29

372 16 0
                                    

" Damia, good morning. "

" Damia, lunch with me ? "

" Damia you boleh balik awal kalau you nak. I tak kesah. "

Khalid menggosok-gosok kepalanya selepas dia kehabisan idea. Dia mana pandai nak memujuk wanita. Pada mulanya dia tak peduli jika pembantu peribadinya itu marah padanya tetapi selepas beberapa minit hatinya jadi resah gelisah. Seperti ada yang tak kena.

Jadi, sepanjang hari langsung dia tak dapat melakukan apa-apa kerja dan hanya memikirkan cara memujuk hati gadis kecil itu. Lain betul rasanya bila telinga ni tak mendengar bebelan gadis itu. Lain betul rasanya bila mata ni tak melihat wajah gadis itu. Selalunya ada saja idea gadis itu untuk mengganggunya.

" Damia, panggil Kak Sarah masuk bilik I now. " Dia menghentak kuat ganggang telefon itu di tempatnya selepas bercakap dengan gadis itu. Entah kenapa selepas munculnya gadis itu dalam hidupnya, segala dalam hidupnya menjadi kucar-kacir. Dia jadi gilakan gadis itu.

" Yes, Tuan Khalid ? "

Sejak Damia bekerja dengan Tuan Khalid, jarang sekali lelaki itu memanggilnya lagi. Entah kenapa hari ini dia disuruh menghadap lelaki itu lagi. Sungguh dia kalau boleh akan mengelak dari masuk ke pejabat lelaki itu kerana terlalu takut. " Sarah, I nak tanya satu soalan je. " Terangkat keningnya mendengar kata-kata lelaki itu. Soalan apa pula ni. Salah apa yang dah dia buat ni.

" Macam mana nak pujuk perempuan ? "

Sarah hampir tergelak disitu selepas mendengarkan soalan yang diajukan. Tuan Khalid, salah seorang pemegang saham terbesar didunia, baru sahaja tanya dia macam mana nak pujuk perempuan ? Wah, luar biasa ni. Lelaki sedingin ais itu bertanya soalan yang tak pernah langsung terlintas dikepalanya.

" Tuan Khalid nak pujuk siapa ? Takkan nak pujuk Kak Maz pula. " Khalid memicit dahinya. Kenapa pula dia nak memujuk si Maznah tu. " No one, I'm just asking. So apa cara yang paling mujarab ? I don't care about the cost. " Dia kaya. Kalau dia nak beli Malaysia ni pun, dia boleh beli. Bukan susah sangat. Dia mahu cara paling mudah saja asalkan gadis itu tidak marah padanya lagi.

" Cara dia senang je Tuan. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now