70

276 9 0
                                    

" Seronok I tengok isteri I macam ni, bagus-bagus. " Khalid mengusap lembut kepala isterinya yang elok dibaluti tudung itu sambil tangan mereka memimpin antara satu sama lain. Sejuk matanya memandang sang isteri. " Yelah, I pun seronok. Tapi mesti you lagi seronoklah. Jadi Imam, siap ada fans lagi. "

Dia mengeluh kecil. Ingatkan isterinya itu sudah lupa soal itu.

" Apa kata Khalid jadi imam hari ni, dah lama Khalid tak mengimamkan solat berjemaah masjid ni. " Dia hanya bersetuju dengan kehendak imam itu. Lagipun dia memang rindu untuk menjadi imam dimasjid itu.

Selepas selesai bersolat, Khalid berbual-bual bersama penduduk kampung diluar masjid. " Abang Khalid, best abang jadi imam tadi. Tak pernah Lisa jumpa imam macam tu. " Dia berpusing ke arah Lisa yang sedang tersenggih-senggih itu lalu dilemparkan wanita itu sebuah senyuman.

" Dulu abang selalu je jadi iman di masjid ni, maybe Lisa yang baru first time datang. " Memang lembut nadanya tapi ayatnya sangat kejam.

" Ta– "

Belum sempat wanita itu menghabiskan bicaranya, Khalid terus mengabaikan wanita itu setelah melihat kelibat sang isteri. " Sayang, jom. "

" You.. "

Diberhentikan langkah sang isteri lalu kedua-dua tangan gadis itu dipegang lembut. " You jangan macam ni, I tahu you memahami I. I bukannya suka dia, dia yang beria nak dekat I. You tahu I nak you sorang jekan ? Anak ni bukti kesetiaan I. "

Damia mengeluh kecil lalu menganggukkan kepalanya. Bukanlah dia cemburu atau apa, cuma biasalah perasaan isteri bila tengok suaminya didekati perempuan lain. Memang macam tukan.

" Sayang, kalau you hari-hari goda I macam manalah mata I ni nak pandang orang lain ? Cuba fikirkannya. " Selepas lelaki itu mengeluarkan pernyataan yang begitu memalukan itu, dia menghadiahkan lelaki itu pukulan bertubi-tubi di lengan.

" You nampak tak Hani dengan budak-budak you berdiri belakang kita ni, you tak malu ke ? "

Lelaki itu memandang pengawal-pengawal peribadinya itu lalu memandangnya kembali. Lelaki itu menegakkan badannya serta memasang muka seriusnya. " Korang dengar ke apa yang kitaorang bualkan tadi ? "

Tergetar-getar lutut masing-masing apabila lelaki itu berdiri dihadapan mereka. " Ta..tak– tak dengar Tuan ! " Damia menarik perlahan lengan baju lelaki itu. Suka benar suaminya itu menyakat pekerja-pekerja itu. " Dahlah tu. Eh you, jom tangkap gambar. Hani tolong I. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now