" You, I nak per– "
" No. "
" Keluar sekejap eh ? "
" No. "
" I– "
" No ! "
Damia mengeluh berat. Parah dah keadaannya ini, sudah seminggu sejak kejadian dia bertemu dengan Ad dan sejak itu jugalah suaminya itu tidak benarkan dia keluar rumah. Lagikan sekarang suaminya itu bekerja dirumah sahaja, makin senang lelaki itu memantau pergerakannya. Dia sedar itu kesilapan dirinya sendiri dan dia menyesal tapi lelaki itu masih 'mengurung' dirinya di rumah itu.
Ini tak boleh jadi. " You~ " Sengaja dia merengek manja supaya lelaki itu cair padanya. Dipusingkan kerusi lelaki itu supaya menghadap dirinya lalu dia segera duduk diatas pangkuan lelaki itu dengan muka selamba. " You ! I dah katakan masa kerja I dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. It is not the right time to do 'that'. " Damia mengeluh kecil.
Itu saja yang boleh fikirkan oleh otak suaminya itu. " Bukan, I bosanlah duduk rumah. Can I go out ? I bawa Hani. " Lelaki itu menatap matanya dengan pandangan yang sangat lembut. Bukan dia boleh lihat suaminya macam tu, cair hati ni. Dapat dia rasa wajahnya merona merah hanya kerana ditatap oleh lelaki itu.
" Bukan I tak bagi, you tulah. Mata tu tak boleh kalau pandang lelaki lain, lepas tu bila ada lelaki yang dekat dengan you mulalah melayan. " Lelaki itu mengusap-usap lembut perutnya yang semakin hari semakin membesar. Entah kenapa dia suka sangat bila lelaki itu lakukan perkara itu.
" Baby, jaga mummy elok-elok eh. Jangan bagi mummy bosan, papa buat kerja dulu tau. Kalau mummy nakal, bagitahu papa terus. " Ucap lelaki itu kepada perutnya.
Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman. Disebalik segala wajah serius suaminya itu, ada sisi lembutnya dan yang paling dia gembira ialah sisi lembut itu hanya dapat dilihat oleh dirinya. " Yelah, I duduk rumah je. Mengadalah. Dahlah I nak pergi lepak dengan abang Ikmal dekat bawah. " Belum sempat dia bangun dari pangkuan suaminya itu, lelaki itu menghalangnya.
Lelaki itu mengecilkan mata sambil bibir memuncung. Damia tertawa kecil melihat wajah cemburu suaminya itu. Dia sengaja mengusik lelaki itu kerana wajah cemburu lelaki itu sungguh comel bagi dirinya. " You memang tak boleh jauh dari Ikmalkan ? I jealous tau. " Dia mengucup lembut bibir suaminya itu sebelum perlahan-lahan bangun dari duduknya itu.
" Papa kerja elok-elok ya, we love you. "
![](https://img.wattpad.com/cover/208965169-288-k21862.jpg)
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomanceShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...