Esoknya, selepas sahaja Kai menghantar Jimin dan Taehyung di lapangan terbang untuk ke Hawaii, pada pagi itu, Kai ke rumah Jin Young. Sesekali matanya memandang ke kerusi tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Ada bunga. Bukan tu je, ada satu lagi. Senyuman sentiasa terukir pada bibirnya. Tidak pernah lekang, sejak dari tadi.
Kereta dipakir di lama rumah Jin Young. Dia keluar dari kereta sambil memegang sejambak bunga dan... sekotak cincin yang dibeli di China tempoh hari. Hari ini, dia berniat hendak melamar Jin Young. Dia berharap, segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar.
Dia menghampiri pintu. Loceng ditekan. Satu saat, dua, tiga, tiada. Kai menekan lagi. Sama seperti tadi juga. Tiada sahutan. Kai mula risau. Dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam. Keningnya berkerut sedikit apabila pintu tidak berkunci. Maknanya ada orang dekat rumah. Kereta Jin Young ada. Tetapi kereta rakan-rakan Jin Young tak ada pula. Maknanya Jin Young ada.
"Sayang!" Seru lelaki itu membuatkan rumah ini bergema. Dia merapatkan daun pintu dan memerhatikan sekeliling rumah yang sedikit serabut dan tidak terurus. Seperti tidak dihuni beberapa hari. Dengan ada tiga bagasi kecil di ruang tamu. Kai kehairanan. Dia meraba kocek seluarnya untuk mencari telefon. Dahi ditepuk.
"Tertinggal!" Keluhan berat dilepaskan. Dia melabuhkan punggung di sofa sambil memikir. Di mana perginya Jin Young?
**********
Jin Young membuka matanya. Terasa begitu lama sungguh dia tidur. Semalam, dia ada bangun tetapi tidak lama kerana dia makan ubat dan tidur lagi. Pada pagi ini, barulah dia sedar. Terasa tubuhnya sedikit ringan. Kepalanya yang berat dipicit perlahan. Berdenyut kerana banyak tidur. Dia memerhatikan suasana sekeliling yang putih.
"Aku kat mana ni?"
"Eh, puan dah sedar?" Tegur seorang doktor perempuan yang bertag nama Park Junghwa. Jin Young memandang Doktor Junghwa yang sedang menulis sesuatu dia atas sehelai kerta putih bersaiz A4.
"Saya dekat hospital ke, doktor?" Soal Jin Young dengan suara yang perlahan. Doktor Junghwa yang berkaca mata itu mengangguk kecil sambil tersenyum. Dia memeriksa Jin Young dari segi kadar nadi, pengambilan darah dan sebagainya. Jin Young tertanya juga, kenapa dia ke mari. Dia lupa apa yang berlaku.
"Kenapa saya ke sini?"
Doktor Junghwa agak serba-salah hendak memberitahu hal yang sebenar. Doktor Seol Ri sudah beritahunya awal-awal tentang Jin Young. Dia sendiri pun tidak sampai hati hendak jujur. Bimbang Jin Young tidak dapat menerima berita dengan ini dengan baik dan akan tertekan.
"Sebenarnya... puan."
"Jin Young? Kau dah sedar?" Kata-kata Doktor Junghwa terputus apabila Xia Lu dan Hannie memasuki biliknya. Tangan dua gadis itu ada plastik yang berisi makanan. Xia Lu dan Hannie memasuki bilik itu dengan senyuman. Doktor Junghwa menarik nafas lega. Ada pun penghalang yang datang. Tapi tak tahulah nanti macam mana. Mana tahu, ditanya lagi lepas ni. Masak dia nak jawab.
"Xia... Hannie." Jin Young senyum melihat dua rakannya itu. Xia dan Hannie memeluk Jin Young perlahan.
"Akhirnya... kau dah sedar." Xia Lu menggosok kepala Jin Young perlahan. Jin Young ketawa kecil. Dia mencari seseorang.
"Mana Laxy?" Soalnya. "Ohh... dia ada kerja sikit. Hyuna unnie ajak dia pergi jumpa dengan orang." Jawab Hannie sambil meletakkan plastik tadi di atas meja. Dia mengeluarkan isi beg plastik tersebut.
"Ohh..." Jin Young angguk. Dia memandang Doktor Junghwa semula yang seperti hendak mengatakan sesuatu.
"Puan Jin Young, apa rasa hari ni? Sihat?" Soal Doktor Junghwa. Sebagai doktor, dia harus begitu. Tidak semestinya segala pemeriksaan menunjukkan isyarat tubuh pesakit.
YOU ARE READING
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fanfiction"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...