London, 8 malam.
"Awak sihat, Jin Young?" Soal Hyuna. Dia sedang membelek-belek baju yang dijual di pusat membeli-belah ini. Setelah selesai dengan kerja tadi, mereka berdua mengambil keputusan untuk ke pusat membeli-belah sebentar. Cuci mata dengan barangan London. Boleh hilangkan tekanan selama 3 hari berkampung di London.
"Saya? Sihat. Kenapa unnie tanya?" Soal Jin Young hairan. Jarang Hyuna soalnya dengan soalan sebegitu rupa melainkan jika sudah lama tidak berjumpa atau dia sedang sakit. Itu je. Waktu-waktu biasa memang jarang.
"Saja. Yelah, sejak awak keluar hospital sebab bleeding, saya jarang jumpa awak. Awak sibuk dengan kerja awak, saya sibuk dengan hal saya. Kan?" Hyuna memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam kocek baju tebalnya. Sejuk betul.
"Haah. Saya macam nilah. Tak ada apa-apa yang peliknya."
"Kai?"
Jin Young merenung Hyuna yang lebih kurang sama tinggi dengannya. "Kenapa dengan Kai?"
Hyuna tergelak kecil. Dia berjalan perlahan keluar dari kedai diiringi Jin Young yang masih dalam keadaan hairan.
"Awak dengan dia bercintakan?"
Jin Young tersenyum tawar sambil mengangguk kecil. Hatinya tiba-tiba teringatkan Kai pula. 3 hari dia di London, Kai dan dia langsung tidak berhubung. Kali terakhir dia dan Kai berhubung sewaktu awal-awal dia tiba di sini. Selepas itu tiada. Masih lagi dengan keadaan lama, Jin Young berdingin dengan Kai.
"Cari jawapan tu dekat London. Mana tahu... jawapan ada kat sana."
Pesanan Kai kepadanya ketika dia sudah pun mendarat di London 3 hari yang lepas. Nak kata tak sedap hati, memang ya. Marah-marah dia, kesihatan Kai harus juga dia tahu. Sakitkah dia, bagaimana keadaannya. Risau bertandang di hati.
"Bila nak kahwin?" Sengaja Hyuna menyoal soalan cepumas kepada Jin Young. Dia tersenyum melihat Jin Young yang terkial-kial hendak beritahu.
"Unnie tanya saya, unnie tu?" Jin Young memutarkan keadaan. Hyuna ketawa. Pulak dah.
"Saya masih muda. Awak ni pun..." Hyuna ketawa kecil. Jin Young senyum. Semakin dia dan Hyuna bercakap benda-benda begini, semakin risau hatinya pada Kai. Kuat hatinya berkata, pasti ada sesuatu yang akan berlaku.
"Jin Young? Awak okey? Kenapa macam gelisah aje?" Tegur Hyuna yang mulai perasan perubahan riak wajahnya.
"Saya okey. Tak ada apa-apalah." Kepala digelengkan. Tidak perlu kut nak bagitahu kepada Hyuna. Privacy.
"Kalau awak ada benda nak bagitahu, cakaplah. Saya sedia dengar." Hyuna menepuk perlahan bahu Jin Young, seakan-akan memujuk.
"Ya. Tapi betul, saya tak apa-apa. Saya okey. Unnie, saya nak ke Tiffany & Co. tu. Unnie belanja saya." Usik Jin Young sekali gus menukar topik perbualan. Boleh gila kalau asyik macam ni aje. Fikir yang bukan-bukan tentang Kai.
"Pulak dah. Saya belanja, awaklah yang bayar." Usik Hyuna kembali membuatkan ketawa mereka berdua terletus.
"Ada-ada je unnie ni!"
Bersambung...
Episod terakhir akan menyusul nanti lepas 2 bab terakhir.
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fanfiction"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)