24

15.4K 832 75
                                        

"Hannie, mana Jin Young?" Soal Laxy kepada Hannie yang sedang memasak di dapur untuk makan malam.

"Tadikan ada kat atas. Asal? Dia tak ada ke?"

"Ha tulah yang aku pelik. Mana dia? Puas aku pusing satu rumah, tak ada pun. Xia mana?" Sambil bercekak pinggang dengan sebelah tangan kiri, Laxy berjalan dari anak tangga menuju ke arah Hannie yang sedang khusyuk memasak spageti bebola daging itu. Tetapi selera mereka berdua tiba-tiba sahaja hilang kerana kehilangan Jin Young. Perasaan risau itu sentiasa menjelma kerana Jin Young baru pulang dari hospital tenghari tadi. Dengan keadaan gadis itu dalam tempoh alahan lagi. Semakin risau dibuatnya. Kalau ibu dan ayahnya ada tak apa lah juga. Ini tidak, orang tua Jin Young berada di Kanada. Sibuk sangat dengan perniagaan sehingga anak sendiri pun terabai. Geram juga mereka dengan ibu bapa Jin Young ini. Tetapi siapalah mereka untuk mempertikai? Sedangkan Jin Young sendiri pun tidak pernah membahaskan soal keluarga di depan mereka, apatah lagi mereka yang langsung tidak ada apa kena-mengena melainkan sahabat sahaja?

"Xia keluar kejap pergi cari bahan kat market. Serius ni wei tak ada? Mana pula Jin Young ni pergi... risau akulah. Aku takut dia pergi jumpa... Kai."

"Haish! Takkanlah nak pergi jumpa si Kai tu. Tak adalah. Buat apa aje pergi sana?" Kata Laxy lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bar dapur. Hati yang gundah dicuba juga untuk ditenangkan.

"Jin Young tu boleh buat apa je. Mana tahu dia..."

"Think positive..." cepat-cepat Laxy memintas apabila dia dapat menangkap maksud Hannie. Hannie hanya diam sahaja dan meneruskan masakan.

**********

Jin Young memandang jam. 8 malam. Dia dah terlewat sebenarnya. Dia target akan pulang pukul 7 setengah, tetapi disebabkan Kai menghalang dia dari terus pergi, dia akur sahaja. Permainan mereka bermula malam itu juga. 2 bulan. Jin Young mula termenung. 2 bulan tu tempoh yang lama. Dia akan pastikan yang dia menang dalam permainan ini. Lepas tu, apabila kandungannya digugurkan, dia akan hidup normal seperti biasa tanpa ada ingatan tentang Kai lagi. Itu yang dia mahukan. Tetapi jika ditakdirkan dia kalah... dia hanya mampu berserah sahaja. Mampukah dia menjawab perkataan 'saya sudi' nanti ketika paderi selesai menyoalnya di dalam pernikahan nanti? Ya Tuhan, dugaan ini sungguh berat untuk dia hadapi.

"Jin Young..." Kai menyeru dari dapur memanggil gadis yang sudah berjaya mengambil hatinya dan membuat dia begini. Selepas sahaja bergelutan mereka habis tadi, tekak Kai kembali mahu mengeluarkan sesuatu isi. Tetapi dia tetap juga cuba untuk bertahan. Alahan yang masih lagi kuat. Lihat wajah Jin Young sahaja dia pun sudah tahu yang alahan itu kuat nampaknya. Sehingga dia pun melekat sekali.

Jin Young menggalihkan kepalanya memandang Kai yang sedang menutup hidung dengan tangan. Dia seperti tidak boleh menghidu udara. Lain macam aje rasanya. Kalau boleh, dia tidak mahu muntah. Sakit rasanya.

"Apa dia?" Soal Jin Young, dingin. Kalau dah kata tak suka tu, memang dia tak suka walaupun dia ikut aje apa yang Kai mahukan.

"Tolong?" Soal Kai lalu mendekati Jin Young dengan wajah yang merah padam. Hidung sudah mengumpul cairan pekat yang boleh mengundang bersin. Jin Young yang melihat berasa kasihan pula. 'Aku yang pregnant, kau yang teruk.'

"Apa?"

"Urutkan kepala..." dengan suara yang cukup manja, Kai melabuhkan kepalanya atas paha Jin Young, meminta gadis itu mengurut untuknya. Lagipun dalam masa yang sama, dia cuba untuk memiliki hati gadis itu. Terasa betul tempoh 2 bulan akan tamat pada hari esok. Kalau boleh, dia mahu merangkul hati Jin Young secepat yang mungkin dan mengikat Jin Young sebagai isterinya secara sah.

Jin Young agak tercengang sedikit. Tiba-tiba sahaja bulu romanya meremang dan denyutan jantung bertukar irama. Lain macam aje rentaknya itu.

"Asal tak pergi klinik?" Walaupun masih marah dengan Kai, tetap juga dia berbual. Perlahan-lahan dia meletakkan telapak tangan kecilnya di atas dahi Kai. Panas sangat. Dengan perasaan yang berbelah bahagi dia mengurut sisi kepala Kai. Kepanasan tubuh Kai menyebabkan hatinya menimbulkan satu perasaan yang bernama risau. Risaulah juga. Semarah-marah dia, belas kasihannya ada juga. Tak adalah kejam mana.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang