Kai menekan punat lif untuk turun ke lobi. Dia berniat hendak ke rumah Jin Young dan mengajak gadis itu makan bersama. Tetapi tadi dia baru mendapat panggilan dari JA Holding yang dia perlu ke syarikat itu sekarang juga kerana laporannya tertinggal di sana tadi. Jadi dia mengambil keputusan untuk ke sana dan mendail Jin Young. Dia pun nak makan tengahari sekali. Tak perlulah Hana membelikan kopi untuknya.
iPhone yang sentiasa berada di salam kocek seluar dikeluarkan. Nombor Jin Young dicari. Setelah jumpa, telefon mendarat pada telinga. Lama, tidak berangkat. Kai cuba lagi sementara dia berada di dalam lif.
"Eh, mana pula dia pergi. Kenapa tak angkat call?" Kai merungut perlahan. Dia mendail dalam 5 kali sebelum mengambil keputusan untuk menghantar chat di LINE sahaja.
Hai, dear. Busy ke? Saya call tak angkat. Nak ajak awak keluar lunch. Saya tak dapat nak jemput kat rumah sebab nak ambil dokumen kejap. Tunggu saya kat Victorian Restaurant ya? Love you, sayang.
SEND. Serentak dengan itu, pintu lif terbuka. Kai yang perasan segera keluar tanpa memandang hadapan. Tidak sempat berbuat apa-apa dia telah melanggr seseorang..
"Oh my God. I'm so sorry, miss. Saya tak sengaja." Kai memohon maaf kepada seorang gadis yang dilanggarnya tadi. Mujur gadis itu tidak terjatuh. Jika tidak, perasaan bersalah Kai terhadap gadis itu semakin mendalam.
"Eoh... okey. Saya okey. Awak?" Gadis itu membalas dan menanya kembali. Matanya tidak berganjak dari terus merenung wajah Kai yang menggetarkan jiwanya itu.
Kai melemparkan senyuman paling manis buat gadis tersebut.
"Ya. Saya okey. Okeylah, saya kena per..."
"Err.. awak!" Panggil gadis itu lantang. Kai yang hendak beredar terbantut jadinya. Dia memandang gadis itu yang sedikit rendah darinya.
"Ya?"
Gadis tersebut mengambil sesuatu dari dalam beg tangannya. Dia menghulurkan sekeping kad bersaiz sederhana kecil kepada Kai. Kai menyambut dan membacanya.
"Tu kad saya. Maybe... we can meet again?" Kata gadis tersebut sambil mengoyakkan senyuman manis kepada Kai. Berbunga-bunga hatinya apabila Kai membalas senyumannya.
"Oh... okey, Nana. By the way, I'm so sorry pasal tadi. Okey?" Kata Kai lagi sekali. Dia bersalah sebenarnya. Kad tadi disimpan ke dalam poketnya.
"Ohh... it's okay. Sikit je. Ermm... what's your name?" Nampaknya gadis yang bernama Nana itu masih tidak mengizinkan lagi untuk Kai beredar. Hatinya benar-benar tertarik dengan Kai. Nak je dia bersuara untuk berbual lagi.
Kai mengambil kadnya pula lantas diberikan kepada Nana. Nana menyambut tanpa menunggu lama lagi.
"Tu kad saya. I'm sorry, Nana but I got to go now. See you, ya? Bye..." Kai segera mengorak langkah meninggalkan Nana kerana dia benar-benar sudah lewat untuk ke destinasinya. Bukan dia biadap, tetapi dia perlu cepat. Sebab itulah dia terpaksa pergi.
Nana terpinga-pinga melihat Kai berlalu tetapi dalam masa yang sama, dia senyum. Senyumannya semakin lama semakin lebar sebelum menggeletis sedikit sambil memegang erat kad kerja milik Kai.
"Kim Jong In. Eee... kacaknya!!! Hopely single." Nana menjerit kecil. Senyumannya lansung tidak pudar, gara-gara Kai.
**********
"Aunty balik dulu ya, Jin Young? Jaga diri, jaga baby." Pesan Puan Kim sambil mengusap lembut perut Jin Young yang mula kelihatan disebalik baju kemejanya. Jin Young tersenyum nipis. Dia masih terfikirkan hal yang dibincangkannya tadi bersama Puan Kim.
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fanfiction"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)