8

489 26 0
                                    

" Akak rasa Tuan Khalid suka Damialah. "

Damia tersedak apabila mendengarkan kata-kata yang dikeluarkan oleh wanita dihadapannya itu. Nasib dia bukan sedang minum air panas kalau tidak terbakar tekaknya. " Apa akak mengarut ni ?! " Dia cuba menenangkan diri sendiri tapi otaknya masih memikirkan kata-kata wanita itu. Entah apa yang wanita itu lihat sehingga mampu mengeluarkan pernyataan sebegitu.

" Takdalah, akak cakap apa yang akak rasa dan nampak. Tuan Khalid jarang jaga P.A. dia. Sebelum ni dia tak kesah pun P.A. dia tergolek ke apa ke tapi dia kesah fasal Damia. Weird is it ? " Penjelasan wanita dihadapannya itu sedikit sebanyak membuatkan dia berfikir semula.

" Damia, tak perlu buat tu. "

" Damia, no ! "

" Damia ! "

Hanya kerana tangannya yang melecur, satu apa pun tidak dia dapat lakukan. Lelaki itu mati-matian menghalangnya dari melakukan apa-apa malah dia disuruh pulang ke rumah kerana takut dia kenapa-napa.

" You duduk dalam office I ni je, teman I kerja. "

Diamnya Damia membuatkan wanita itu tersenyum kecil. " Akak dah boleh mula panggil Mrs. Khalid ke ? " Dia memberi jelingan tajam pada wanita itu. Ada je nak kenakan dia dengan pakcik tua tu. Bukan dia tak suka tapi dia segan. Siapa je tak mahu dipasangkan dengan lelaki yang sekacak itu.

" Ehem ehem. " Suara yang amat mereka kenali itu membuatkan mereka terkaku.

" Sedapnya mengumpat orang dekat pantry, tak nak ajak saya sekali ke ? " Damia yang membelakangi lelaki itu sedaya upaya menerbitkan senyuman palsu dibibirnya sebelum memusingkan badannya menghadap lelaki itu. Bukan dia tak kenal suara itu, dia kenal sangat. Tapi letih juga dia mahu pura-pura melayan lelaki itu.

" Eh Encik Syafiq. Mana ada kitaorang mengumpat sesiapa. " Dia menyiku perlahan wanita disebelahnya itu sambil bibirnya masih cuba mengukir senyuman. " Ha'ahlah Syafiq, mana ada kitaorang mengumpat. Damia ni tanya dia sesuai pakai baju warna gelap ke warna terang. " Akal wanita itu sungguh laju memikirkan apa yang perlu dikatakan.

Lelaki bernama Syafiq yang sedari tadi berdiri ditempat yang sama kini mulai bergerak ke arahnya. Dia pula mengundurkan diri sehingga badannya bersandar pada dinding. Bergetar kakinya. " Hey don't be afraid. I just wanna say that you look beautiful in every colour. "

Dia hanya tertawa kecil bagi menutup rasa kekok dalam dirinya. Mana taknya, jarak dia dan lelaki itu betul-betul dekat. Hampir termuntah dia dengar kata-kata manis yang keluar dari mulut lelaki itu. Meremang. " Did I pay you to flirt with girl in the office, Syafiq ? " Suara garau yang menyapa telinga Syafiq terus membuatkan lelaki itu menjauhi dirinya.

" No, Tuan Khalid. I'm sorry, I'll go back to my wo- "

Belum sempat lelaki itu berlalu pergi, Tuan Khalid terlebih dahulu menahan Syafiq. " Don't you dare touch that girl, Syafiq. She's mine. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now