Perlahan-lahan bibirnya mengukir satu senyuman yang boleh dikategorikan sebagai senyuman jahat dan kemenangan. Senyuman yang menandakan dia telah pun hampir ke level yang terakhir dalam satu permainan yang 'menyeronokkan' ini.
"Finally, kau pregnantkan anak aku, sayang. Kesian kau, dan kesian jugak kat aku sebab alahan tu mengena kat aku." Dengan hidung yang tersumbat gara-gara selesama, Kai berkata-kata sendirian. Meskipun dia terkena alahan, tetapi kejahatannya masih terserlah.
"Kalau Jimin tak ikut kau ke mall tadi, maybe untill now aku tak tahu yang kau dah disahkan doktor, yang kau pregnant." Kata Kai sendirian. Dia memeluk tubuhnya sendiri yang terasa sejuk. Sesekali matanya terbayangkan lakaran potret Jin Young pada matanya. Dan serentak itu juga, jantungnya berdegup kencang.
"Petanda apa semua ni?" Soal Kai sambil menekupkan telapak tangan pada dadanya.
Dup dap... dup dap... dup dap...
Laju. Ya. Semakin dia ingat, semakin ianya bertambah laju. Lebih-lebih lagi jika teringatkan yang dia dan Jin Young pernah bersama. Lagilah Kai semakin berdebar-debar. Kadang-kala dia terfikir, adakah debaran itu membawa satu tanda bahawa dia telah tertewas akan satu perasaan ini?
"Ke, aku dah..."
Ya, Kai terfikirkan satu perasaan itu. Perasaan yang sebelum ini langsung dia tidak pernah merasainya. Tetapi dia tahu bagaimana rasanya jika dia telah terjatuh ke dalam satu jurang yang melibatkan perkataan hati dan perasaan.
"Haish! Pelik." Kai menafikan pula. Mustahillah. Tak mungkin anak panah itu telah menembusi hatinya.
Kai memejamkan matanya. Selimut yang sudah separas dada dinaikkan ke leher. Sejuk. Hatinya terdetak.
'Kalau betullah perasaan tu yang menyebabkan aku macam ni, aku akan cintakan kau sampai mati.'
Bersambung...
Akhirnya Kai jatuh cinta!!! Tapi macam mana dengan Jin Young? Haha... wait okey? Cukup untuk hari ni 3 part. Enjoy kay? Tata~~
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.
Fiksi Penggemar"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Ap...
![[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.](https://img.wattpad.com/cover/43845782-64-k525628.jpg)