77

192 4 0
                                    

" Abanglah, Mia dah kata da– "

" You pergi mana ? " Perbualan rancaknya dengan pengawal peribadinya itu tiba-tiba dipotong oleh sang suami yang sedang teguh berdiri ditengah ruang tamu rumah itu. " Keluarlah, kan I dah bagitahu you yang I keluar dengan abang Ikmal. " Lelaki itu memeluk tubuh sendiri sambil membuat muka dingin sedingin ais dikutub utara. Tak, sekarang ni apa salah dia ? " I tanya you lagi sekali, you pergi mana ? "

Berkerut dahinya. " I keluar dengan abang Ikmal, I da– "

" Jantan mana pula you jumpa kali ni ? You hasut Ikmal apa ? " Terngangga mulutnya mendengar bicara lelaki itu. Adakah telinganya yang bermasalah ataupun lelaki itu yang sedang bermasalah ? " What did you just said ? " Damia bertanya untuk mendapatkan kepastian. Dia tak rasa suaminya akan berkata begitu padanya. " I said jantan mana pula you jumpa kali ni ? " Damia tersenyum sinis. Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh.

Usia perkhawinan mereka sudah pun mencecah 2 tahun tetapi lelaki itu masih boleh bertanya soalan seperti itu padanya ? Dia ni takda hati dan perasaan ke ? " You sedar tak apa yang you cakap ni ? You kenapa macam budak-budak sangat ni ? "

" I sedar ! You yang budak-budak, you yang tak matang. I dekat rumah ni macam orang gila call you lepas tu you tak jawab. I ni suami you ke apa ? " Kalau ikutkan hati mahu saja dia tergelak mendengar soalan terakhir lelaki itu. Suami apa yang tanya isteri dia keluar dengan jantan mana. " I tak matang ? I yang salah ? I'm the problem herelah ni ? Okay. You do you, Khalid. I'm done here. " Langkah kakinya diatur kemas ke arah bilik mereka supaya dia dapat membersihkan diri sekaligus menenangkan fikirannya.

" Abang Ikmal, bagi dia apa yang Mia buat tu. "

Mendengar kata-kata isterinya itu membuatkan dia memandang pelik pada pekerjanya itu. Khalid berkerut apabila mendengar keluhan lelaki itu. Satu patung beruang dihulurkan padanya oleh lelaki itu membuatkan dia semakin pelik. " Damia keluar dengan saya hari ni nak buat benda ni untuk Tuan. Proses nak siapkan benda ni je dah berjam-jam, jalan sesak lagi. Tu yang lambat sikit. Damia tak tengok telefon dia sebab fokus sangat buat tu untuk Tuan, Tuan tahu saya tak bawa phone masa bertugas dengan Damia. "

Penjelasan Ikmal itu membuatkan dia mahu menghentak kuat kepalanya didinding rumahnya itu. Khalid, kenapa suka menuduh melulu-lulu ?! Kenapa biarkan rasa cemburu tu menguasai diri ?! " Tuan tekan perut patung tu nanti ada suara yang Damia record untuk Tuan. Tuan bincang elok-elok dengan dia, dia tengah penat dan harap Tuan suka hadiah dia ni tapi Tuan pula... "

" Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu ye Tuan. "

MS: Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now