" Tahniah puan mengandung. "
" Wait what ?! " Entah bagaimana boleh mereka berdua menjerit perkataan yang sama serentak. Adakah dia salah dengar ? Dia seperti berada dalam mimpi sekarang. " Yes, sir. You'll be a father soon. Congratulations. " Doktor itu kembali menyakinkan dirinya membuatkan matanya berkaca-kaca.
Perlahan-lahan Khalid memandang isterinya itu lalu senyuman paling lebar muncul pada bibirnya. Dapat dia lihat gadis itu mengalirkan air mata sambil menundukkan kepalanya. " Ya Allah, sayang. You're pregnant. Alhamdulillah. " Dia menarik gadis itu dalam dakapannya lalu memberinya beribu kucupan.
" Kandungan Puan Damia baru berusia dua minggu, masih baru. Tapi tetap jangan selalu sangat buat kerja-kerja berat. Suaminya pun kena tolong jaga Puan Damia ni. Jangan bagi stress sangat sebab boleh effect pada kandungan tu. " Panjang lebar nasihat doktor itu dan dia hanya mengangguk kecil sambil memastikan segala nasihat itu melekat diingatannya.
Pasti dia akan menjaga isterinya itu. Walaupun sebelum isterinya mengandung, dia sudah pun melayan gadis itu seperti ratu. Apatah lagi selepas gadis itu mengandung.
" Terima kasih doktor. " Diberikan senyuman selebarnya pada doktor perempuan itu lalu dibawa isterinya keluar dari bilik itu. " Ya Allah, I mimpi ke ni ? We'll be parents soon. " Lembut dia memeluk badan isterinya itu kerana dia terlampau terharu. " Syukur pada Allah. Lepas ni takda Tok Aki kata you mati pucuk dah. Lepas ni boleh I tayang-tayang perut besar I. "
Dia menghujani isterinya itu dengan kucupan didahi kerana dia terlampau gembira. Sungguh dia tidak risau bila isterinya belum mengandung tapi kadang cuma rasa beli sedangkan mereka bersama hampir setiap minggu. Tapi dia hanya mampu berdoa untuk Allah hadirkan zuriat untuk mereka berdua.
" Jom balik bagitahu semua orang. " Sebelum sempat lelaki itu membuka pintu kereta untuk dirinya, Damia memegang kedua-dua tangan lelaki itu.
" You, terima kasih tau sebab stay dengan I sampai sekarang. I harap you stay dengan I sampai bila-bila. Jangan tinggalkan I. " Perlahan-lahan lelaki itu melepaskan satu tangannya lalu mengusap lembut kepalanya.
" Kalau bukan kerana Allah yang mengizinkan kita kahwin, kita tak akan sampai sini. Kerana Allah, I jadikan you isteri. Kerana Allah, I jaga you sedaya I. Kerana Allah, I bakal jadi ayah untuk anak kita. I tak boleh janji yang I ni paling baik tapi I boleh janji yang I akan cuba paling baik untuk future kita. "
Bicara suaminya itu membuatkan dia terharu. Dia ingatkan selama ini suaminya hanya fikiran kerja dan 'itu' tetapi rupanya disudut terdalam hati lelaki itu, dia mementingkan kebahagiaan dan keberkataan Allah dalam rumah tangga mereka. Sungguh lelaki itu punya sisi lain yang dia tidak tahu.
" I love you. "
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomanceShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...