Kai mengenakan kemeja putih berjalur halus merah jambu. Rambutnya di betulkan sedikit supaya kelihatan kemas. Dia perlu berjumpa dengan lembaga pengarah hari ini. Terpaksa jugalah bersiap walaupun keadaannya belum lagi sihat sepenuhnya. Alahan masih lagi menyerang.
Kai mencapai kunci kereta, briefcase serta kot kerjanya yang tersangkut di kepala katil. Jam tangan serta telefon bimbit dicapai. Ketika dia mencapai telefon bimbit, telefon itu tiba-tiba sahaja berbunyi menayangkan satu nombor yang sudah lama dia tidak hubungi.
"Helo, jagiya!"
"Helo, sayang omma. How are you, Kai? Bogoshiepo..." balas Puan Kim. Dia sudah biasa dengan anaknya itu. Cara mereka bercakap sebijik macam pasangan kekasih.
"Alolo... Kai pun rindu omma juga. Kai sihat. Omma? Okey?" Kai membalas sambil membutang hujung baju kemejanya. Terkial-kial juga dia buat. Hatinya terdetik, kan bagus kalau Jin Young tolong. Rindulah tu...
"Omma sihat. Appa dengan adik-adik semua sihat kat sini. Ni, esok kami nak ke Korea. Yelah, dah berapa bulan omma tinggal sayang omma ni kat sana. Rindu pula nak tengok muka kacak dia tu." Kata Puan Kim memberitahu hasrat hatinya yang sebenar. Kai sedikit terkejut mendengar hasrat ibunya itu. Nak datang ke Korea?
Kai ketawa kecil lalu msnyoal, "Bila? Esok?"
"Haah... kenapa, sayang?" Soal Puan Kim di hujung talian. Kai diam. Dia tidak menjawab. Sebenarnya, dia ada merancangkan sesuatu untuk Jin Young. Semuanya lengkap tetapi keluarganya pula nak datang.
"Err... tak ada apa-apa. Flight pukul berapa?" Soal Kai lagi. Dia melupakan sebentar hal yang tadi. Dia mahu tahu maklumat ibunya dahulu.
"Esok pagi dalam pukul 7 pagi macam tu. Kai tak payah jemput pun tak apa. Suruh Jimin dengan Taehyung pun okey juga kalau Kai busy esok." Ujar Puan Kim. Dia tidak mahu menyusahkan anaknya ini. Dia tahu, anaknya sibuk dengan perniagaan yang dibina sendiri. Dengan pengalaman lelaki itu semasa dengan Tuan Kim dahulu sewaktu menguruskan syarikat di London, Kai dapat mendirikan syarikatnya sendiri dengan bantuan dan modal daripada Tuan Kim. Jutawan jugalah.
"Eh tak apalah. Esok Kai jemput omma kat airport."
"Ha yelah. Tapi omma masih tak sure lagi yang appa dengan adik-adik kamu balik sekali ke tidak sebab omma tengok diorang busy semacam aje. Maybe omma sendiri kut yang balik." Kata Puan Kim dengan suara yang lebih kepada kecewa. Dah nasibkan balik sendiri? Nak buat macam mana lagi?
"Oh lah yakah? Okeylah kalau macam tu. Okeylah, omma. Kai ada meeting dengan Jang Holdings pagi ni. See you tomorrow. Love you soooo much!!!"
"Okey, sayang. Love you too. Bye..."
"Bye..."
**********
Jin Young melepaskan penatnya di bilik kerjanya. Syukur, mesyuarat sudah pun selesai. Kini, tinggal menjalankan kes-kesnya sahaja. Hendak menyiasat beberapa orang jutawan yang dikatakan menyeludup dadah daripada Cina. Rasa bosan pun ada. Asyik-asyik kes bentuk macam tu. Tak ada ke kes yang advanture sikit? Jin Young mengeluh pendek.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Masuk." Arah Jin Young tanpa membuka matanya yang dipejamkan. Tangan diletakkan pada belakang kepala dan kerusi kulitnya itu memainkan peranan untuk menyelesakan tubuhnya yang masih lenguh-lenguh.
"Cik Hye, Puan Kim suruh cik masuk bilik dia." Setiausaha Hyuna, Hara mengkhabarkan arahan yang dititipkan daripada Hyuna kepada Jin Young. Serta-mera Jin Young membuka matanya, luas. Dia melihat wajah Hara dengan tanda tanya.
"Dia nak apa?" Soalan itu terpacul dari mulutnya. Hara menggeleng pendek. Dia sendiri pun tidak tahu apa tujuan Hyuna mengarahkannya memanggil Jin Young.
"Tak apa. Sekejap lagi saya sampai." Kata Jin Young. Hara mengangguk lalu beredar. Hatinya yang tadinya tenang kini mula mendedangkan irama gundah. Semua benda mula menerawang di kepala. Adakah Hyuna mahu mempersoal tentang pekerjaan? Ataupun... wanita itu sudah tahu yang dia mengandung? Oh tidak! Daripada mana Hyuna tahu? Jin Young mula kerisauan. Berpeluh-peluh juga dahi dibuatnya.
