80

627 5 0
                                    

" Surprise !!!!!!! "

Jeritan orang-orang di dalam rumah itu membuatkan dia terkejut. Melihat semua orang-orang yang dia sayang berkumpul dihadapannya membuatkan air matanya kembali menitis. " Happy birthday to you, happy birthday to you~ " Nyanyian itu membuatkannya semakin terharu sehinggakan dia tidak mampu berkata-kata.

Entah apa yang dia lakukan sehingga dia layak menerima bahagia yang sebegini. " Happy birthday Mia !!! " Damia terus berlari memeluk semua orang yang berada disitu. Dia bahkan lupa hari ini adalah ulang tahunnya. Mungkin semakin meningkat usia, ulang tahun ni menjadi perkara yang tidak penting pun tetapi suaminya itu tidak pernah gagal menyambutnya.

" Thank you semua, Mia appreciate sangat. "

Setelah acara memotong kek, dia menyuruh semua yang berada disana untuk menjamu selera. Matanya meliar mencari sosok suaminya dan akhirnya matanya mengesan keberadaan lelaki itu. Dia terus mengatur langkah menuju ke arah suaminya yang sedang duduk bersendirian di kerusi batu di taman kecil rumah mereka itu.

" You taknak makan sekali ke ? " Soalnya. Lelaki itu terus bergerak sedikit memberinya ruang untuk duduk disebelah lelaki itu. " Nanti I makan. " Dia hanya tersenyum sambil menyandarkan kepala pada bahu lelaki itu. Keadaan jadi sepi sambil ditemani angin malam. Dapat dia dengar keluhan kecil lelaki itu.

Sejak dari dalam kereta tadi hingga la saat ini dapat dia rasakan ada sesuatu yang mengganggu lelaki itu. Ada sesuatu yang disembunyikan. " So are you ready to talk ? " Pertanya wanita itu membuatkan keningnya terangkat. Dia memandang lembut ke arah isterinya yang masih mengukir senyuman manis. " You know me too well. "

Dia menghela nafas berat sebelum kembali menatap wajah isterinya itu. " Tadi masa you tanya I, I dah tak sayang you ke..I can't help but wondering selama ni ada ke masa yang I buat you rasa yang I ni tak sayang dekat you lagi. I tak tahu cukup ke selama ni kasih sayang yang I bagi dekat you. I tak mampu nak terlampau sweet macam lelaki muda dekat luar sana. " Dia menarik nafas pendek.

" I takut selama ni you pura-pura happy dengan I. "

Luahan hatinya itu dibalas bukan dengan tangisan malah dibalas dengan cubitan dipehanya. Sakit betul bila tangan kecil wanita itu mencubit badannya. " I ni perempuan paling beruntung sebab dapat you tau. 10000 lelaki muda dekat luar sana pun takkan dapat lawan you. I yang patut risau you ni happy ke tak bila dengan I. " Lembut wanita itu mengusap pipinya.

" You memang bukan cinta pertama I tapi you akan selamanya jadi cinta terakhir I. Perasaan happy bila dengan you tu tak terkata. You memang tak selalu sweet tapi you bagi attention to all the small things and benda tu yang buat you special. " Khalid mengucup lembut bibir isterinya itu.

Sungguh hatinya lega mendengar kata-kata isterinya itu. " Hari ni I paling terseksa sebab tak boleh manja-manja dengan you tau tak sayang. "

" Okay so everyone ready dengan kerja masing-masing. Petang nanti mesti Mia akan minta izin nak keluar and that time kita prepare all the things. Sementara tu slow-slow juga prepare. Semua orang buat biasa je okay jangan sampai Mia perasan apa-apa. " Terangnya. Masing-masing dihadapannya hanya mengangguk faham.

" So j- "

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ikmal terus memotongnya. " Tuan apa kata harini Tuan pura-pura tak layan Mia. Kira macam Tuan abaikan dia. Kita prank Mia sikitlah. " Idea pengawal peribadinya itu membuatkan dia terdiam. Abaikan ? Dia mahu berenggang dengan isterinya 1 saat pun tidak boleh. Macam mana dia mahu hidup tanpa memeluk wanita itu ?

" Ha'ahlah Tuan, macam best je idea Ikmal tu. " Ramai pula yang bersetuju untuk dia melakukan hal itu. Dengan hati yang tidak rela, dia menyetujui idea tersebut. Sebaik sahaja selesai perbincangan, dia terus masuk ke dalam pejabatnya untuk menyelesaikan kerjanya. Biasanya dia akan ke bilik tidur mereka dahulu untuk bermanja dengan isterinya tetapi hari ini dia terpaksa mengabaikan rutin hariannya.

Tidak sampai 10 minit dia di dalam pejabat itu, otaknya langsung memikirkan isterinya. Berat betul menahan rindu ni. Tiba-tiba pintu yang menyambungkan bilik tidur dan pejabatnya itu dibuka. " Awalnya you start buat kerja. " Suara lembut wanita yang berada dibelakangnya itu membuatkan dia memejamkan mata.

Khalid menahan diri untuk memusingkan badan menghadap sang isteri membuatkan wanita itu mendekati dirinya lalu bahunya diurut lembut. Wanita itu memusingkan kerusinya sehingga dia menghadap wanita itu. Melihat isterinya masih dalam baju tidur seksi yang dipakai wanita itu selama membuatkan dia teringat segala perkara yang mereka lakukan semalam.

Liurnya ditelan. " You taknak baring dengan I dulu ke ? " Soal wanita itu sambil melabuhkan punggung di atas pangkuannya. Jari wanita itu lembut membelai bibirnya membuatkan dia semakin tidak keruan. Mahu saja dia terkam wanita itu sekarang tapi tetap dia tahan supaya pelannya menjadi. Dia menghela berat sebelum mencuba untuk fokus.

" You boleh keluar dulu tak ? I nak buat kerja ni jadi terganggulah. " Dengan rasa berat hati dia menolak perlahan sang isteri dari pangkuannya. Otak suruh fokus tapi hati nak terkam isterinya. Dapat dia lihat perubahan wajah wanita itu tetapi dia tetap tabahkan dirinya. I minta maaf sayang.

" No wonderlah you tolak bila I ajak tu. Jahatlah you ni, I nangis tau. " Dadanya dipukul lembut. Khalid menarik badan isterinya supaya lebih mendekat dengannya. " Kalau I sanggup tolak bila you nak manja dengan I tu maknanya I dah gila. " Dicubit lembut pipi sang isteri.

Bahkan jika ditawarkan 100 billion sekali pun, dia lebih rela hidup susah bersama wanita itu. " Mummy, papa. Jum masuk nak ambil gambar. " Suara teriakan anaknya itu membuatkan mereka berdua menoleh ke belakang. Dia memandang ke arah isterinya dengan senyuman. " Let's go through everything together. I love you sayang. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now