37

355 13 0
                                    

" Damia. "

Fail yang dipegang itu diletak di atas meja gadis itu. Perlahan-lahan gadis itu mendongakkan kepala untuk memandang ke arahnya dengan wajah bingung. Wajah comel gadis itu membuat Khalid menggigit kecil hujung bibirnya. Sungguh dia geram jika Damia membuat wajah sebegitu. Khalid, take a deep breath. Fuh, you got this.

" Bagikan file ni dekat Sarah suruh dia bagi dekat budak accountant tu. " Gadis itu menyengetkan sedikit kepalanya sambil memuncungkan bibirnya. Tahu sudah apa yang bermain difikiran gadis itu. " Kenapa tak suruh I je, Tuan ? I pun boleh pergi hantarkan. " Dia memandang gadis itu sambil menahan geramnya.

" Sebab budak tu lelaki ! "

Dia ragu betul kalau nak menyuruh gadis itu lakukan sesuatu yang akan melibatkan lelaki lain. Bukan gadis itu boleh disorokkan kegatalannya pun. Semua orang pun dia nak try. Kalau dah Damia sebarkan personanya, lelaki pasti akan jatuh hati pada gadis itu. " Omg you, baik I tak payah kerja dekat office you kalau macam tu. Baik I kerja dekat rumah you je. "

Terangkat keningnya mendengar kata-kata itu. " Great idea. So now you're fired. " Terngangga mulut Damia mendengar kata-kata lelaki dihadapannya itu. Sungguh dia tak percaya lelaki itu sanggup berkata begitu pada dirinya. Dia hanya bergurau. Apa lelaki itu tidak tahu maksud bergurau ? Joking joking saja. Kenapa perlu serius sepanjang masa ?

" But I..I don– "

Laju lelaki itu memotong bicaranya membuatkan dia tak sempat menghabiskan kata-katanya. " I tak nak dengar apa-apa. Today is your last day, nanti I suruh Ikmal packkan semua barang you ni. " Dingin bicara lelaki itu. Tanpa perasaan dilontarkan kata-kata itu.

" But whyyyyyy. "

Lelaki itu merenung matanya membuatkan dia mahu mengalihkan pandangannya tetapi dia tak mampu. Sungguh menggoda. " Cuz I tak nak bakal isteri I kerja susah-susah. " Do you guys heard that ? Or it just me ?

" What did you just say ? " Lelaki itu tiba-tiba mengukir senyuman selepas Damia menyuruh lelaki itu mengulangi kata-katanya. " Ye, I nak you jadi isteri I. Ada bantahan ke ? " Semakin lebar senyuman Damia mendengar kata-kata itu. Akhirnya dia dapat mendengar lelaki itu mengajaknya berkahwin.

Senggihan kecil muncul dibibirnya apabila dia terfikirkan sesuatu idea yang jahat. " Ada. Mana ada lelaki ajak perempuan kahwin dengan cara yang tak romantis ni. I tak terima and I akan tetap kerja sini selagi you tak ajak I dengan cara yang romantis. " Sengaja dia memainkan lelaki itu. Dia tahu Tuan Khalidnya itu takkan buat apa-apa yang berunsur romantis. Setakat beri dia bunga, itu tak cukup romantis baginya.

" You yang cabar I. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now