10

13.1K 722 22
                                    

"Aku... aku kena culik. Dengan Kim Jong In."

"Hah?!!!" Bulat mata Hannie, Xia Lu dan Laxy dibuatnya tatkala mendengar ayat itu terpancul keluar dari mulut Jin Young yang baru tiba tadi.

"Ya. Aku kena culik. Lelaki tu memang licik." Kata Jin Young lagi. Bila diingatkan kembali apa yang telah Kai lakukan padanya, air mata seperti mahu gugur. Tetapi sedaya-upaya dia cuba bertahan. Bahaya jika dia menangis. Nanti dirinya akan turut lemah.

"Habis, kau okey tak ni? Ada luka-luka ke? Lelaki tu ada buat apa ke pada kau?" Tanya Xia Lu bertalu-talu. Ah, soalan ini. Payah pula untuk dia menjawab soalan itu. Dia sudah berfikir-fikir sebenarnya, dia tidak mahu tiga rakannya ini mengetahui yang dia telah dirogol. Tetapi, dalam masa yang sama dia takut. Takut dia tidak boleh menyimpannya lama-lama. Pasti nanti akan bocor juga. Lagi satu, dia tidak mempunyai tempat mengadu. Kepada siapa dia mahu mengadu? Tak ada sesiapa. Hanya kawan-kawannya ini sahajalah yang dia ada.

"Tak. Tak ada apa-apa." Ya, itu adalah keputusan yang baik baginya. Dia mahu menyimpan sahaja perkara itu daripada sesiapa. Biarlah hanya dia sahaja yang tahu. Jika dia sudah tidak tahan memerap rahsia ini, dia akan buka. Buat masa ini, biarlah dia yang menyimpan.

"Betul ni? Cakap je. Kitorang sedia dengar." Laxy seakan-akan tidak mempercayai dengan jawapan Jin Young. Ada keraguan pada dirinya tetapi pada wajah Jin Young, gadis itu tampak yakin sewaktu mengungkapkannya.

"Ya. Serius, I'm okay." Jawab Jin Young lagi. Terasa dirinya selamat sewaktu berada dekat dengan kawan-kawannya. Lega dihati, tidak terkata. Tetapi bukan sepenuhnya. Dia yakin, Kai akan mencarinya sehingga ke lubang cacing.

"Kalau kau ada masalah, storylah. Kitorang sedia mendengar." Kata Hannie pula. Tangan Jin Young digosok-gosok perlahan, menyalurkan sedikit semangat walaupun tidaklah banyak mana.

"Hmm... okey."

"By the way, nanti kitorang nak keluar. Ada kerja masuk. Kau rehat sendiri bolehkan?" Soal Xia Lu, mengubah topik kepada pekerjaan mereka semula.

"Aku nak ikut..." panjang nada hujung ayat Jin Young.

"Mana boleh! Kau kena rehat, Jin. Tak boleh, tak boleh! Unnie pun tak izinkan kau pergi." Halang Laxy dengan tegasnya. Seperti peguam pun ada cara dia bercakap tu.

Jin Young mencebik. Dia memejamkan matanya lalu bersandar pada sofa.

"Aku tetap nak ikut!"

"Tak boleh!"

"Nak ikut jugaklah..." rayu Jin Young dengan nada separuh bersedih. Sempat lagi menghentak-hentak kaki pada lantai tanda frust.

"Eh aku pelangkung jugak kau kang." Hannie mengugut kasar. Jin Young muncung.

"Okey, fine."

Hannie, Laxy dan Xia Lu ketawa melihat Jin Young.

**********

Kai menolak daun pintu biliknya yang menempatkan Jin Young. Hatinya cukup mendidih. Tangannya sudah bergeletar dan rahangnya mula mengeras. Dia cuba untuk menahan rasa amarahnya.

Pintu terbuka luas. Kosong.

"Arghhh!!! Sial!!!" Kai menghempas pintu dengan geram. Berdentum bunyi pintu bilik itu dibuatnya. Nafasnya turun naik. Berombak dada menahan marahnya yang membuak-buak.

"Berani kau larikan dirikan? Berani..." Kai pergi ke arah katil dan melabuhkan punggungnya di situ juga. Rambut diraup berkali-kali, melepaskan geram dengan cara itu.

Tiba-tiba, pintu bilik itu ditolak dari luar.

"Tuan? Tuan tak apa-apa?" Soal Taehyung cemas. Terkejut dia dibuatnya tatkala suara Kai bergema kuat, disabungi dengan dentuman pintu yang agak mengemakan vila ini.

Mata Kai mencerlung memandang Taehyung di muka pintu. Matanya merah dan giginya saling berlaga-laga.

"Telefon Suzy. Batalkan semua meeting dengan apointment aku hari ni. Cakap dengan dia sekali, aku cuti dua hari." Arah Kai dengan suara yang mendatar lalu bangun dari duduknya menuju ke arah pintu bilik. Taehyung mengerutkan dahinya.

"Faham tak?!" Kai menepuk daun pintu sehingga mengkagetkan Taehyung.

"Fa.. faham, tuan."

"Bagus." Kai bergerak ke tangga dengan perlahan. Taehyung menggigit bibir bawahnya. Dia mahu menyoalkan sesuatu.

"Tapi... tuan nak ke mana?" Soal Taehyung dengan berani membuatkan pergerakan kaki Kai terhenti. Taehyung mula rasa bersalah. Dia sepatutnya tidak menyoal soalan itu. Kenapalah kau bodoh sangat, Taehyung?!!!

"Nak cari 'mangsa'." Ujar Kai mendatar lalu meneruskan langkah kakinya semula. Taehyung menarik nafas dalam diam. Lega. Tapi, belum lega sepenuhnya.

"Mangsa?"

Bersambung...

Sorry kalau bosan. Ini je yang ada di kepala.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now