19

13.2K 760 31
                                        

"Kau pun sama. Cuba cabar aku. Kau cabar aku, aku sahut cabaran kau. Kita dalam game yang lagi satu. Ingat, kalau kau gugurkan kandungan tu, nyawa kawan-kawan kau dalam tangan aku. Kalau kau kekalkan kandungan tu, automatik kau jadi hak milik aku yang... kekal. Kita kahwin."

Meskipun sudah berlalu hampir dua minggu lebih, namun ayat tersebut masih berlayar-layar di kepalanya. Bagaimana Kai datang ke pejabatnya dan memberitahu bermacam-macam hal yang mengejutkan sehingga sukar buatnya tidur.

Tetapi sejak dari kejadian tersebut, Kai terus menghilang. Seakan-akan Kai pergi begitu sahaja. Dia sendiri pun pelik. Ke mana perginya lelaki itu menghilang?

"Eh! Kau dah kenapa, Jin Young? Kau gila ke apa ni? Lantak dialah nak buat apa? Kau peduli apa? Hish! Bangun, Hye Jin Young. Bangun!!!" Jin Young menepuk-nepuk pipinya sendiri sedikit kuat untuk menyedarkan diri yang seperti dalam kayangan. Entah apa benda penyakit yang bertandang sehingga dia tertanyakan pasal Kai. Bila lelaki itu ada, dia merana. Bila lelaki itu mendiamkan diri, dia merana jugak. Apa kena dengan kau ni?!

"Ah! Lupakan!"

"Hey you ladies and gentleman..." irama muzik dan lirik yang keluar dari iPhone5s nya berdering menyanyikan lagu Dope dendangan BTS. Tumpuan Jin Young kini teralih pada skrin telefonnya. Mata dikalihkan pada skrin. Office.

"Helo?"

*********

Jin Young merasakan seperti ada seseorang yang mengekorinya daripada belakang. Dia baru sahaja selesai menjalankan tugas di Gangnam tadi. Kini dia mahu ke Royal Italian Restoran untuk menemui rakan-rakannya. Bukan Hannie, Laxy atau Xia Lu, tetapi rakan sekerjanya yang lain bagi membincangkan kes baharu.

Dia menajamkan telinga. Mahu memerhati dan cuba menghidu rentak derap kaki manusia yang mengekorinya itu. Jin Young perlu bertindak dengan bijak. Dia sudah tidak dapat menahan lagi kerana manusia itu terus-terusan mengekorinya. Hati siapa yang tidak tenang?

Kaki diberhentikan daripada terus berjalan. Dia menggerakkan tangannya ke arah pinggang dengan perlahan untuk mencapai pisau Ramboo yang menjadi senjatanya. Baru sahaja dia mahu bertindak, bahunya disentuh perlahan. Terkejut punya pasal, Jin Young mengambil langkah drastik dan satu caritan panjang mengena pada lengan seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Lelaki itu mengaduh sakit sambil memegang lengan yang terkelar akibat pisau yang dipegang Jin Young.

Jim Young terkejut. Dia menekup mulut memandang lelaki itu tersandar pada dinding sambil menekup lengan yang berdarah lebat menggunakan tangan.

"K... Kai?"

*********

Jin Young mengelap luka yang panjang tercarit itu menggunakan sapu tangannya. Dia diam. Sikit pun tidak mahu memandang wajah Kai yang lagi tadi asyik betul merenungnya. Daripada mereka di kaki lima kedai, sampailah Jin Young membawa Kai ke keretanya untuk menutup luka ini, lelaki itu tetap memandangnya tanpa apa-apa riak. Foker face.

"Jagi..."

Jin Young diam kerana dia rasa, panggilan itu agak meloyakan tekaknya. Meskipun tadi baru sahaja dia tertanya, di manakah pergi manusia itu, tetapi apabila sudah betul-betul ada di depan mata, perasaan lama datang. Menyampah, takut, marah, dan... berdendam. Sebab tu dia nak pandang pun tak sudi.

"Jagiya..." Kai cuba untuk menyentuh pipi Jin Young tetapi gadis itu mengelak. Kai mengeluh pendek. Sesekali dia berdecit kerana menahan ngilu. Lukanya yang agak panjang itu disapu dengan ubat kuning dan dibalut menggunakan bandage tanpa berkata apa-apa lagi. Jin Young senyap.

