"Lelaki tu cakap... dia memang dah rogol Jin Young. Kau rasa?" Soal Hannie kepada Laxy yang sedang berehat di biliknya selepas Hannie dan Xia Lu pulang. Jin Young pula pergi pejabat sebentar tadi untuk mengambil dokumen. Wartawan dan media masih lagi membanjiri bangunan syarikat penyiasatan itu. Terpaksalah Jin Young touch up sikit untuk menghilangkan aura-aura penampilan dirinya.
"Hish.. aku rasa pelik. Pelik betul aku." Kata Laxy separuh berseloroh, separuh tidak. Siap tergeleng-geleng kepala lagi bagi menguatkan kebenarannya. Gila tak pelik?! Sorang cakap lain, sorang cakap lain. Mana satu yang betul?
"Haaa... tahu pun kau. Kau ingat aku tak terkejut masa dapat tahu? Kau rasa, dia tipu ke bohong?" Soal Hannie lagi. Dia bersila menghadap Laxy. Xia Lu pergi ke tandas dan belum lagi kembali semula ke bilik ini.
"Siapa yang tipu ke bohong?" Laxy blur. Hannie menepuk dahi.
"Kim. Jong. In. Lah. Siapa. Lagi. Kalau. Tak." Sebijik demi sebijik patah perkataan disebutnya supaya memberikan kefahaman kepada Laxy. Laxy punya mulut ketika Hannie berkata begitu, lonjong bentuknya. Bukan lagi bentuk 'O', tapi dah jadi bentuk '0'. Terlalu faham sehingga berubah bentuk mulutnya.
"Aku rasa dia tak bohong. Kalau dia bohong, dia dapat apa?"
"Dapat Jin Young."
"Untuk?"
"Balas dendam."
Laxy mengerutkan dahinya. Berlapis-lapis lagi.
"Balas dendam? Maksud kau?"
"Aku faham dengan permainan Kai yang sebenar-sebenarnya."
Laxy masih blur.
**********
Jin Young menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia memicit-micit sisi kepalanya kerana terasa ianya sedikit berdenyut. Hampir 2 jam dia bertapa di sini. Bukan kerana ada wartawan atau apa, tetapi kerana dia tidak bersedia untuk keluar. Pelbagai komen yang dia baca mengenai publisiti yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab itu. Walaupun mengikut apa yang tercatat dalam tajuk besar berita hangat ini tiada namanya tertulis di situ, tetapi dia terasa. Spekulasi dan tomahan serta belas kasih yang dia baca tadi di komen-komen mahupun pada status orang, memang ditujukan khas untuknya. Sampai ke sekarang, dia tidak dapat mengecam siapakah manusia yang menyebarkan berita ini. Dia blur. Satu benda pun dia tidak dapat nak fikir. Seakan-akan saluran otaknya tersumbat untuk menghubungkan antara wayar ke wayar yang lain.
"Siapa yang sebar berita ni sebenarnya?"
"Aku."
Jin Young mengangkat wajahnya memandang pintu biliknya yang regang. Ada seorang lelaki yang cukup dia kenal berdiri di situ. Berbaju kemeja, berseluar slack serta berkaca mata gelap. Rambutnya yang diwarnakan itu dicacak ala kadar, menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu pada wajahnya.
"Kim Jong In, macam mana kau boleh masuk pejabat ni?!" Tempelak Jin Young dalam nada terkejut seraya memandang jasad Kai dengan mata yang membulat. Terkejut. Marah. Geram. Menyampah. Takut. Semua perasaan itu bercampur-aduk menyebabkan dirinya mulai gelabah. Terlalu ingin melarikan diri daripada Kai walaupun dia sudah berjaya keluar dari cengkamannya.
Kai ketawa kecil. Dia memasukkan tubuhnya ke dalam bilik kerja Jin Young sesuka hatinya. Dengann wajah yang langsung tidak menayangkan riak bersalah, Kai bergerak menuju ke arah Jin Young yang seperti mahu melarikan diri itu. Tangannya meraba dalam laci. Mahu mencari sesuatu alat yang boleh membantunya nanti jika Kai bertindak.
"Jangan dekat dengan aku..." Jin Young memberi arahan. Dia terlalu takut sehingga mengundang getar pada suaranya. Kai sekadar mendekatinya sahaja. Tidak sentuh pun. Lagipun... lelaki ini tampak lain. Wajahnya seperti sedikit lesu. Tetapi kekejamannya masih ada.
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fanfiction"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)