55

12.4K 656 87
                                        

Kai bengang. Boleh gila jadinya ni. Rasa menyesal tak usah dikata lagi. Memang dah menyesal dah pun kerana terlalu mengikut perasaan. Kini, Jin Young kembali dingin dengannya. Macam mana nak pujuk balik? Ayoyo...

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu biliknya diketuk. "Masuk." Arahnya lalu mengangkat kepala ke arah pintu. Siapa agaknya yang mengacau pagi-pagi ini.

"Hai." Nana menyapa. Kai tersenyum nipis melihat Nana masuk ke dalam biliknya dengan membawa fail-fail yang dia minta kelmarin. Projek pembesaran butik ibu Nana akan dilakukan esok. Jadi hari ini dia perlu memeriksa semuanya berjalan dengan baik dan stok-stok bahan mencukupi. Selepas selesai semua itu, Nana sudah tiada lagi apa-apa urusan dengannya. Satu kerja selesai.

"Hai. Bawa apa yang saya nak?"

"Ini..." Nana meletakkan fail yang diminta oleh Kai kelmarin di atas meja lelaki itu. Kemudiannya dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Kai. Matanya memerhatikan lelaki yang sudah pun tiada di dalam hatinya ini dengan kerutan di dahi.

"Kenapa... awak nampak tertekan je ni? Something... wrong?" Soal Nana. Kai sedikit terkejut. Dia menggeleng kecil tanda tidak mempunyai apa-apa masalah. Dia menyelak helai demi helai kertas yang sudah disematkan di dalam fail tebal tersebut.

"Awak tak payah nak bohong saya, Kai. Kitakan kawan. Saya kenal awak. Kalau awak ada masalah, awak akan diam je. Storylah. Saya dengar." Kata Nana lagi dalam nada memujuk. Kai mengeluh pendek. Dia menutup fail itu semula. Perlu ke dia menceritakan kepada Nana tentang masalahnya? Tetapi Nana seorang baik dan pendengar masalah. Tak salah kut.

"Jangan risau, saya simpan rahsia awak. Bukannya saya tak pernah dengar masalah awak sebelum ni. Let's I guess... awak bergaduh dengan Jin Young?" Teka Nana membuatkan Kai kembali terkejut. Aduh, bagaimana Nana boleh membaca fikirannya ini?

"Ya. Saya bergaduh dengan dia."

"Sebab?"

Kai diam lagi. Dia bingung dan serba salah. Sama ada hendak jujur atau pun mengelak. "Sebab saya..." Kai mengambil keputusan untuk menceritakan masalahnya juga kepada Nana. Pelbagai reaksi yang Kai terima daripada Nana terutamanya, terkejut. Nana benar-benar terkejut mendengar punca masalah tersebut. Patutlah Kai seperti ayam berak kapur. Tak tentu arah rasa je wajahnya.

"Awak tak patut buat dia macam tu. Kali kedua pula tu. Memang patut pun Jin Young marahkan awak."

"Saya sayang dia, Nana."

"Kalau sayang sekalipun, kan boleh guna cara baik. Kalau awak guna cara ni, memanglah dia dingin dengan awak. Awak ni pun, ikut sangat hati tu. Macam mana benda ni tak jadi." Marah Nana kepada Kai menyebabkan Kai kembali gila. Fikirnya dengan menceritakan hal ini kepada Nana, bebannya ringan sedikit. Rupa-rupanya makin memberatkan.

Nana mengeluh pendek apabila melihat riak wajah Kai sedikit berubah. Dia meletakkan tangan di atas meja sambil berkata, "Pujuk dia balik. Awak ambil hati dia balik. Jin Young seorang yang baik, Kai. Jangan sia-saikan dia. Tolonglah saya mohon. Saya dapat rasa kebaikan dia tu. Dia ikhlas, Kai. Dia ikhlas cintakan awak masa saya jumpa dia dulu. Dia cantik, dia baik, dia menawan, awak nak apa lagi? Semua dah ada depan mata. Mungkin dia tolak lamaran awak tu, sebab dia dalam keadaan emosi. Siapa pun akan rasa juga macam tu Kai. Hati perempuan, saya tahu dan awak sebagai lelaki, kena memahaminya. Perempuan ni lemah, dia memerlukan lelaki untuk menyokongnya dari belakang. Awak pujuk Jin Young balik, bincang elok-elok. Mungkin dengan cara tu, dia boleh kembali pada awak semula." Nasihat Nana panjang lebar yang mempunyai isi dan maksud yang begitu mendalam. Dia benar-benar ingin Kai dan Jin Young kembali bersama. Baginya, mereka memang patut pun bersama. Keserasian mereka berdua menyebabkan Nana undur diri dan kini, dia akhirnya berjaya membuang satu perasaan itu terhadap Kai.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang