5

544 20 0
                                    

" Assalamualaikum Bang Syam, Kak Nab. Sihat ? " Khalid menyalami rakan baiknya itu lalu memberikan pelukan yang erat. Rindu sungguh dia dengan rakannya itu, sudah lama tidak berjumpa lelaki itu. Selepas ayahnya, lelaki itulah salah seorang mentornya. Banyak dia belajar dari lelaki itu.

" Alhamdulillah sihat je. Kau tu khalid, sihat ke tak ? Badan makin sado. "

Lelaki itu memicit-micit lengannya membuatkan dia rasa segan. " Biasalah bang, workout sikit. Aku ikut kau punya jejak langkahlah bang. " Lelaki dihadapannya itu memang mempunyai badan yang diidamkan semua lelaki. Umur dah lanjut pun badan masih mantap. Masih nampak muda kerana sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

" Meh duduk dulu, kak Nab tengah siapkan meja. Kita borak dulu dekat ruang tamu. " Lelaki itu berjalan ke arah ruang tamu rumah mereka yang cukup luas untuk keluarga kecil lelaki dihadapannya itu. Sangat luas. Tak dapat diragukan lagi kejayaan lelaki itu semua dari hasil titik peluhnya sendiri. " Kau tahu tak kenapa abang ajak kau makan hari ni ? "

Dia memandang ke arah lelaki itu sambil menggelengkan kepalanya. Sungguh dia keliru kenapa tiba-tiba dia diajak makan bersama tapi dia hanya bersetuju memandangkan dia merindui rakannya itu. " Tulah bang, aku dari semalam terfikir sebab abang ajak aku makan ni. " Lelaki itu memandangnya sambil tersenyum membuatkan Khalid semakin tertanya-tanya.

" Kau tahu anak abang, Damia yang kerja dengan kau tukan ? " Dia mengangguk kecil. Memang dia tahu Damia itu anak lelaki itu tetapi dia terima Damia bukan kerana itu tetapi memang Damia layak. Dia meneliti setiap kemahiran yang wanita itu ada sebelum menerima wanita itu kerja dengannya.

" Abang minta tolong kau satu je, tolong jaga dia– " Dia berkerut seketika. Setakat nak suruh jaga wanita itu, boleh je. Lagipun dia memang akan jaga pekerjanya, tidak masalah pun soal itu. Memang tanggungjawabnyakan ?

" –sebagai isteri. "

Hampir terkeluar bola matanya mendengar permintaan lelaki itu. Entah dia yang salah dengar ataupun lelaki itu yang bercakap begitu dengan sengaja. " Bang ! " Suaranya meninggi apabila memikirkan kembali permintaan yang dianggap GILA itu. Dia tak sangka lelaki yang dianggap hebat itu sanggup aturkan kehidupan anaknya sendiri.

" Bukan abang nak jual anak abang, Lid. Bukan abang nak aturkan hidup dia. Abang minta kau kahwin dengan dia sebab abang rasa kau boleh jaga dia. Kau cubalah buka hati untuk dia, kau pun buat dia jatuh cinta dengan kau. Abang percaya kau lelaki yang terbaik untuk dia. Abang tak nak dia jatuh cinta dengan lelaki yang bukan-bukan. Abang percaya kau, Khalid tapi kalau bukan jodoh takpa, kau cuba je dulu. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now