73

265 6 0
                                    

" Alah kiss mark ni hilanglah dua tiga hari nanti, macam tak biasa. Bukan banyak sangat. "

Damia menenangkan suaminya itu sambil tangannya masih menekap-nekapkan ais batu itu disetiap tanda keunguan dibadan lelaki itu. Tak tahulah, orang kata ais boleh kurangkan kiss mark ni. Kalau tak cuba dia takkan tahu hasilnya macam manakan ? Jadi dia cuba sajalah segala cara yang ada untuk pudarkan tanda itu.

" I yang kena tanggung ni, you sedap-sedap je meluaskan 'karya agung' you. Meh sini I buat dekat you pula. " Suaminya mula mendekati lehernya itu dan dengan segeranya ditahan dahi lelaki itu dengan muka tidak berperasaan. " I ni kena bergaul dengan orang dekat rumah ni so tak boleh ada cop mohor dekat badan I. You takpa. "

Khalid memandang isterinya itu dengan mata sekecil-kecilnya. Geram je dia dengan wanita itu. Kalau tanda itu berada dikawasan yang tidak dilihat orang tidak mengapa tapi wanita itu menandainya tanpa segan dikawasan yang jelas sekali akan dilihat orang. " I rasa nak work from home jelah, biar budak lain yang uruskan syarikat tu. " Kata-katanya itu berjaya membuatkan sang isteri teruja. Sangat teruja sehingga gadis itu merangkul tangan dilehernya.

" Serius ni ?! "

Dia hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaan isterinya itu. Nampak macam wajahnya itu tidak serius ke ? " So you just uruskan syarikat tu from homelah ? And you can be with me all the timelah ni ? " Sekali lagi dia mengangguk.

" Yeaaaahhh ! " Wanita itu mengucup berkali-kali bibirnya dengan terujanya sebelum tindakan itu terhenti secara tiba-tiba. " Eh so tak payahlah risau lagi fasal kiss mark ni. I tambah lagi nak ? " Berkali-kali wanita itu mengangkat kening sambil menggodanya. Bibir wanita yang sedang duduk di atas pangkuannya itu cukup dekat membuatkan jantungnya berdegup laju.

" I rasa memang ibu mengandung ni nafsu dia lain macamlah. Menggatal je. " Damia hanya mengangkat bahunya tanda dia tak tahu. Dia minta dari suaminya bukannya dari suami orang lainkan ? Tak dosa pun. Kalau dia minta dari lelaki lain baru perlu dipertikaikan.

Keadaan hening seketika membiarkan mereka berdua saling bertatapan sambil bibir sentiasa mengukir senyuman lebar. Kacak sungguh suaminya itu. Tiba-tiba akal jahatnya muncul. " I takpa kalau asyik mengatal je, you tu hah. Kuat lagi ke nak layan I ? " Sengaja dicabar kejantanan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu tak suka dicabar.

" Untuk tentukan I ni kuat lagi ke tak tu, you je boleh buat. " Uhhh semakin menarik keadaan ni. Dia suka dia suka.

" Satu cara je nak tahu you kuat ke tak. Do you want to know ?  " Suaminya itu tersenyum sinis sebelum mengangkatnya dari pangkuan lelaki itu. " Sure, I want to know about it. " Lelaki itu menjatuhkannya di atas katil mereka dengan senyuman sinis masih terukir dibibirnya. Untung sajalah keseluruhan dinding tingkat tiga itu kalis bunyi dan kalau ada yang nak masuk ke tingkat tiga ini perlu melalui satu pintu yang perlukan kod laluan.

Jadi, mereka selamat.

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now