"Dah siap." Kotak first aid yang selalu ada di dalam keretanya dikemaskan. Kedudukan mereka pada waktu itu tidak di dalam kereta bersama. Kai duduk mengeluarkan kakinya di tempat duduk penumpang sebelah pemandu sementara Jin Young berada di luar.

Jin Young meletakkan kotak first aid tadi di bawah kerusi yang Kai duduk tadi tetapi kini Kai sudah keluar dari kereta. Pintu ditutup oleh Jin Young setelah semuanya selesai.

"Dah siap. Aku nak pe..."

"Jangan pergi dulu." Kai menarik tangan Jin Young yang mahu beredar itu. Jin Young terpaksa juga mengikut rentak Kai yang sedang disusun ini.

"Nak apa lagi?"

"Aku nak kau. Aku nak kau ikut aku balik Busan."

Jin Young ternganga. "Kau... kau gila?" Tergelak kecil juga Jin Young dibuatnya. Tangannya masih di dalam genggaman Kai.

"Ya. Aku gila. Gila sebab kau." Kata Kai dengan wajah yang benar-benar serius. Dia betul-betul serius dengan kata-katanya. 2 minggu dia otstation di luar dan 2 minggu juga dia tidak mengacau Jin Young, perasaan itu tiba-tiba sahaja datang menjemput. Perasaan apa? Dia sendiri pun tak tahu apa perasaan itu. Tetapi apa yang pasti, perasaan tersebut membawa satu debaran yang berdenyut pada jantungnya. Setiap kali dia terfikirkan Jin Young, jantungnya akan berdegup kencang. Laju betul darah menyerap masuk ke saluran-salurannya.

"Jangan merepek, Kim Jong In. Kau kena ingat apa yang kau dah buat pada aku dulu. Aku akan ingat hal tu sampai mati. Semuanya hilang... kerana kau. Remember that." Ujar Jin Young mendatar. Sikit pun dia tidak pandang. Menyampah. Perasaan menyampah tu masih ada.

Kai mendengus perlahan. "Tu dulu. Lupakan ajelah." Nada Kai mula berubah. Mulanya tadi lembut tetapi sekarang mula kasar.

Jin Young memusingkan tubuhnya menghadap Kai dengan sisa keberaniannya yang tinggal.

"Kau cakap tu, macam cakap dengan budak 4 tahun. Kau ingat aku apa? Hei, Kim Jong In, aku manusia tau. Manusia! Ada hati dengan perasaan. Kau ingat senang macam tu aje ke aku lupakan? Kau kejam. Kalau kejam, sampai matilah kau macam tu. Hati dah hitam, busuk. Tak ada rasa nak bersihkan balik hati kau tu. Asyik rasa nak buat benda jahat. Zalim!"

"Hye Jin Young!!!" Kai menolak kedua-dua bahu Jin Young menyebabkan gadis itu tersandar pada keretanya sendiri. Jin Young dapat melihat rahang Kai bergerak-gerak tanda marah. Giginya juga turut diketap kuat menandakan lelaki itu sedang menahan perasaan.

"Kau perempuan pertama yang hina aku. Kau perempuan pertama yang aku sentuh. Dan kau perempuan pertama yang buat aku rasa macam nak..."

"Bunuh?"

"Tak."

"Then?" Soal Jin Young dengan suara yang sangat perlahan. Wajah Kai yang tidak kurang dua inci darinya dipandang dengan api amarah yang menggila di dada.

"Kau akan tahu sendiri bila kau dah pregnant anak aku nanti."

Jin Young ketawa sinis.

"I never pregnant your son."

"Jangan cakap besar. Takdir bukan pada tangan kau."

"Never, Kim Jong In. Never!!!" Bahu Kai ditolak menggunakan kedua-dua tangannya dan pergi berlalu dari situ meninggalkan Kai yang sedang tersenyum sinis.

"One day, you will know what happen actually. One day..."

Bersambung...

Hai guys! Sorry guys, i think part ni macam berterabur sikit tapi it's okey. Asalkan korang faham apa yang saya ceritakan. Btw, korang really² understand ke pasal ff ni? Yelah, manalah tahu berterabur ke apa storyline dia. So kalau rasa nak komen, kasi tahulah kat komen. I will read it and reply. Ok, enjoy ya! Tata~~

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang