66

345 8 0
                                    

" Abang Ikmal, bagilah sini ! "

" Wek wek tak nak. "

Ikmal yang jauh lebih tinggi dari Damia itu hanya perlu mengangkat tinggi tangannya bagi menghalang dia dari merampas telefon bimbit itu. Dia hanya mampu mengeluh berat. " Mia bagitahu pak cik. " Sengaja diugut lelaki itu menggunakan nama suaminya kerana dengan hanya menyebut nama suaminya itu sudah boleh buat orang terkencing.

" Kalau nak abang hilang kerja, pergilah mengadu. " Lelaki itu tahu yang dia takkan pernah pergi mengadu apa-apa tentang mereka kepada suaminya kerana dia sudah menganggap yang mereka itu keluarganya. Keluarga takkan menjatuhkan keluarganya.

" Abah, abang Ikmal buli Mia ! Tolong Mia ni. " Bapa mertuanya yang sedang membaca surat khabar itu terus meletakkan surat khabar itu di atas meja selepas mendengar aduannya. Jangan main-main, banyak yang sokongnya disini. " Mal, jangan dikacau anak kesayangan abah tu. Tongah mengandung eh budak tu. "

Damia menjelirkan lidahnya pada Ikmal apabila lelaki itu memberi telefon bimbitnya selepas ditegur oleh bapa mertuanya. " Eh by the way, pak cik pergi mana ? " Perlahan dia berbisik pada pengawal peribadinya itu. Dia tak mahu bapa mertuanya itu dengar yang dia gelarkan suaminya 'pak cik'.

" Katanya nak ke sawah belakang rumah tu, nak berjemur hitamkan kulitlah kot. " Dah kenapa ke sawah untuk berjemur pula. Dah cukup cantik dah warna kulit tan lelaki itu. Kenapa tak pergi pantai berjemur ? Kenapa pergi sawah ? " Takdo eh berjemur bagai, dio poigh sano nak bersawahlah. Mandai yo kau, Mal. "

Tak sangka pula perbualan mereka berjaya ditangkap oleh telinga bapa mertuanya. " Alah, bah. Mal konokan sikit yo budak ni. " Diberi lelaki dihadapannya itu jelingan setajam pisau. Menipu ke kerjanya. " Dahlah. Abah, Mia nak pergi sawah tu tau. Assalamualaikum. "

" Eh sobolom abah jawab salam ekau tu, bawa sekali mangkuk tingkat kek dapo tu bagi Khalid makan. Hah waalaikumusalam. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now