28

382 17 3
                                    

" Damia, Damia jangan macam ni. "

Walaupun dihalang gadis itu masih mahu meneruskan langkahnya tanpa ragunya. Sudah berbuih mulut Puan Maznah menghalang gadis itu daripada naik ke tingkat tiga dimana tingkat itu ialah kawasan larangan bagi semua orang. Kawasan peribadi Tuan Khalid yang takkan ada orang yang berani jejak tanpa kebenaran.

Mereka yang sebagai orang gaji pun naik ke situ satu kali sehari, itu pun untuk mengemas tingkat itu. Tapi bukan kerana itu dia terlalu berusaha menghalang gadis itu. Digaru kepalanya yang tidak gatal itu. Sungguh keras kepala. " Damia ! " Walaupun namanya dijerit berapa kali pun dia tetap mahu naik. Apa salahnya naik ke bilik bakal suaminya. Bakal suami sangatkan.

" Pak– "

Langkahnya perlahan-lahan terhenti, senyumannya perlahan-lahan menghilang dari bibirnya. Wajah yang tadinya ceria menjadi keliru. Otaknya cuba mencerna segala yang dia lihat dihadapannya itu. Is it real ? Dia mahu minta seseorang menampar dirinya sekarang. Jujur dia katakan, dia lebih berharap sekarang adalah mimpi. " Da..Damia. "

Lelaki itu segera menolak wanita yang sedang duduk di atas pehanya sewaktu dia melihat mereka. " Damia ni semua salah faham, trust me. " Lelaki itu cuba mendekatinya tetapi Damia pula semakin lama semakin menjauhi lelaki itu. Dia tidak mahu terima bahawa ini adalah realiti.

" This isn't real, yah this is just a dream. No a nightmare. "

Tak mungkin sugar daddynya itu akan buat bukan-bukan dengan perempuan kaki lidi itu. Ini baru budak kecil. Semua benda pun kecil. Faham-faham sendirilah apa yang kecil tu. " You, siapa pula budak tak cukup umur ni ? " Budak tak cukup umur ? Damia tersenyum sinis. Tak cukup umur ?

Dia habis belajar diusia muda, kalau dia tidak bekerja dengan Tuan Khalid, dia sekarang akan jadi CEO di syarikat papanya. Budak tak cukup umur ni lagi baik dari perempuan kaki lidi tu. Sejuta kali lebih bagus dari perempuan itu. Dia ada segalanya. " Rita, shut up ! Or I'll kill you. "

Kata-kata ugutannya itu berjaya membuatkan wanita itu terdiam. Khalid memandang Damia dengan wajah bersalah. Dia dapat lihat kesedihan dalam wajah gadis itu. Apa nak jadi dengan kau ni, Khalid ?! Dia berjanji dengan rakan baiknya untuk menjaga gadis itu dengan baik tapi sudah berapa kali gadis itu menangis kerananya.

Sebelum Damia datang berjumpa dengannya, Rita datang berjumpa dengannya secara tiba-tiba. Bukan main gedik lagi perempuan tu memegang-megang tangannya. Dan tiba-tiba sahaja Rita kata dia pening dan ketika itulah Rita terduduk dipehanya. Kebetulan pula, Damia datang.

" I can explain, Damia. "

Belum sempat dia menghalang gadis itu, laju gadis itu berlari ke bawah. Makin susah untuk dipujuk gadis itu kalau begini caranya. Dia akui salahnya itu. " Damia ! " Langsung tak menjawab mahupun menoleh membuatkan dia semakin resah. Dia tak mampu kehilangan gadis itu. Tolong.

" Damia Aleeya ! " Laju langkah gadis itu keluar dari rumah agamnya itu. Dah jadi satu masalah ni.

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now