42

11.1K 681 47
                                        

Kai mencapai telefon bimbitnya yang tersadai di atas katil. Setelah selesai bersarapan tadi, dia terus naik ke atas. Jin Young pula mengemas di bawah sementara dia naik. Dah macam suami isteri yang sebenar pula.

Kai mengeluh pendek apabila ada 3 mesej daripada khidmat pesanan ringkas dan 12 chat daripada LINE. Kai membuka mesej dahulu dan ketiga-ketiganya tentang mesyauratnya yang di China minggu hadapan. Tetapi menurut mesej yang diterima, mesyuaratnya bersama pemilik empayar terbesar di China itu diganjakkan esok. Wahhh... boleh biul dia dibuatnya macam ni. Dengan persiapan tak buat lagi.

Chat LINE pula dibukanya.

"Nana..." Kai menggaru kening melihat nama itu tertera pada skrin telefon. Dia membaca 3 chat yang dihantar oleh Nana dalam sektiar jam 7 pagi tadi.

Kai, kita ada meeting dengan orang yang akan besarkan butik omma saya tu. Dia nak kita datang pukul 12 nanti. -Nana, Saturday, 7:00 am.-

Venue dekat Garlic Farm Restaurant. -Nana, Saturday, 7:00 am.-

Kai, sorry. Boleh tak kalau awak ambil saya dekat rumah? Kereta saya buat hal pula. Alamat dia, Jalan Cheongdamdong nombor 45. I'm wait, ya? Bye... -Nana, Saturday, 7:10 am.-

"Kai?"

Kai segera mengangkat kepalanya memandang jasad Jin Young yang berada di muka pintu itu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Kai yang duduk di birai katil. Dia juga turut melabuhkan punggung di sebelah Kai. Jika dulu dia tidak suka, tetapi sekarang hatinya kata ya. Dia kini mengakui, yang dia sudah mula sayangkan Kai. Cinta? Dia tidak yakin lagi sama ada dia cinta ataupun tidak.

"Ya? Dah siap dah kerja tadi?" Soal Kai dengan suara separuh lembut, separuh mendatar. Dia pening sebenarnya. Banyak betul kerja yang nak kena buat hari ini sedangkan hati dah berniat nak duduk sahaja menemani Jin Young di rumah sendirian. Walaupun gadis itu tidak kata apa-apa pada dia, tetapi memang dia nak teman.

"Dah. Kenapa ni? Macam stress aje?" Jin Young menyoal seperti tiada apa-apa benda yang berlaku. Dia sedang menguji sekarang. Tadi, telah membuktikan yang dia sudah sukakan Kai. Sekarang ini, dia mahu mengetahui, sama ada dia cinta... atau masih dengan benda lama.

Kai tersenyum nipis mendengarnya. Sejuknya hati melihat Jin Young begini. Tuhan sahajalah yang tahu betapa bahagianya dia. Rasa seperti terbang-terbang kat langit sambil disirami dengan air mawar sahaja. Haihh... hatinya sungguh berharap, yang itu adalah satu petanda bahawa Jin Young telah jatuh cinta padanya.

"Oppa banyak kerja hari ni. Esok nak kena ke China. Hari ni, ada meeting dengan klien. Rasa macam nak... arghh!!!" Kai menjerit geram. Dengan selambanya dia melabuhkan kepala atas riba Jin Young sambil menyerabutkan rambut yang berwarna cantik itu. Jin Young membeliakkan mata.

Dup... dap... dup... dap. Laju betul jantung dia pada waktu itu. Tetapi dia cuba juga untuk mengawal perasaan daripada terus berdebar seperti ini.

"Dah tu? Pergilah kerja sana. Yang duduk sini lagi buat apa?" Soal Jin Young sambil mengusap anak rambut Kai yang menutupi dahi. Selagi dia mampu untuk menggerakkan tangan, dia akan buat. Degupan jantung dah jangan cakaplah. Berdebarnya perghh... macam nak pecah satu hal, elak dia terlompat keluar lalu mulut je.

Kai bangkit. Dia memusingkan kepala memandang Jin Young. Tiba-tiba, bahu gadis itu ditolak ke belakang menyebabkan Jin Young terbaring dengan kaki yang masih tergantung. Kai mengiringkan tubuhnya menghadap Jin Young yang sedang berbaring itu sambil menongkatkan kepala dengan tangan.

"Sayang ikut oppa ke China, nak tak?"

Mata Jin Young membulat. Kepalanya digeleng laju tanda tidak mahu. Wajah Kai serta-merta berubah.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang