53

12.8K 646 44
                                        

Malam. Jin Young akhirnya tiba di rumahnya. Dong Jun pula tinggal di rumah yang lain. Takkanlah nak tinggal di rumah ini pula. Ada Xia Lu dan Hannie pula. Laxy kini berada di luar negara. Dia bertugas untuk menggantikan orang lain. Jadi tinggal Jin Young, Xia Lu dan Hannie sahajalah yang tinggal. Tetapi hari ini, sekali lagi Xia Lu dan Hannie meninggalkannya sendirian kerana terpaksa ke Turki atas sebab-sebab tertentu. Ada urusan katanya. Dia juga perlu ke London minggu hadapan bersama Hyuna kerana ada urusan di sana.

Young naik ke atas dan ke biliknya. Dia mahu mandi dan berehat kerana terlalu penat. Selepas sahaja menemani Dong Jun makan tadi, dia mendapat panggilan bahawa ada tugas yang perlu diselesaikan. Jadi terpaksalah juga dia ke sana sehinggalah sekarang baru berpeluang untuk meregangkan otot untuk berehat.

Tanpa sempat mengunci pintu bilik, Jin Young masuk ke dalam bilik mandi setelah mencapai tuala. 20 minit kemudian, Jin Young selesai. Dia menyarungkan baju tidur. Tubuhnya terasa benar-benar letih. Namun seperti biasa, setelah mandi dan sebelum tidur, dia mahu ke dapur dahulu untuk teh panas. Sudah menjadi tabiat dia minum teh sebelum tidur. Jika tidak, dia tidak boleh hendak melelapkan mata. Ketika dia sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala, telinganya menangkap satu biji derapan tapak kaki di luar bilik. Pergerakannya menggosok rambut serta-merta terhenti.

"Siapa tu?!" Jin Young memekik. Manalah tahu kalau-kalau Hannie dan Xia Lu pulang ke. Tak mustahil juga tetapi kenapa perlu terhendap-hendap. Biasanya Hannie atau Xia Lu suka mengenakannya pada waktu-waktu sekitar 8 hingga 10 malam. Ini jam dah menunjukkan pukul 12. Takkanlah nak bergurau lagi kut? Mahunya kena pelangkung.

Jin Young kembali mengeringkan rambutnya dan membungkus kemas rambut itu menggunakan tuala sederana besar supaya lebih cepat kering. Konsentraisnya kembali terganggu apabila derapan tapak kaki itu berbunyi lagi. Jin Young berdebar lalu lampu biliknya dimalapkan supaya dia boleh bertindak jika 'mahkluk' itu adalah pencuri atau sebagainya.

Dia mendekati pintu bilik. Tangan sebelah kanan sudah menggenggam erat pisau yang dicapai di atas meja soleknya tadi. Pisau itu adalah senjata yang digunakan setiap kali bertugas. Terpaksalah juga pakai demi keselamatan dirinya. Baru sahaja tombol pintu dipegang, daun pintu sudah terkuak menyebabkan dia terkejut dan tidak sempat hendak berbuat apa-apa. Dia melihat satu mahkluk ini yang berpakaian serba hitam. Wajahnya kurang jelas pada mata lalu lampu dibuka dalam mod terang. Matanya membulat besar.

"A... Ka... kai?" Tergagap mulut Jin Young hendak menyuarakan nama itu apabila mahkluk berpakaian serba hitam tadi adalah Kai. Lelaki itu tampak bengis daripada biasa. Dia mendekati Jin Young dengan rahang yang bergerak-gerak, menahan amarah.

"Apa awak bu..." tanpa sempat Jin Young menghabiskan ayatnya, bahunya dipegang kuat dan tubuhnya ditolak ke belakang. Pinggangnya tersekat pada meja solek dan menyebabkan dia terkunci di situ.

"Seronok... berpeluk dengan lelaki lain kat airport tadi?" Sindir Kai dengan suara yang sedikit bergeletar. Dia mendekatkan wajahnya pada Jin Young yang serba ketakutan itu.

"Mana... mana awak tahu saya kat airport tadi?" Akibat ketakutan, panggilan 'oppa' buat Kai pun berubah. Dia terlalu gementar dan terlalu takut.

Kai ketawa jahat seakan-akan syaitan. Dia seperti dirasuk hantu. Tangannya yang menggenggam bahu Jin Young semakin erat dan kuat. Jin Young mengaduh. Sakit. Pedih. Takut dan segalanya bercampur menjadi satu perasaan.

"Lepaskan saya... sakit..." Jin Young cuba untuk meleraikan tangan Kai dari terus berada di bahunya. Air matanya gugur. Tetapi Kai tidak mengendahkan. Dia dalam keadaan yang tidak terkawal sekarang ini. Langsung tiada kasihan dalam wajah itu buat Jin Young.

"Aku tak suka kau dengan lelaki lain. Jangan ingat kandungan kau dah gugur, aku dah tak ada kaitan dengan kau lagi."

"Tolonglah... dia adik saya. Sumpah, dia adik saya dari Kanada. Saya tak ada niat nak sorokkan hal keguguran saya pada awak. Sumpah kalau boleh masa diundur, saya buat." Terang Jin Young bersungguh-sungguh. Sedaya-upaya dia mahu Kai percayakannya dan mula bertindak positif tetapi hampa. Semakin dia cuba lepaskan pegangan Kai, semakin kuat pula cengkaman itu.

Kai terdiam seketika. Adik? Telahan Sehun benar! Ah, dia tidak peduli. Meskipun lelaki tadi itu adik, lelaki lain pasti akan menganggu Jin Young lagi.

"Adik? Lelaki lain... tak mustahil boleh ganggu jugak?" Kai melepaskan pegangan pada bahu kiri Jin Young dan dibawa tangannya itu ke pipi Jin Young. Di usapnya perlahan air mata yang gugur sebentar tadi. Bukan dia kasihan, tetapi dia lebih suka. Kalau boleh dia mahu melihat Jin Young lebih terseksa, barulah gadis itu rasa bagaimana rasa sakit cemburu.

"Tolonglah... saya tak pernah lupa awak. Saya cintakan awak, Kai."

"Kata cinta kau tak cukup untuk aku. Aku tak nak kau hanya tahu cakap. Aku nak buktikan." Kata Kai seakan-akan menyuarakan cabaran buat Jin Young. Jin Young menahan esakannya yang semakin menjadi-jadi. Kenapa Kai boleh berubah begini hanya kerana cemburu?

"Kenapa awak berubah, Kai? Kenapa awak tak macam dulu?"

Kai mendekatkan tubuhnya dengan Jin Young lalu tubuh itu dipeluknya erat. Bibirnya didekatkan dengan telinga Jin Young lalu membisikkan sesuatu. "Sebab kau. Kau yang cuba cabar aku. Aku sendiri yang nampak tau. Walaupun aku dah tahu yang lelaki tu adik kau, tapi tak mustahil juga bila kau keluar ke sana ke mari, ada lelaki lain yang ambil kesempatan, sama ada lelaki tu sendiri yang suka, atau kau yang terhegeh..."

"Apa awak ni?!" Jin Young menolak dada Kai sekuat tenaganya sehingga lelaki itu berganjak ke belakang beberapa tapak. Kata-kata Kai tadi sungguh melukai hatinya. Seolah dia seperti perempuan murahan yang sudah hilang harga diri. Maruahnya juga sudah dicalarkan, tetapi harga dirinya masih ada meskipun Kai pernah mengambilnya. Dia tidak sangka Kai boleh berubah 360 darjah kerana cemburu dan melempiaskan marahnya itu dengan cara ini.

Kai mendekati Jin Young. Dia memegang kedua-dua belah tangan itu dengan kemas. Jin Young cuba untuk melepaskan pegangan itu tetapi gagal. Malah, Kai semakin menariknya dengan kuat. Lelaki itu memegang lehernya dan mendekatkan bibir ke arah bibir Jin Young.

"Awak nak buat apa?"

"Aku nak kau... buat kali yang kedua."

"Awak dah gila ke?!" Jin Young meronta tetapi Kai mengambil tindakan mengheretnya ke katil dan menolak bahunya ke atas tilam. Lelaki itu menindihnya menyebabkan Jin Young terasa lemas dan terbatas untuk bergerak.

"Aku tak nak kau lari lagi dan menggedik dengan lelaki lain. Aku tak suka." Kai mengucup perlahan bibir Jin Young sebelum melepaskannya. Jin Young menangis lagi. Dia fobia. Dia tidak mahu perkara lama yang sudah berbulan pergi dihambat lagi. Dia cukup takut.

"Kai... saya tak nak..." rintihnya perlahan.

Kai semakin meliar. Dia mengucup wajah Jin Young tanpa memikirkan rayuan Jin Young. Hati yang beremosi membuatkan dia hilang pertimbangan.

"Tolon..." Jin Young menjerit tetapi nampaknya dia salah. Suaranya terputus kerana Kai mencium bibirnya dengan kasar. Jin Young terasa lemas dan tenaganya habis. Dia seperti merelakan setiap langkah yang Kai buat ke atas dirinya. Matanya terpejam rapat apabila lehernya dicium kasar. Bajunya juga perlahan-lahan ditanggalkan dan nampaknya permainan lama Kai bermula lagi. Sekali lagi malam itu menjadi saksi kecemburuan Kai terhadap Jin Young sehinggakan perkara ini berulang lagi.

Bersambung...

Akhirnya!!! Siap juga! Sorry agak 18+ sikit. Idea membuak-buak keluar masa tengok movie Suami Aku Ustaz tadi. Hehehe... okeylah, bye! Late update lepas ni~~


[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang