35

11.8K 697 28
                                        

Selepas 4 hari Jin Young dirawat di hospital, hari ini dia telah dibenarkan pulang oleh doktor yang merawatnya sepanjang 4 hari itu. Perasaan suka membuatkan bibir Jin Young sentiasa mengukirkan senyuman. Ditambahkan lagi kelibat Kai dan seorang wanita tiada sejak semalam. Lagi membuatkan dirinya bahagia. Bukan dia tidak menyenangi dengan Puan Kim, tetapi dia tidak sukakan Kai. Ada je di mana dia berada. Terasa rimas pula. Mujur hari ini rakan-rakannya ada. Tetapi Xia Lu tiada. Dia terpaksa ke India untuk menghadiri satu kursus di sana selama 3 hari. Rindu dengan Xia Lu!!!

"Jin, aku nak pergi uruskan bil kau, kau tunggu sini dengan Hannie eh?" Pesan Laxy yang berdiri di sebelah katilnya. Jin Young hanya mampu mengangguk. Kemudian, Laxy pun beredar dari wad ini untuk ke kaunter penyelesaian bil. Sementara itu, Hannie pula sibuk dengan telefonnya.

"Han..." panggil Jin Young lalu bangun. Air sudah tidak dimasukkan, jadi dia bebas ke mana-mana. Dia mendekati Hannie yang duduk di sofa. Khusyuk menatap skrin telefon sehingga tidak sedar yang dirinya sudah berada di tempat yang sama.

"Ehem... seronok chat..." sergah Jin Young membuatkan iPhone6 Plus yang berada di pegangan hampir jatuh ke lantai. Berderau darah Hannie dibuatnya.

"Hish kau ni! Terkejut tahu tak?!" Marah Hannie sambil mengusap dada.

Jin Young mencebik kecil. Dia cuba untuk mencuri lihat skrin telefon pintar itu tetapi tidak berjaya. Entah apa benda yang dibualkan di laman sosial. Hannie ni bukannya kaki gosip pun. Biasa aje. Musykil, musykil..

"Husband kau mana?" Soal Hannie tiba-tiba. Sengaja mahu menyakat.

Jin Young mengerutkan dahi, berlapis-lapis.

"Husband? Siapa?"

"Kai."

Jin Young memandang Hannie dengan wajah seperti mahu menelan orang. Bengis dan tampak bad mood. Perkataan satu itu sangat berhantu baginya.

"Alah... janganlah marah. Aku gurau aje." Kata Hannie yang sudah mulai perasan akan riak wajah Jin Young itu. Berubahnya lain macam betul. Kalau boleh dirinya ini hendak ditelah hidup-hidup.

"Aku tak suka kau gurau dengan cara macam tu." Mendatar suara Ji Young memberi amaran. Sikit pun dia tidak pandang Hannie.

Hannie diam. Fahamlah dia bahawa Jin Young kini sedang dalam emosi yang tidak baik. Dia meneruskan perbualannya di LINE. Sedang mereka melayan perasaan sendiri, tiba-tiba seorang wanita bersama dengan anak lelakinya tiba. Jin Young menyedari akan hal itu segera mengangkat kepala. Kai! Puan Kim! Jin Young sedikit kaget. Apa yang mereka berdua mahukan? Lagi-lagi Kai. Masih terasa rasanya tamparan itu hinggap pada wajahnya. Nasib je Hannie, Laxy dan Xia Lu tak tahu. Agaknya kalau diberi tahu, apa yang jadi agaknya.

"Oe, makcik. Apa khabar? Saya Hannie, kawan Jin Young." Hannie yang baru kali pertama menemui Puan Kim segera bangun dan memberikan tunduk hormat kepada orang tua itu. Puan Kim tersenyum melihat Hannie. Dia membalas tundukan Hannie.

"Baik aje. Kamu sihat? Datang dengan siapa?" Tanya Puan Kim berbasa-basi. Sementara dua orang wanita itu berbual-bual, Kai mengambil kesempatan untuk mendekati Jin Young yang sedang membelek majalah Magazine!!! itu. Punggung dilabuhkan rapat dengan Jin Young membuatkan Jin Young berasa kurang selesa. Tetapi dia diamkan sahaja. Malas mahu bercakap dengan Kai.

"Hai..." sapa Kai dalam nada berbisik. Tidak mahu Puan Kim atau Hannie mendengarnya.

"Hmm..." gumam Jin Young. Khusyuk benar dia membelek padahal dia tidak dapat nak fokus tu. Ada je benda yang mengganggu. Lagi-lagi jantungnya. Kalau boleh nak terkeluar dari badan.

Kai menarik nafas panjang. Susah. Ni bukan sentap ke apa dah, ni marah ni! Sabar, Kai. Perempuan...

"Sorry," bisik Kai pada telinga Jin Young. Keadaan mereka yang kelihatan intim itu membuatkan Puan Kim dan Hannie beredar. Memberikan ruang kepada Kai dan Jin Young berdua sebentar. Tetapi dalam masa yang sama, hati Puan Kim berdoa agar mereka boleh berbaik.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang