52

10.3K 614 25
                                        

Kai menghempas pintu pejabatnya dengan kasar menyebabkan hampir kesemua staf memandangnya. Sudah lama Kai tidak berperangai baran seperti itu. Tetapi hari ini, Kai begitu. Walaupun Kai tidak melempiaskan baran kepada mereka, tetapi perut mereka terasa kecut.

Kai melabuhkan punggungnya di atas kerusi kulit. Butang hujung kemeja pada lengan dibuka dan disingsing hingga ke lengan. Rambut berwarna coklat diserabaikan sehingga anak rambut jatuh ke mata. Geram sungguh dengan adegan jatuh gaung tadi. Rasa macam nak seranga je Jin Young bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya itu. Tetapi bila difikirkan balik, buang masa sahaja dia buat semua itu.

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu biliknya diketuk dari luar. Belum sempat dia memberi arahan untuk masuk, daun pintu sudah terkuak memampangkan wajah seorang lelaki yang merangkap kawan baiknya.

"Wei, asal kau ni? Cemberut aje muka? Bunyi hentak pintu kau sampai ke bilik aku tahu. Kau okey?" Soal Sehun, rakan baik Kai. Selama ini Sehun berada di Manchaster kerana menghadiri kursus sebagai pengurus akaun kewangan selama 3 bulan. Pada bulan ini, barulah Sehun kembali ke syarikat Kai. Sehun juga boleh dikatakan pernah membantu Kai dalam mendirikan syarikat ini. Kiranya dia ada nama juga dalam saham.

Kai menjeling Sehun dengan pandangan maut. Dia kemudiannya memejamkan mata dan menyandarkan tubuh pada kerusi kulitnya. Malas sungguh hendak menjawab pertanyaan Sehun itu. Macamlah tak nampak yang dia ni sedang melawan perasaan.

"Bro... chillah..." Sehun melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Kai. Dia sulamkan jari-jemarinya antara satu sama lain dan diletakkan di atas meja.

Kai mengeluh kesah. "Entahlah, Hun. Sakit."

"Sakit apa?"

"Sakit hati."

Kening Sehun berkerut seribu. Belakang kepalanya digaru perlahan. "Sejak bila kau pandai sakit hati, bro?"

Kai mendengus geram. Kenapalah kawannya ini lambat sangat hari ni? Dia menegakkan tubuhnya lalu memandang Sehun dengan satu pandangan.

"Sehun, Jin Young ada lelaki lain. Aku nampak tadi dekat airport. Mana tak sakitnya?" Kata Kai dengan wajah yang serius. Mulut Sehun serta-merta membentuk huruf O. Baru faham rupa-rupanya. Sehun kenal Jin Young kerana Kai pernah menceritakan tentang gadis itu kepadanya dan kebetulan pula, Hannie kawan kepada Jin Young itu adalah kawan kepadanya juga. Kawan tu bukan kawan biasa, kawan kepada percintaan. Acewahh...

"Tu lah kau. Menangkan lagi hati tu. Aku dah kata dah hari tu, jangan lama sangat merajuk marah kau tu pada dia, nanti bila dia dah tak tahan, tawar hati, padan muka kau." Kata Sehun. Bukan dia hendak memujuk, makin dia kutuk menyebabkan wajah Kai semakin berubah kelat.

"Not this time, Oh Sehun." Kai memberi jelingan maut kepada Sehun buat kali kedua. Sehun mencebik geram. Orang nasihat dia tak terima pulak. Kepalanya tergeleng perlahan. Kenal sangat dengan Kai. Bertahun dia mengenali lelaki kacak ini. Segala perangai, sifat sudah sebati dalam dirinya. Apa yang Kai suka dan tidak. Semuanya dia tahu. Jadi tidak hairanlah jika dia menerima jelingan atau kata-kata sinis daripada Kai jika setiap kali dia membuka suara.

"Siapa lelaki yang kau jumpa dengan Jin Young tu?" Soal Sehun setelah agak lama juga dia dan Kai berdiam diri. Kai mengeluh berat. Entah berapa kali nak mengeluh tak tahulah.

"Entah aku tak kenal. But... diorang nampak betul-betul like a couple." Kata Kai dengan suara yang mendatar. Sehun mengangguk faham. Kemudian dia menjawab.

"Kau ni pun, janganlah fikir lain. Mana tahu tu abang dia ke, adik dia ke. Tak pun kawan. Kau mana tahu." Kata Sehun menyebabkan Kai mengerutkan dahinya. "Kalau adik dengan abang tu aku tak kisahlah, masalahnya kalau kawan, takkanlah boleh macam tu sekali?" Kai menyuarakan ketidakpuashatiannya. Hatinya mendongkol geram. Nak je dia menyiat-nyiat kulit lelaki tadi biar tanggal kulitnya satu badan. Urghhh!!!

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang