44

8.7K 620 62
                                    

Xia Lu, Laxy dan Hannie memasuki rumah mereka yang sudah ditinggalkan selama 3 hari kerana mereka bertugas di luar. Rasa penat usah dikata. Kalau ada katil depan mata, sumpah terus tidur. Mengantuknya! Mujur mereka hari ni dah tak oncall. Kalau oncall pun, mungkin kes itu memerlukan mereka siasat. Itu je. Lain, rasanya tak kut. Dalam kesempatan yang ada ni, baik rehat elok-elok.

"Jin Young! Kami sudah pulang ke pangkal rumah mu!!!" Pekik Xia Lu lalu menghempaskan tubuhnya pada sofa panjang. Rindu pada Jin Young terasa. Lazimnya, Jin Young akan ikut mereka bertugas sekali tetapi disebabkan rakan baik mereka itu baru sahaja sembuh dan kembali sihat, jadi Hyuna tidak membenarkan Jin Young oncall sekali. Bimbang ada sesuatu yang terjadi pula. Lagi susah.

"Mana Jin?" Soal Hannie pula apabila tiada sahutan langsung daripada kawan mereka itu. Hairan juga dibuatnya. Biasanya bila mereka pulang dari bertugas, pasti wajah Jin Young yang akan tercongok di hadapan matanya.

"Ha tulah. Aku cari juga ni." Kata Laxy pula yang datang daripada bilik stor. Entah apa yang dia cari. Mungkin ada barang yang lama diperlukan kembali. Kini, mereka bertiga berkumpul di ruang tamu.

"Kau dah cari dekat atas? Mana tahu tidur ke apa." Xia Lu duduk. Tidak senang rasanya berbaring tanpa mandi dulu. Tadi tu hanya melepaskan lelah sahaja.

Hannie dan Laxy menggelengkan kepalanya tanda belum. Mereka berdua pun tidak terfikir mahu cari di atas.

"Tak apa. Biar aku cari." Kata Laxy. Xia Lu dan Hannie menganggukkan kepalanya. Laxy pun berlalu naik ke atas menuju ke bilik Jin Young. Pintu nampaknya tidak terkatup dengan rapat. Dahi Laxy berkerut sedikit. Takkanlah pukul 11 malam tak kunci pintu kalau dah tidur. Pelik.

Laxy menolak perlahan pintu bilik Jin Young dan menjengukkan kepalanya. "Jin..." Laxy memanggil nama Jin Young sambil memetik lampu bilik. Cahaya menerangi kamar ini. Laxy mengerutkan dahinya lagi apabila katil kosong. Cuma ada telefon sahaja dan selimut yang sedikit berselerak. Laxy mengambil keputusan untuk ke tandas.

"Jin Young..." Pintu dibuka meluaskan pemandangannya. Apabila luas sahaja daun pintu terbuka, betapa besarnya mata Laxy melihat keadaan yang berada di hadapan mata.

"Jin Young!!!" Laxy menjerit nama Jin Young dengan kuat sehingga membuatkan Hannie dan Xia naik ke atas.

"Kenapa?" Hannie dan Xia mendekati Laxy yang cuba untuk membantu Jin Young.

"Jin... Jin pengsan."

"Hah?!"

**********

"Kamu bertiga... kawan kepada Hye Jin Young? Suami dia ada?" Soal Doktor Seol Ri kepada Xia Lu, Laxy dan Hannie yang kini berada di sebua bilik. Doktor Seol Ri tu sendiri yang meminta mereka bertiga ke sini. Hendak memberitahu khabar berita yang mungkin buruk, mungkin baik.

"Suami dia... tak silap saya outstation dekat China. Tak tahulah bila dia balik." Kata Hannie mewakili Xia Lu dan Laxy sekali. Soal itu dia tahu kerana Jin Young ada beritahunya dua hari sebelum dia pulang.

Doktor Seol Ri mengangguk perlahan. Dia memerhatikan sehelai kertas laporan kesihatan Jin Young dan keputusan pemeriksaan kepada Hannie. Hannie menyambutnya dan memerhati kertas itu bersama-sama dengan Xia Lu dan Laxy. Dia tidak sempat hendak membelek kerana inginkan penjelasan yang betul-betul jelas daripada Doktor Seol Ri.

"Puan Jin Young keguguran. Kandungan dia tidak dapat diselamatkan disebabkan hentakan pada lantai dengan kuat dan rahimnya tidak mampu lagi hendak melekat pada kandungan. Setahu saya, sebelum ni Puan Jin Young pernah mengalami pendarahan yang boleh dikatakan parah juga tetapi kandungannya dapat diselamatkan. Tetapi kali ini, kandungannya tak dapat diselamatkan." Terang Doktor Seol Ri bersungguh-sungguh. Xia Lu, Hannie dan Laxy terperanjat. Tangan menutup mulut yang ternganga. Keguguran? Mereka seakan-akan tidak percaya. Macam-macam benda yang difikirkan kini. Tambah lagi Jin Young sudah sayangkan kandungannya sendiri tetapi kini... kandungan itu sudah tiada. Tidak dapat diselamatkan. Bagaimana agaknya reaksi Jin Young nanti. Kai? Wahhh... parah ni.

"Tapi jangan risau, Puan Jin Young masih boleh mengandung. Rahim dia tak ada masalah. Cumanya saya nak pesan, kalau boleh bagitahu pada Puan Jin Young tentang kegugurannya dengan baik. Seboleh-bolehnya, jangan buat dia tertekan. Kalau tak ,kesihatan dia akan terjejas sekali." Pesan Doktor Seol Ri lagi. Mereka bertiga hanya mampu mengeluh pendek dan mengangguk. Ini yang berat ni. Mereka tidak jamin yang Jin Young mampu menerima tanpa mengalirkan air mata. Sudah tentu terkejut, terkedu dan segalanya menghurung jiwa. Siapa pun akan rasa meskipun kandungan itu baru dua bulan.

"Sekarang ni dah boleh tengok dia ke, doktor?" Soal Laxy setelah beberapa termenung. Doktor Seol Ri mengangguk. "Boleh. Tapi, jangan bagitahu dulu pada dia. Tunggu dia tanya, baru cakap. Takut dia tak dapat nak terima kenyataan ni." Doktor Seol Ri memesan lagi. Kalau boleh dia tidak mahu pesakitnya tertekan walau sikit pun. Jika tidak, lebih teruk nanti.

"Baik, doktor. Kalau macam tu, kami minta diri dulu. Kalau ada apa-apa yang terjadi, saya laporkan pada doktor lain yang bertugas untuk dia." Kata Xia Lu lalu bangun diikuti dengan dua yang lain.

"Baiklah. Ingat segala pesanan saya."

Anggukan dibalas. Lalu, mereka segera keluar untuk melihat keadaan rakan mereka. Mata masing-masing pun dah tak boleh nak tahan lagi. 12 pagi dalam hospital. Siapa pun akan macam tu. Tapi demi kawan, mereka sanggup.

Bersambung...

Pleaseee!!! Jangan marah saya sebab buat Jin Young gugur! Kata nak panjangkan lagi FF ni, so saya panjangkanlah. Kalau kalian tak minta panjangkan lagi, saya tak buat Jin Young gugur. Saya kahwinkan terus. Tapi sebab kalian nak panjang lagi, dan saya pun nak buat kalian terseksa baca FF saya, saya buatlah. Janganlah marah saya! Ini adalah rekaan semata! Tapi kalau nak marah juga, apa saya mampu buat. Saya diam ajelah. Okey... nak kata tu je. Bye~~~ ^^

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now