" Sayang mummy ke sayang papa more ? " Anak perempuannya yang baru berusia 4 tahun itu masih enggan menjawab soalan yang diajukan oleh sang suami. Dapat dia lihat bibir lelaki itu memuncung, merajuk. Damia hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai keanak-anakan lelaki itu. " Jawablah soalan papa ni, princess. "
Anaknya tiba-tiba memberi kucupan pada pipi lelaki itu lalu tersenyum kecil. " I love both of you equally. " Akhirnya terbit senyuman dibibir lelaki itu. Haih, mengada. Dia jadi keliru yang mana satu ialah anaknya. Sejak kehadiran gadis kecil itu dalam hidup mereka, semakin sering dia melihat sisi keanak-anakan lelaki itu.
" Mummy pula, sayang Ara more ke papa more ? Jawab pat. "
Soalan tiba-tiba anaknya itu membuatkan proses memasaknya tergendala. Kenapa dia pun terlibat sama ni ? " Mummy love Ara more, mummy tak sayang papalah. " Tanpa membuang masa, dia menjawab. Panjang muncung lelaki itu mendengar jawapannya. " Yeah papa kalah, wek. Ara nak main dengan abang Ikmallah. "
Sebaik sahaja anaknya pergi, Khalid berjalan ke arah isterinya yang sedang sibuk memasak itu. " Sampai hati you, tak sayang I lagi. " Dia memeluk pinggang isterinya itu dari belakang sambil dagunya diletakkan pada bahu wanita itu. Haruman isterinya menusuk hidungnya, wangi. " Kalau I tak sayang you, maknanya I ni dah gila. "
Kucupan ringan yang diberikan oleh isterinya itu membuatkan dia tesenyum kecil. " I'm not sure apa yang Ikmal pakai sampai isteri I and anak I selalu sangat nak melekat dengan dia. I jealous tau. " Dikucup lembut kepala wanita itu. Tiada jawapan dari wanita itu, hanya bunyi tawa kecil dan bunyi memotong dapat dia dengari " Sayang.. " Wanita itu memusingkan badan menghadapnya lalu membalas kembali pelukannya.
" Nak apa baby tua ? "
" I happy sangat you dapat terima I, dapat lahirkan anak I. Dapat jaga kitaorang. Thanks tau sayang. " Dia memanjangkan lehernya lalu mengucup dahi sang isteri. " You pun sama. Banyak berkorban untuk family kita. Sama-sama kita jaga family ni okay ? " Perlahan dia mengangguk. Dia rasa beruntung dikurniakan isteri yang sebegitu sempurna baginya.
" You nak bagi adik dekat Ara tak ? " Diangkat-angkat keningnya bagi menggoda isterinya itu. " Perangai dari dulu sampai sekarang sama je, tak habis-habis menggatal. " Dikucup lembut bibir isterinya itu.
" Gatal dengan isteri sendiri, apa salahnyakan ? Boleh eh ? "
" Tengoklah nanti. "
Semakin lebar senyumannya. Kerana Allah, dia dapat membina keluarga sebahagia ini. Dia bersyukur. Walaupun dia selalu buat kesilapan, Allah kurniakan dia seorang isteri yang sentiasa memahami dan menyokongnya.
" Sayang isteri Tuan Khalid ni. "
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomansaShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...