Seminggu berlalu. Hari ini Kai dipindahkan ke wad biasa setelah menempuh koma dalam tempoh agak lama juga. Tetapi sayangnya... setiap kali Jin Young datang melawat, Kai mesti tidur. Bukan niat Kai hendak mengelak, dia mahu jumpa dengan Jin Young tetapi entah kenapa ubat di dalam badannya membuat prosesan sewaktu Jin Young datang. Sudah berapa kali Jin Young masuk, dia mesti tertidur. Kali ini, dia berazam pada diri, dia mahu mencelikkan mata walaupun mengantuk.
"Oppa, tidurlah. Mata tu dah naik merah dah Hanna tengok." Kim Hanna, adik kepada Kai menegur apabila abangnya masih tidak tidur seperti selalu. Sepanjang Kai di hospital, dia dan Jin Young yang menjaga Kai. Kiranya bergilir tetapi disebabkan Jin Young bekerja, Hanna yang menjaga abang kesayangannya sepenuhnya.
"Oppa nak tunggu someone." Jawab Kai perlahan. Masih rasa sakit pada jahitan tikaman pada perutnya. Dua hari yang lepas, jahitannya terbuka dan terpaksa dia dibawa ke bilik bedah semula dan menjahit jahitan itu semula. Dah satu hal lagi nak kena bius setengah jam. Seksa juga Kai di hospital tetapi salah dia juga. Langsung tidak boleh duduk diam kerana terlalu rindukan orang yang tersayang.
"Siapa? Jin Young unnie? Haishh... janganlah risau. Unnie ada je cuma hari ni Hanna yang jaga oppa. Unnie kerja." Seperti menasihati anak kecil, Hanna memberitahu abangnya. Kai memejamkan mata sekilas. Alahai! Dengar perkataan kerja tu, rasa macam nak kejar Jin Young je. Ya Tuhan, aku rindu dia!
"Bawa dia ke oppa sekarang." Nampaknya lelaki ini mula hilang akal.
"Oppa meroyan ke apa ni? Dah! Rehat je. Jangan risau, Hanna tak ngurat tak Jin Young unnie. Hanna ni perempuan. Kalau Hanna lelaki, yup! Hanna ngurat. Hahahaha!!!" Sengaja menyakat si abang yang dalam kesengsaraan yang maha dahsyat, Hanna ketawa terbahak-bahak sehingga mengundang jelak pada hati Kai. Kecil besar, kecil besar je dia menilik wajah ayu adiknya itu.
"Kalaulah oppa boleh angkat kaki sekarang, dah lama dah swing kat muka ayu Hanna tu."
"Hanna ayu ke? Maigoss abang ku tersayang yang bernama Kim Jong In, adik mu yang satu ini memang ayu dari azali. Hahahaha..."
Kai terkena lagi. Dia memejamkan matanya sahaja. Melayan Hanna sampai esok pun memang tak habis. Ada sahaja jenakanya yang kadang mengundang royan dalam hatinya. sudah lama juga dia tidak bersemuka dengan Hanna. Banyak juga perubahan yang ketara pada Hanna terutamanya... sikap gadis itu. Setahunya, Hanna bukan jenis yang suka menerima orang lain. Lagi-lagi bila orang itu berhubungan dengannya. Tetapi kini? Jin Young... lain pula penerimaan Hanna terhadap wanita kesayangannya itu. Adakah... Hanna merestui hubungan dia dan Jin Young?
"Hanna..." Kai menyeru nama Hanna dengan lembut. Tidak seperti tadi.
"Hmm..." Hanna yang sedang bermain Samsung Galaxy Note 5 nya menggumam sahaja. Sibuk duduk bersilang kaki sambil menilik skrin. Khusyuk sungguh.
"Hanna pandang oppa bila cakap." Kai bertegas sambil memalingkan kepalanya ke arah kiri yang di mana terletaknya Hanna di situ.
"Hishh!!! Apa?! Kacau betullah orang nak online. Tengah sakit-sakit pun ada je nak kacau. Hishh!!!" Rungut gadis 19 tahun itu. Bibirnya memuncung seperti belatuk. Panjang sedepa.
"Hanna kenal... Jin Young unnie?" Soal Kai sedikit ragu. Kurang yakin sama ada nada soalannya sesuai atau tidak.
Hanna ketawa kecil mendengar soalan abangnya. "Omma dah bagitahu dah. Apa? Fikir Hanna tak terkejut tengok muka Jin Young unnie kat sini. Of course terkejut. Dahlah muka dia macam model. Cantik macam Hanna pula tu." Kata Hanna sambil ketawa. Ada ayat terperasan di situ. Kai mencebik menyampah. Hanna kalau bab-bab perasan, macam nak muntah pelangi je rasa.
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fanfiction"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)