Damia mengeluh kecil buat kali ke seribu. Dia sungguh bosan mendengar segala perbualan orang-orang di hadapannya itu. Sudah hampir satu jam setengah mereka berada disana dan yang dia lakukan hanya duduk berdiam diri kerana lelaki itu kata tidak perlu mencatat apa-apa dahulu. Jadi dia hanya menjadi batu.
" Damia, orderkan 3 coffee untuk client kita. " Dia hanya mengangguk kecil lalu bangun dari duduknya untuk ke kaunter kafe itu.
Pergilah restaurant ke hotel ke untuk bincang, ni datang kafe. Low class sangat. Paling-paling pun pergilah tempat yang boleh mereka memesan makan berat. Dia lapar. " 3 black coffee. " Selepas selesai membayar dengan kad kredit syarikat yang diberi oleh lelaki itu sebelum ini, Damia berdiri ditempat yang sama sambil menongkat dagunya. Dia asyik memandang ke arah Tuan Khalid yang sedang sibuk berbincang itu.
Dari kepala sehingga ke kaki, sangat sempurna. Rambut hitam yang elok terletak, kening boleh tahan tebal, mata berwarna hazel itu bersinar-sinar, hidung mancung, jambang halusnya tetapi sangat rapi tapi yang penting, bibir lelaki itu. Paling dia geram. Tebal dan gebu.
" Cik ? "
Pelayan kafe itu melambai-lambai tangannya dihadapan muka Damia bagi menyedarkannya dari lamunan. " Huh ? " Damia memandang pelik ke arah gadis yang berdiri di hadapannya itu. " Your coffee. "
" Yes– my coffee, thank you. "
Akibat berangan fokusnya entah kemana. Dia menatang dulang itu dengan berhati-hatinya tapi bila orang kata malang tak berbau, malang memang tak berbau ! Malah dia rasa malang tu buta ! Seseorang berjaya melanggar Damia dan membuatkan suitnya basah.
Mango wool suit blazer yang baru sahaja dia beli minggu lepas sah bercium dengan kopi. Alhamdulillah tak perlu dia pakai minyak wangi lagi, cukup satu badan bau kopi. Dengan panasnya lagi. " I'm really sorry, I tak sengaja. " Boleh dia menangis sekarang ? Baju dia pakai ni mahal kot ! " I.. I ganti baju you. "
Lidah Damia benar-benar terkelu sekarang sehingga dia tak mampu mengeluarkan makian pada lelaki di hadapannya itu walaupun dia mahu. Syukur bajunya agak tebal dan tidak menyebabkan dia melecur satu badan. Cuma kedua belah tangannya saja yang berjaya dilecurkan. " Excuse me, where's the toilet ? " Dia bertanya pada pelayan kafe itu dan mengabaikan lelaki dihadapannya.
" I can pay you. " Lelaki itu menggenggam lengannya dan dia cuba merentapnya tetapi tidak berjaya. Dengan tangannya yang sedang sakit membuatkan dia langsung tak berdaya. Pedih tahu bila tangan melecur. " Let go of me ! " Sudah dia cuba melepaskan diri lagi tetapi genggaman lelaki itu terlalu kuat.
" Young boy, you've to treat woman kindly. Nak minta maaf memang kena berkasar ke ? " Kehadiran Tuan Khalid disitu tidak membuatkan lelaki itu melepaskan genggamannya malah lebih kuat tangannya digenggam. " PLEASE let her go. " Semakin kuat suara Tuan Khalid.
Kedengaran lelaki itu tertawa sinis. " I tell you one more time. Let. Her. Go. " Lelaki itu masih berdegil malah menggenggam lengannya semakin kuat. " Kau nak buat apa kalau aku tak lepaskan dia ? Kau siapa je ? Pak cik tua ? " Membulat matanya mendengar kata-kata lelaki itu. Kalau dia jadi lelaki itu, sudah dia berlari seperti lipas kudung.
" Look man, I can't just punch you here. My client is watching me right now, kita settle cara matang. "
Orang disekeliling mereka berbisik-bisik malah ada yang mengambil video. Kalau ikutkan hati Khalid, mahu saja dia bagi lelaki itu merasa penumbuknya tetapi memikirkan yang client pentingnya ada di situ, dia menahan hasratnya. Dia tahan dirinya dari melakukan sesuatu yang bakal dia sesali.
" Okay kalau tak nak settle cara matang, takpa. My father is a police officer, so I'm gonna call him an– " Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, lelaki itu sudah terlebih dahulu melarikan diri. " Not that hard. " Entah macam mana lelaki itu boleh terpedaya dengan tipu helanya itu, ayahnya pemilik syarikat yang dia pegang sekarang bukannya polis.
Dia mengalihkan pandangan pada P.Anya yang sedari tadi seperti sudah berada dialam lain. " Damia ? Are you okay ? " Perlahan-lahan wanita itu menggeleng sambil matanya memandang kosong ke satu arah. Sungguh dia kasihan pada wanita itu. Pagi tadi sudah Damia ditengking olehnya, ni pula diperlakukan sebegitu.
" Let's go home. "
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomanceShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...