40

377 14 0
                                    

Damia menggeleng kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damia menggeleng kecil. Gelagat manusia-manusia di dalam group itu seperti kanak-kanak padahal masing-masing sudah lanjut usia. Dia boleh terhibur hanya dengan berbual dengan mereka lewat aplikasi Whatsapp itu. " You tak nak makan ke ? " Khalid meletakkan sudu serta garpu miliknya selepas melihat makanan gadis itu langsung tak berusik.

Lagikan gadis itu dari tadi tersenyum-senyum sambil melihat telefon. Entah siapalah yang membuatkan gadis miliknya itu tersenyum. Dia ulang sekali lagi. Gadis MILIKNYA. Sila baca ulang-ulang perkataan itu ya. " You dah janji dengan I eh nak berhenti kerja lepas you terima lamaran I. " Tanpa banyak soal, gadis itu mengangguk.

Dia betul tak puas hati ni. Nampaknya gadis itu sedang mengabaikannya. Entah apa yang lebih seronok daripada makan berdua dengannya. Kalau perempuan lain, berebut-rebut mahu berduaan dengannya. " Minggu ni I bawa rombongan meminang ke rumah you. Minggu depan kita tunang and next month kita kahwin. " Akhirnya gadis itu menutup telefon bimbitnya lalu menatap wajahnya lama.

" Betul tak sabar nak kahwin dengan I ni. Semua benda nak buat dalam masa terdekat. "

Kata-kata gadis itu membuatkan dia nampak seperti lelaki gatal tapi dia bukan. Dia hanya tak mahu gadis itu jatuh ke tangan lelaki lain. Dia mahu segerakan apa yang boleh disegerakan.

Perlahan dia mengusap tangan gadis itu. " I tak nak lepaskan peluang yang I dapat. Kalau lagi lama I tangguhkan, lagi I sakit hati tengok you flirting dengan semua lelaki. " Gadis itu hanya mengangguk kecil sambil tersenyum.

" Okay I ikut you. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now