa memandang wajah Jimin yang sudah pun berjalan mendekati Tuan Jang yang telah pun pengsan di situ. Baru kena pukul sikit, dah pancit. Dah tua pun satu. Tak sedar diri!

"Tutup pintu." Pesan Kai lagi apabila telinganya menangkap suara pekerja-pekerja Tuan Jang dari luar. Sibuk duk bergosip sampai menyakitkan telinganya. Bukan apa, dia tidak suka orang yang menjaga tepi kain orang lain.

"Baik," akur Taehyung. Dia turut keluar juga dan merapatkan daun pintu. Jimin sudah pun membawa Tuan Jang keluar.

"Ka... Kai..." Jin Young menyeru nama Kai dengan suara yang hampir tiada dan sedikit bergetar apabila keadaan sedikit sunyi. Jin Young menangis. Dia tidak mampu lagi mahu menutup bahagian tubuhnya yang terdedah. Tangannya cukup lemah meskipun dia berasa segan di depan Kai.

Kai segera mengalihkan perhatiannya kepada Jin Young. "Sayang..." lembut sahaja dia menyebut perkataan itu. Dia membantu Jin Young menutup bahagian tubuhnya yang terdedah.

"Kai.. saya takut..." tangisan Jin Young akhirnya pecah apabila wajah Kai jelas berada di depan matanya. Menggigil satu badan rasanya jika mengingatkan semula kejadian tadi. Teresak-esak dia menangis.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now