45

9.1K 609 26
                                    

Pagi. Negara Tembok Besar China ini telah pun menunjukkan fajar naik pada jam 7 pagi. Kai mengemas segala baju-bajunya untuk pulang ke Korea memandangkan kerjanya sudah selesai dengan lebih cepat daripada catatan yang telah dibuat. Dua hari je di China. Tetapi sebelum dia pulang, dia telah merancang sesuatu untuk si cinta hati di Korea sana. Senyuman asyik terukir sahaja di bibir. Daripada dia siap mengemas, sampailah dia mahu bersiar-siar nanti.

"Hai, Kai!" Nana menegurnya daripada belakang sewaktu dia mengunci pintu bilik hotel. Kai menoleh sedikit lalu mengukirkan senyuman nipisnya untuk Nana. Nana yang melihat senyuman itu seperti mahu pengsan rasanya. Dia memang kalah dengan penampilan Kai setiap hari. Kekacakan lelaki itu mampu menggugat hatinya sendiri. Tetapi banyak kali dia memarahi diri sendiri bahawa Kai adalah bakal suami kepada gadis lain. Tetapi hatinya tetap juga berdegil untuk dapatkan Kai.

"Awak dah nak balikkan hari ni?" Soal Nana berbasa-basi.

"Haah. Tapi saya nak keluar kejap sebelum balik Korea. Nak beli sesuatu." Jawab Kai sambil melangkah perlahan. Nana masih setia berada di sebelahnya yang berpakaian biasa, kasual. Mungkin pagi ini tiada mesyuarat. Kai hanya menduga.

"Ohh... untuk... future wife?" Duga Nana meskipun mulutnya terasa begitu berat hendak menyebut dua perkataan keramat itu. Kai dengan senang hati pula mengangguk sambil tersenyum. Dalam masa yang sama, dia mahu Nana faham yang dia bakal berkahwin. Nak kawan tu boleh, tetapi janganlah keterlaluan. Dia tidak mahu Jin Young tahu atau salah faham tentang dia dan Nana. Cukuplah sekali Jin Young tidak mengangkat panggilannya kerana SMS LINE dari Nana. Sumpah, dia tidak mahu untuk kali yang kedua.

"Awak nak beli apa untuk dia?" Soal Nana. Dia memasang satu niat. Mana tahu, dengan cara ini perasaan sukanya kepada Kai menghilang. Kan?

Kai diam. Itu dia masalahnya. Dia belum tahu hendak beli apa lagi. Adakah... barang kemas? Tetapi Jin Young bukan jenis yang suka barang kemas. Dalam bilik dia, satu butir berlian pun tak ada. Nak berbarang kemas. Entah dipakai entah tidak.

"Entah. Belum fikir lagi. Tengoklah nanti. Agak-agak saya suka, saya beli." Hanya itu yang mampu Kai ucapkan sambil memboloskan diri ke dalam perut lif. Nana juga turut masuk dan menekan punat G untuk turun ke lobi hotel. Nak sarapan. Terasa bergendang-gendung perut menjerit.

"Kalau macam tu, apa kata kalau saya temankan awak pergi beli barang. Sayakan perempuan, saya tahu apa yang perempuan suka." Nana mempelawa diri. Kai memandangnya sedikit lama membuatkan Nana mengalihkan matanya. Tidak sanggup nak balas pandangan itu lama-lama. Boleh terjatuh jantung dari badan.

"Kalau awak dah sudi, saya tak kisah. Tapi awak tak ada meeting ke pagi ni?" Soal Kai lagi sekali gus bersetuju Nana untuk menemaninya. Lif berhenti dan pintu terbuka, dia dan Nana keluar bersama-sama dari lif untuk menuju ke bahagian makanan. Sarapan pagi.

"Tak ada. Hari ni saya free. Esok baru full. Tak tahulah penat macam mana nanti." Kata Nana sambil ketawa.


**********


Kai tiba di lapangan terbang tepat jam 9 pagi waktu tempatan. Semalam, setelah dia puas berjalan-jalan bersama dengan Nana untuk mencari sesuatu buat Jin Young, hari ini dia pulang ke Korea. Sebelum itu, sempat juga dia mendail ibunya, mengatakan berita-berita baik sejak Puan Kim ke London semula. Gembiranya Puan Kim ketika Kai katakan yang Jin Young akhirnya membalas cintanya. Kalau boleh, wanita itu mahu pulang ke Korea secepat yang mungkin dan melangsungkan perkahwinan.

Kai pula hanya mampu tersenyum, tersenyum dan terus tersenyum. Lagi-lagi apabila dia merindui Jin Young, jadi cintanya kepada gadis itu semakin kuat. Entah apa agaknya yang sedang dibuat oleh gadis itu.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now