" Berapa umur anak kau ni ? "
Damia mula bertanya pada kawannya itu sambil menunggu yang lain membeli air. Dia mencubit lembut pipi anak rakannya itu. Comel sungguh. " Baru 3 tahun. " Dia tersenyum melihat anak kecil yang duduk berhadapannya itu. Kecil-kecil dah kacak, nanti dah besar jangan jadi playboy pula.
" Kau bila nak ada anak ? Ke kau yang tak nak anak ? Yelah dulu time belajarkan kau macam liar-liar sikit and selalu kata kau tak nak anak. " Dia hanya mampu menundukkan kepalanya.
" Kata-kata tu doa Mia. "
Memang dahulu dia liar, memang begitulah kehidupan remaja. Ingin hidup bebas, tak ingin fikirkan tentang tanggungjawab. Memang dulu dia kerap kata yang dia tak mahukan anak kerana tak ingin rasa terbeban. Diusia remaja yang ingin melangkah ke usia dewasa, siapa je yang tak fikir macam tu ?
" Tu dulu, sekarang lain. Aku pun tengah usaha dengan suami aku. " Perlahan dia memegang perutnya masih leper itu. Nak juga dia tahu bagaimana rasa mengandung itu tapi mungkin belum rezekinya. Lagipun usia perkahwinannya masih awal bukan ? Kenapa orang sibuk-sibuk mahu menyuruhnya mengandung sekarang ?
" Entah-entah suami kau tu mati pucuk tak. Yelah dah tuakan. " Belum sempat dia mahu membalas kata-kata kawannya itu, Hani terlebih dahulu menyampuk perbualan mereka.
" Ya Allah, Jiha. Kau dari dulu sampailah dah anak ni pun mulut puaka. Cubalah tunjuk sikit contoh dekat anak kau ni. Muka kau dah cantik, kalau mulut tu pun cantik lagi bagus. Dah pergilah, Dina panggil kau. Bawa anak kau sekali. " Panjang bebelan wanita itu.
Selepas kawan mereka itu berlalu pergi, Hani duduk di sebelahnya lalu memandangnya dengan pandangan yang sangat tajam. Dia hanya mengabaikan jelingan itu kerana dia tahu dia bakal dibebel. " Dah puas dah kena kutuk ? " Damia hanya mencebikkan bibirnya.
" You pun tahu mulut dia tu takda insurans lepastu pergi berbual dengan dia. Bukankah kita dah masukkan dia dalam blacklist kita ? " Damia mengangguk kecil.
" I just wanna ask her about her baby pastu tiba-tiba dia kutuk-kutuk I. I'm so sad. " Walaupun dia tersenyum didepan rakannya tadi, hatinya terasa seperti dihiris sepanjang mendengar kata-kata pedas rakannya tadi. Mati pucuk ? Suaminya itu sihat sejahtera dan dia pasti bukan mati pucuk punca perutnya belum terisi. Belum rezeki saja.
" Hey, kenapa ni ? " Kehadiran suaminya di situ membuatkan dia memasangkan senyuman palsunya bagi menutup kesedihannya. Dia bukan jenis yang mengadu tapi Hani sebaliknya.
" Takdalah tadikan ad– auch. "
Belum sempat Hani mengadu apa yang terjadi tadi pada suaminya, dia terlebih dahulu mencubit peha gadis itu bagi menghalangnya. Tanpa segan-silu wanita itu cuba membongkarkan apa yang berlaku pada dirinya pada suaminya yang gila saat marah itu. " Tadikan apa ? Cerita habis-habis boleh tak ? "
Hani hanya tersenyum kecil sambil tangannya mengusap-usap peha yang dicubit tadi lalu menggeleng kecil membuatkan lelaki itu berkerut kecil. " Takdalah tadi Mia kata dia rindu nak balik rumah mak mertua dia. Katanya balik dari Korea terus nak ke sana. " Entah lelaki itu percaya atau tidak kata-kata wanit itu.
" Ouh kalau macam tu okaylah. Lepas balik Korea kita pergi balik kampung I dekat Pahang tu. Umi pun rindu dekat you. " Dia hanya mampu tersenyum walaupun hatinya sedang menangis.
Hani ni memang sengaja. Dia sebenarnya tak gemar sangat balik kampung. Bukan tak suka, tak gemar sahaja. Sepanjang mereka berkahwin, boleh kira berapa kali mereka balik ke kampung itu. Dia bukan mahu menggelarkan dirinya gadis bandar cuma dia lebih sukakan suasana bising dibandar daripada suasana tenang dikampung.
" Hani ikut kita sekali. " Gadis itu mengigit hujung bibirnya. Niat nak mengenakan rakannya tapi diri sendiri yang terkena. Aduhai.
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomanceShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...