Teragak-agak dia bangun dari kerusi. Baju kemeja yang tersarung pada tubuh dibetulkan sedikit. Lalu, selepas sahaja nafas ditarik dan dihembus perlahan, dia melangkah keluar daripada biliknya dan menuju ke bilik Hyuna. Setelah tiba, pintu diketuk.
"Masuk." Arahan diberikan. Jin Young pun memulas tombol pintu dengan seirbu satu perasaan datang menyerbu diri. Kelihatan Hyuna sedang duduk membuat kerja.
"Duduk." Arah Hyuna lagi. Jin Young menurut. Perlahan-lahan dia meletakkan punggungnya di atas kerusi kulit tersebut. Kaki disilang dan tangan dibawa ke hadapan.
"Ada apa unnie nak jumpa saya ni?" Jin Young memberanikan diri untuk bertanya meskipun hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya hati ini.
"Awak sihat?" Tanya Hyuna dengan wajah yang tenang. Dia memandang Jin Young sekilas sebelum memberhentikan kerjanya dan merenung anak mata Jin Young dengan lebih dalam. Ada sesuatu disebalik semua itu. Jin Young dapat merasakannya.
"Sihat." Jawabnya pendek. 'Jarang tanya macam ni.'
"Baby? Sihat?"
Serta-merta mata Jin Young membulat. Tanggapan yang dia takuti nampaknya terjadi. Dia memandang Hyuna dengan bermacam-macam perasaan. Hyuna pula, dengan wajah yang tenang dia menyoal.
"Ba... baby?" Jin Young berpura-pura tidak tahu. Dengan suara yang tergagap dan kurang keyakinan, mustahil untuk Hyuna percaya. Dia yakin, Hyuna tahu dia mengandung. Ya, dia yakin tentang itu.
"Jangan berpura lagi, Hye Jin Young. Awak... pregnantkan? Jujur jelah. Saya tak marah pun." Kata Hyuna lagi. Dia seperti menyindir pun ada. Sukar untuk Jin Young membaca air muka Hyuna sama ada wanita itu marah, menyindir atau sebagainya.
"Sa... saya..."
"Jin Young, saya tahu semuanya. Kawan awak, Xia, Hannie dengan Laxy selalu inform saya pasal awak. Awak jangan marah dia pula, sebab saya yang suruh. Saya tahu, pasti ada sesuatu yang berlaku disebalik ni. Bukan mudah untuk saya percaya cakap orang. Tapi kali ini, saya percaya. Awak pregnant anak Kim Jong In. Kan?"
Jin Young sudah tidak tahu mahu kata apa lagi melainkan diam sahaja. Anggukan kecil juga hanya sekilas. Hyuna sudah tahu. Kini, dia hanya mendengar kata-kata seterusnya daripada bibir wanita itu sama ada cemuhan yang dia dapat, atau sebaliknya.
"Awak tak payah takutlah. Saya bukan nak hina pekerja saya sendiri. Awak dah saya anggap macam adik saya sendiri. Saya tahu, awak mengandung sebab dirogolkan? Benda tu berlaku bukan dengan rela awak. Tapi, saya tak boleh nak ambil tindakan apa-apa. Kim Jong In, mempunyai kuasa kuat kat sini. Dia boleh buat apa je yang dia nak. Saya harap awak bersabar." Nasihat Hyuna sedikit. Dia kasihan dengan Jin Young sebenarnya. Pertama kali dia mendengar berita itu, rasa seperti mahu pengsan pun ada. Cerita yang sebenar dia sudah tahu. Patutlah dia melihat Jin Young tidak bermaya sejak dua menjak ini. Pembawakan budak rupanya.
"Maafkan saya, unnie." Ujar Jin Young dengan suara yang sedikit bergetar. Cuba untuk menahan pelbagai perasaan yang berkecamuk di dalam dadanya. Tangannya juga sedikit menggigil. Hyuna yang melihat keadaan itu serta-merta bangun. Dia memeluk Jin Young dengan perasaan kasih sebagai seorang kakak kepada adiknya. Jin Young membalas pelukan Hyuna. Dia menangis, tetapi esakannya tidak kedengaran.
"Dah... jangan menangis. Ini dugaan untuk awak. Saya tahu perasaan awak. Semua orang akan faham apa yang awak rasa. Awak kena sabar dan fikir positif. Kai akan dapat balasannya nanti." Kata Hyuna sambil mengusap belakang Jin Young perlahan. Menyalurkan secebis semangat yang ada kepada Jin Young. Jin Young mengangguk. Ya, dia perlu sabar. Pasti Kai akan mendapat balasannya. Pasti!
Bersambung...
Hai guys! Sorrylah kalau part ni look like boring. Sebab mood saya tak berapa nak elok. Maaflah ya? Hope enjoy ^^
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fiksi Penggemar"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)